|
Post by AzreeAriffin on Feb 11, 2006 16:52:53 GMT 7
Assalamualaikum...
Setelah sekian lama kak ani berada di dalam bidang seni ini, mempertahankan irama malaysia, saya rasa ada perlunya kita menoleh ke belakang dan mencari suatu pendekatan baru kepada perjuangan ini.
Pada pendapat saya sendiri, kak ani harus tukar pendekatan dia dalam lagu-lagunya. Dari dulu, kak ani selalu sahaja membawakan lagu-lagu yang fast beat, yang memerlukan banyak gerakan tarian dalam persembahan beliau.
Saya cadangkan, sekarang ni cuba kak ani buat lagu-lagu yang lebih relax, tenang, dan perlahan. Mungkin orang ramai dah agak penat dengan format lagu-lagu yang kak ani sampaikan, walaupun mereka tahu, kak ani menyampaikan sesuatu yang baik.
Maybe, lepas ni kak ani boleh kembali kepada lagu-lagu melayu asli seperti inang, ghazal, masri, zapin , asli dan sebagainya lantas cuba untuk membawa irama ini dengan pendekatan yang berbeza.
Saya teringin mendengar kak ani bawak lagu-lagu macam Syakuntala, yang pekat dengan unsur kemelayuan dalam melodinya. Kak ani boleh gunakan melodi yang pekat ini, dan gandingkan dengan susunan muzik yang instrumental, dengan iringan gamelan, comtohnya, sebagaimana lagu lagu balada menggunakan instrument piano sebagai alat muzik utama. Tentu ini membawakan kesan yang menarik!
Kembalikan kelembutan dan ketenangan itu. Serlahkan vokal kak ani yang mengasyikkan. Setelah puas bergendang dan menari, kita pun perlukan masa untuk relax kan?
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 12, 2006 7:17:28 GMT 7
Salam... Menarik komen Azree ni... Tapi ada benda yg saya mintak kalo bleh Azree clarify... Penyataan Azree ni dari sudut lagu2 yg Kak Ani ketengahkan dalam JUARA LAGU atau secara umum diketengahkan dalam PERSEMBAHAN2 SAMPINGAN? Kalau dari segi album, rasanya tak relevant sebab even dalam SawoMatang pon Kak Ani ada ketengahkan Irama2 slow n soothing camtu... Pendek kata, rasanya takde laa album Kak Ani yg takde pendekatan lagu2 slow... However, kalau Azree komen tentang penglibatan dalam JUARA LAGU semata2... Saya ada setuju, dan ada tak berapa setuju dengan Azree di sini... Setuju pada pendapat Azree yg suka kalau Kak Ani ketengahkan lagu2 yg iramanya agak mendayu dan mengasyikkan... Saya personally nak gak tgk Kak Ani bawak lagu2 camtu... Kita sebagai peminat Kak Ani rasanya memang sepastinya dapat appreciate lagu2 bentuk camni... Tapi yg tak setujunya kalau perkara ni dilihat dari konsep global masyarakat setempat Malaysia... Kalaupon kita imbau sejarah silam, berapa banyak je lagu2 yg diketengahkan dalam kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif yg ada gaya irama cam Syakuntala? Seingat2 saya, yg dapat menang Juara Kategori memang takde kot Betulkan laa kalo silap... Pendek kata... Secara globalnya dapat diperhatikan bahawa favour utk lagu2 ke JUARA LAGU sememangnya perlukan lagu2 Irama Tradisi yg berentak cepat supaya pendengar tak bosan dan tangkap lentok sebab boring hehehe... Ingat, AJL ni bkan semata2 sebab nak memartabatkan lagu je (memang tak bertindak untuk memartabatkan lagu pon rasanya) tapi lebih kepada menarik penonton menonton TV3 ;D Hehehe... Kalau konteks Azree cakap ni tentang PERSEMBAHAN UMUM plak, juga saya kurang bersetuju MELAINKAN jika unsur2 slow ini diselit-selit bersama ngan persembahan lagu rancak yg lain... Contohnya cam yg Kak Ani buat dalam Zoom In dulu... Pokoknya... Kita hidup dalam generasi yg dah tak berapa nak appreciate lagu2 Irama Tradisi ni melainkan kalau lagu2 tu kena ngan gegendang telinga diorg... Berapa kerat je laa anak2 muda ni yg nak dengar lagu2 slow cam Syakuntala tu, ye dak?? Untuk Album, YES! But not 100% slow... Untuk Show pon YES! Also not all 100% slow... Tapi untuk JUARA LAGU... I personally think it's a NO NO... ;D Cuma pendapat peribadi saya! Ada sesape nak komen lagi?? Jom berbincang!!!
