|
Post by AzreeAriffin on Mar 1, 2006 17:13:22 GMT 7
wah, baguz baguz nampaknya semua ada pendapat tersendiri. Cuma, bagi pendapat saya sendiri, sebuah lagu harus jitu dan kuat perasaan, yakni ada kesatuan dalam penyampaian. Melodi harus berlegar pada satu pasak, dan bahagian verse adalah umpama penyokong kepada chorus.
Sebab itu, saya katakan bahawa TANDANG BERMADAH tidak mempunyai bahagian verse dan chorus yang jelas, menunjukkan bahawa melodi lagu ini masih belum cukup kuat untuk mengangkat klimaks tersebut. Itu dari sudut teknikal. Kalau dari aspek artistiknya, itu adalah sesuatu yg subjektif, dan anda telah menyatakan pendapat anda...
Cuma, tentang tentang RSK tu, memang bahagian lagu joget tu best, tapi bila berlaku pertukaran itu, takut-takut kesan dan perasaan dalam bahagian awal lagu ini akan hilang. Dari segi lirik sudah ok, sebab lirik sudah berlegar pada satu tema yang sama, tapi melodi bahagian akhir telah menghilangkan nada dan perasaan bahagian awal.
Saya lebih menyukai penyatuan irama dalam lagu, kerana di situ terdapat kesan yang mendalam. Namun apabila 2 irama disatukan, penyatuan itu haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Saya suka melihat bagaimana komposer dapat menggabungjalinkan irama menjadi satu kelarai yg sangat indah, kerana disitulah kita boleh melihat kreativiti mereka. Ini semua bagi saya menyumbang kepada kualiti sesebuah lagu, bukan sekadar melodi dan lirik semata-mata. seorang komposer bukan sekadar mencipta melodi, bahkan menyusunnya dalam turutan yang baik.
erm, mari kita berkongsi pendapat!
p/s: sori kalau ada part yg agak tak faham sket. tgh nak cepat ni. heheh
|
|
|
Post by M_Ihab on Mar 2, 2006 5:23:48 GMT 7
Salam...
Muehehehe... Takde apa yg tak mampu difahami Azree oi... Nice n clear ;D
Yerp yerp... Sumer org ada citarasa masing2... Takleh nak samakan ngan style dan passion diri kita ;D
Part JOGET di akhir lagu Racau Sang Khalifah tu memang pada hemat saya agak mengacau aroma asal lagu tu... Tapi saya anggap ini satu keunikan... Sebabnya, alat muzik yg diketengahkan tampak sama dan flow irama dia pon wujud, nampak seperti suatu fusion yg baik antara dua gaya lagu yg berlainan...
What say the other members?? Sila ketengahkan ngomelan anda heheh
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Mar 25, 2006 16:39:13 GMT 7
actually, dalam RSK... part lalalaalalal masa kat akhir tu... bagi saya la... agak menghancurkan sedikit lagu ni... bila habis dengar lagu ni, saya dah tak rasa lagi kesan bahagian awal dan tengah lagu ni yang menyeru manusia manjadi khalifah khassah. Dah rasa macam lagu ni macam untuk bersuka-ria pulak...
|
|
|
Post by M_Ihab on Mar 25, 2006 18:28:37 GMT 7
Salam...
Hmmmm... Saya pon agak bersetuju sebenarnya dengan pendapat Azree tu... Ada sape2 sudi nak bagi komen tambahan ;D
Lalalala tu mmg dapat menerampilkan aura JOGET... Tapi sama cam Azree, saya berpendapat aromanya tak sesuai dengan msg lagu... Jadi kalian yg lain, sila kemukakan pendapat ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Mar 26, 2006 8:37:03 GMT 7
itulah pasal... lagu sudah sedap... tapi benda-benda kecil macam ni kadang-kadang boleh mencacatkan lagu itu secara keseluruhan....
bila dgr balik, mungkin bahagian joget tu leh terima lagi... tapi yg lalalalal tu, aduhai... agak kurang sesuai...
|
|
|
Post by M_Ihab on Mar 26, 2006 20:31:43 GMT 7
Salam...
