|
Post by M_Ihab on Feb 21, 2006 20:22:55 GMT 7
Salam...
Haaa... Camtu LEBIH CLEAR hehe... Iaitulah dengan pin-point lagu SINGLE atau lagu UTAMA dalam mana2 album... Dengan itu sudah terjawab kekeliruan kekeke...
Confuse sebelum2 ni sbb mula2 cakap pasal lagu in general... Pastu pasal masukkan lagu dalam album... Jadi fening skit sbb saya nampak Kak Ani selalu je ketengahkan lagu2 camtu... Tak pernah diabaikan...
Tapi bila sebut perkataan SINGLE... Then it gives a definite definition about what is being discussed around here ;D
Tapi berkenaan komen Azree seperti yg berikut: "kak ani elakkan dahulu daripada mengambil muzik orang asli, atau sarawak buat ketika ini " Nak kena tunggu sampai bila baru nak ketengahkan lagu2 camni?? Sebab kalau kita tengok, tak keterlaluan kalau saya cakap HANYA KAK ANI yg bersemangat nak ketengahkan lagu2 jenis cam yg tak pernah kita dengar ni... Kalau Kak Ani pon tarik diri, camne kita nak kenal wajah2 budaya lain ni??
Apa pendapat kalian?? ;D
|
|
|
Post by Nasa on Feb 22, 2006 12:30:05 GMT 7
akum
Sebenarnya kak ani punya identiti sendiri unik tak sama dengan artis irama malaysia yang lain tentu kita boleh nampak dari album aura dan sawo matang.Muzik kak ani sudah tidak sama lagi macam awalah dondang,berkaba dan ikiraf.Tentang lagu orang asli dan sarawak tu memang patut terus di ketengahkan sebelum ini muzik orang asli jauh terpingir tak siapa ambil peduli cuma perlu ada sedikit kelainan kalau sarawak kan banyak suku kaum tentu setiap kaum ada muzik tersendiri sebagai contoh masukan bunyi bunyian dari alat muzik seperti, Sompoton,Tetuang dan Pipit yang sebelum ini belum ada dalam mana mana lagu kak ani.Masih banyak yang belum di ketengahkan seperti kuda kepang,boria,dabus dsb.
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 22, 2006 19:39:05 GMT 7
Salam...
Yerp!! I second bro Nasa's opinion! Hehe... It's not a matter of being weird, but more about being unique and standing out and about within the common crowd...
Pada saya, saya sukakan keunikan Kak Ani dari sudut tersebut... Iaitulah semangat beliau yg sentiasa nak cuba benda2 'pelik' bak description Azree tu... Macam yg abg Nasa sebut, kalaulah Kak Ani tak perkenalkan Iboq & Ayuh Juragan, sampai bila pon kita takkan tahu jenis irama org Asli ni bunyinya camne... Nak harap artis lain?? Bagi la nama mana2 artis pon... Sorg habuk takde yg sudi nak buat lagu2 camtu... Maybe diorg nak 'try to play safe' dan tanak amik risiko dihentam kromo sebab bawak lagu2 irama asing camtu...
Also backing bro Nasa on the fact that Noraniza Idris can still explore a thousand more Malay Ethnical Music rather than going back to the old features of her songs like Ala Dondang, Dondang Dendang etc... Kita dah dengar lagu2 irama macam tu... Kalau Kak Ani sendiri pon dimintak pulang ke irama2 common camtu, sampai bila lagu2 irama etnik kat Mesia nak bertakup di bawah satu payung yg sama tanpa kelainan??