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 12, 2006 19:31:25 GMT 7
Bagi saya, ada baiknya la kalau kak Ani buat pendekatan dengan bawak lagu yang agak slow and soothing sket untuk show mahupun juara lagu. Maksud saya di sini, lagu-lagu slow kak Ani (Syakuntala is a very good example!) pun not bad gak ape. Tapi cuba kita tanya kat orang ramai pernah dengar tak Syakuntala dari Noraniza Idris? Confirm 80% cakap tak pernah dengar. Ye la dah sasah diorang tak beli pun album kak Ani kan?
So, ape kata next strategy ialah mengetengahkan plak lagu2 slow sebagai single? Erm M'sia takde konsep single2 kan? Takpe la.. cam skang ni tgh sibuk dengan Racau Sang Khalifah, apa kata next song untuk diketengahkan ialah yang lebih mendayu-dayu sket..
Memang Ihab ada point cakap yang lagu-lagu slow tak berapa nak didengari sangat, tapi ape salahnya mencuba ye tak? Orang sambut baik je lagu Bagai Sakti (M Nasir & Siti) tu even rentak slow kan? Seri Mersing satu lagi contoh lagu slow yang masyukkkk hehe...
Ni pandangan saya je.. yang lain ape citer plak?
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 13, 2006 7:04:05 GMT 7
Salam...
Hehehe... Yes yes... U got a point there bro Izar ;D
Cumanya bila cakap pasal BAGAI SAKTI ngan SERI MERSING tu... Dua dua tu famous sbb cik CT yg nyanyi... Plus, lagu2 tu pon tak dibawak ke Juara Lagu, ye dak??
OK... org lain apa pendapat??
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Feb 13, 2006 21:03:40 GMT 7
maybe ada lagu mendayu tajuk:- sepayung berjauh hati
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 14, 2006 1:06:44 GMT 7
Salam...
Lagu baru ke lagu lama tu bang??
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 14, 2006 9:37:55 GMT 7
Erm, apa yang dimaksudkan di sini adalah lagu-lagu yang slow-beat, relax. Sebab apa yang saya perhatikan dalam kebanyakan single-single kak ani, banyak yang fast beat, dan kak ani dilihat begitu sedaya upaya nak buat lagu dia serancak mungkin.
Bila hal ini berlaku, adakalanya muzik kak ani terdengar agak bising, riuh-rendah, dan terlalu meriah. Oleh itu, ada baiknya jika kak ani ketengahkan pula lagu-lagu yang lembut dan relaxing. Bukan saja mendayu, sebab rasanya dah banyak muzik yg mendayu-dayu ni.
Lagu-lagu yang lembut dan relaxing ni, kalau diadunkan dengan susunan muzik etnik-kontemporari, rasanya tentu akan menghasilakan kombinasi yang cukup menarik.
Dah penat dah tengok kak ani menari ke sana-sini di atas pentas. Nak juga tengok kak ani seorangan di atas pentas dan menumpukan terhadap muzik itu sendiri. Mungkin itu adalah gimik yang terbaik bagi kak ani.
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 14, 2006 18:52:16 GMT 7
Salam...
Hmmm... Ada point tu... Bagus bagus pemikiran kritis camtu...
Camne org lain? Ada setuju sama ini pendapat??
Me personally tak berapa nak kisah... Coz antara sebab utama saya mula minat pada Noraniza adalah sebab keMERIAHan yg diketengahkan dalam persembahan2 beliau... Pendek kata, jiwa saya suka pada perkara2 MERIAH yg dimaksudkan Azree tu... N therefore I have no objections for her current style in putting forward fast-beat songs...