Yerp ;D Agreed... Org lain tanak kasi pendapat?? ;D
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Mar 27, 2006 3:34:00 GMT 7
Erm paham... dan setuju hehe Tak de benda yang nak ditambah sangat Korang dah kupas habis-habisan... Kalau in the future ada lagi insyallah akan ditokok tambah
|
|
|
Post by ::justmunir A.K.A ewan:: on Mar 27, 2006 9:52:52 GMT 7
itu kena tanya org yg cipta lagu n wat lirik le, pesal gitu ending dia... hehe
|
|
|
Post by hazlyn on Mar 27, 2006 10:34:29 GMT 7
Betul tu. Tak pandai sebenarnya nak komen pasal benda ni. So lebih elok tanya pd orang yang terlibat dlm pembikinan lagu ni. There must be a reason. Mesti diorang ada alasan tersendiri kenapa lagu RSK ni dihasilkan sedemikian rupa.
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Mar 27, 2006 13:06:14 GMT 7
yup.. tapi mungkin kalau diberi pilihan, lagi cantik kalau RSK disudahkan dengan muzik sperti masa intro tu, masukkan suara ihab sekali... at least ada kesinambungan kepada intro kat depan tu...
|
|
|
Post by M_Ihab on Mar 28, 2006 3:10:53 GMT 7
Salam...
Amboi cadangan Azree tu menyebabkan daku terpempan haha... Takleh Azree... Nanti terlebey enter-frame... Tak manissss ;D ;D ;D
Anyhow... Pada hemat saya... Alasannya tak lain tak bukan sebab Kak Ani nak ketengahkan unsur joget yg kuat laa kot... Nak kasi nampak lagu tu unik... Sbb org lain dah banyak buat lagu Masri... Lagu Joget pon camtu gak... Tapi campuran dua elemen yg berbeza tu mmg takde ;D Dari segi keunikan tu, mmg terserlah laa melalui part tu ;D
Tapi cam Azree kata gak... Dia nyer aroma tu cam tak kena sangat ngan mesej lagu secara keseluruhan... Though having said that, saya tak rasa part tu cam distort terus imej lagu... But, yerp, I did feel yg part tu mmg kureng seswai skit ;D
Hmmm... Ala kulli hal... Lagu dah siap... Dah tayang serata Malaysia pon... Tunggu je laa kot komen org2 lain camne ;D
|
|
|
Post by ::justmunir A.K.A ewan:: on Mar 28, 2006 12:16:01 GMT 7
bila terbaca post yg lepas, ewan cuba dgr balik n faham betul2 lirik dia..
for me,it's a story pasal tanggungjawab kan...so, rasanya dlm part "core" lagu ni, dah mmg
sarat dgn unsur2 nasihat bagai...so agaknya, part yg last tu macam nak ajak org ramai
releasekan minda dgn irama joget yg mmg fun tu..so,it's not about tak kena gaya or what
cuma nak selitkan elemen joget tu macam kata Ihab, lagu tu kalo dgr je mmg tak berkesan,
so..kak ani nyer peranan time perform mestilah tunjukkan jalan cerita yg menarik..
*matila apa aku merapu
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Mar 28, 2006 18:33:50 GMT 7
Hmm... aku setuju dengan Ewan.. Lagu yang agak unik dan berat cam RSK ni performance dia kena power So, orang akan paham konsep lagu dalam performance.. Cam explaination nape lagu tu campur kena diterangkan dalam persembahan..
*matila aku yakiiinn je cakap nih...
|
|
|
Post by M_Ihab on Mar 29, 2006 3:45:52 GMT 7
Salam...
Hahahaha... Apa lak merapu? Bagus apa pendapat korg...
Yerp yerp... Kinda agree then ;D N so for that, kena laa tunggu Kak Ani perform betul2 lagu ni utk tgk camne ;D
Tapi kalo ditanya hasrat hati sanubari... Mmg kalo ikut saya, part lalala tu saya kureng gemar... Then again like i said, dia tak meng'distort' lagu tu... Cuma tema lagu je laa kot nampak terkeliru ;D Tu je ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Mar 29, 2006 17:01:32 GMT 7
erm... bagi sayalah, kalau sebuah lagu yang kuat boleh berdiri dengan sendirinya dan tanpa perlu bantuan persembahan untuk menerangkan konsepnya. dengan mendengar irama lagu itu sendiri, kita dapat merasa kesan dan perasaan dalam lagu tersebut. Fungsi persembahan tidak lebih untuk membantu menvisualkan sesebuah lagu, seperti mana yg kak ani selalu buat. Apa yang lebih penting, adalah lagu itu sendiri.
|
|