Namun pada masa yg sama, saya juga suka kalau Kak Ani ketengahkan irama2 relax camtu sbg single ;D Mungkin sesuatu yg lain buat Noraniza, ye dak??
Pendek kata, saya berdiri atas pagar di sini... Sbb saya tak kenal Noraniza ngan gaya Balada... Saya kenal Noraniza dengan persembahan bertenaga Dikir Puteri ;D
Begitulah seadanya pendapat diriku kekeke
|
|
|
Post by Nasa on Feb 14, 2006 19:19:38 GMT 7
Bagi saya apapun pendekatan hendaklah di kaji dengan teliti dan mengikut selera pendengar.Kerana pendengar yang menentukan pasaran kerana pendengar yang membeli album.Kalau tiada pasaran album tak boleh jual dan tak laku .Kualiti lagu dan faktor tarikan perlu untuk sesuatu lagu tak kira lagu berentak slow atau rancak.Pada saya teruskan pendekatan yang sedia ada dan selitkan 2 atau 3 lagu slow untuk suatu pendekatan baru.
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Feb 14, 2006 20:27:53 GMT 7
Wah, very interesting lah kalau kak ani nyanyi lagu2 mendayu.....
Kalau boleh lagu tu mesti puitis dan very soothing....
Ala2 mcm NYANYIAN SERAMBI oleh Ramli Sarip.... mesti gempaq nye....
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 15, 2006 13:15:08 GMT 7
Yezzaa... Nyanyian Serambi tu point yang sangat bagus! Lagu tu takde la slow gegila cuma cam slow and soothing... cam lagu dodoikan anak nak tidur je... haa camtu la maksud saya..
Abg Fedt, lagu Sepayung Berjauh Hati tu untuk album baru kan? Lagu slow ke? Kalau lagu slow ape salahnya ketengahkan untuk dipopularkan?
Abang Nasa ade point yang bagus... so kekalkan konsep yang sedia ada tapi dalam masa yang sama selitkan 2 atau 3 lagu yang slow.. amacam?
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 15, 2006 13:20:18 GMT 7
yup, nyanyian serambi tu contoh yang baik. selain tu, maybe lagu-lagu kak pah macam seri dewi malam, takkan melayu hilang di dunia.
Gadis Sarawak nyanyian hasnol pun best gak.
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 15, 2006 17:58:36 GMT 7
Salam...
Yerp yerp... Saya pon suka pada pendapat abg Nasa tu hehe... Pendekatan kena tengok citarasa semasa...
Sepayung Berjauh Hati tu sape buat lagu dan liriknya?? Noraniza Idris dan Ahmad Fedtri Yahya lagi kah?? Hehehe... Gandingan dua org tu skang ni dah jadi sinonim lak ;D Macam Pak Ngah ngan Hairul Anuar Harun dulu ;D
Seriously lagu2 yg korg sebut ni saya tak pernah dengar hahaha... Maka takleh comment on that...
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Feb 16, 2006 6:54:59 GMT 7
Sepayung Berjauh Hati ni, rentak apa ek???
Cakap pasal lagu tidor kan anak, kak ani ade beberapa jenis lagu mcm tu , satu dari album masyhur (tak silap tajuknya Dendang Anak) & lagi satu Berendoi(Aura).....
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Feb 16, 2006 7:10:40 GMT 7
Hmm, Abg Nasa bring up a good point, kena negok selera pendengar.... Tapi persoalannya di sini, golongan peminat kak ani terdiri dari belia muda mulia (mcm kita2 ni) atau veteran, mak-bapak budak(yg minat kak ani sejak kegemilangan beliau ngan abdullah chik) ? Yg veteran pasti mengginginkan sesuatu yg slow & more relax, ala2 mcm mengimbau kembali zaman mereka...... Yg muda mudi plak inginkan yg fast-beat, more "energy", searus dgn peredaran zaman sy dpt rasakan dilemma yg dilalui.... utk memenuhi permintaan kedua-dua belah pihak mmg susah, bak telan mati bapak, muntah mati emak....
|
|