Dengan ini saya bersetuju yg Kak Ani boleh terampilkan lagu2 slow/relax utk single beliau, tetapi sememangnyalah tidak akan bersetuju dengan pendapat menghendakkan Kak Ani stop publish lagu2 yg asing daripada telinga kita ;D
Sekian mekasih hehehe
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 23, 2006 5:36:55 GMT 7
Dengan ini saya bersetuju yg Kak Ani boleh terampilkan lagu2 slow/relax utk single beliau, tetapi sememangnyalah tidak akan bersetuju dengan pendapat menghendakkan Kak Ani stop publish lagu2 yg asing daripada telinga kita ;D Ehehehe setuju gaks! Malas nak type panjang² coz sama je maksudnya dengan ayat Ihab nih hehe...
|
|
|
Post by ::justmunir A.K.A ewan:: on Feb 23, 2006 11:04:53 GMT 7
what a brilliant discussion!! teruja jap baca korang nyer commnets..huhu.. for me, rasanya kak ani mmg lebih menonjol dengan lagu fast@rancak sbb dia suka n pandai menari... everyone setuju...yeah.. macam lagu slow yg kita tingin nak tgk kak ani bawak tu mmg satu pendekatan baru.. lagu yg paling saya suka of course berendoi dari AURA..n guess what, i do love all songs from album ALA DONDANG sbb lagu2 dia sangat mendayu .. ari tu kat TV1, tertengok kak ani perform lagu Dendang Anak....yg gempaknya ade ala2 koir tu yg backup..hehe.. what eva it is,kak ani mesti stay dlm industri utk terus perjuangkan budaya kita... sob..sob..
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 24, 2006 5:13:36 GMT 7
what a brilliant discussion!! teruja jap baca korang nyer commnets..huhu.. for me, rasanya kak ani mmg lebih menonjol dengan lagu fast@rancak sbb dia suka n pandai menari... everyone setuju...yeah.. macam lagu slow yg kita tingin nak tgk kak ani bawak tu mmg satu pendekatan baru.. lagu yg paling saya suka of course berendoi dari AURA..n guess what, i do love all songs from album ALA DONDANG sbb lagu2 dia sangat mendayu .. ari tu kat TV1, tertengok kak ani perform lagu Dendang Anak....yg gempaknya ade ala2 koir tu yg backup..hehe.. what eva it is,kak ani mesti stay dlm industri utk terus perjuangkan budaya kita... sob..sob.. Salam... WAH WAH!! Ewan ni tampaknya memang PEMINAT SETIA KAK ANI gak ni!! Hahaha... Aiseh sayang laa Ewan masuk lambat... Kalo tak masa AJL dulu sure bleh join lepak2 sini borak2 hahah... Takpe takpe... Better late than never kan?? ;D ;D ;D Hmmm... Saya lain skit ngan Ewan dalam bab ni... Pada saya, walaupon saya start kenal Kak Ani ngan ALA DONDANG... Tapi saya cuma start jatuh cinta pada lagu2 Kak Ani dengan DIKIR PUTERI... Kebetulan dalam AJL 1998 tu Dikir Puteri (Masyhur) ngan Rindu (Ala Dondang) dipertandingkan bersama... So saya beli Ala Dondang memang semata2 sebab ada lagu RINDU tu kekeke... Tapi ye ler, dah dengar banyak2 kali tangkap lentok gak ngan Ala Dondang hehe... Cumanya, point saya... Kalo nak kira album Noraniza yg paling kurang saya suka, jawapannya memanglah Ala Dondang ;D ;D ;D Takpe Ewan... Biarpon citarasa kita berbeza... Kita tetap bersama2 bersatu di mANIra!! Yeargh!!! ;D ;D ;D
|
|
|
Post by ::justmunir A.K.A ewan:: on Feb 24, 2006 11:04:43 GMT 7
orait!!! salute... no big deal little bro
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 24, 2006 17:04:27 GMT 7
Assalamualaikum.
Bukan saya meminta untuk terus dihentikan dibuat lagu-lagu yang diistilahkan sebagai "unik,pelik" tersebut, tetapi elakkan dahulu dari mengambil lagu-lagu tersebut daripada dijadikan sebagai single utama. Memang benar, melalui kak ani kita diperkenalkan dengan lagu-lagu irama orang asli dan sarawak etc. Namun, peminat masih lagi merindukan jiwa melayu yang sangat lembut itu dalam single kak ani. Bukan mengundur ke belakang, tetapi mencari sesuatu yang mungkin kita sendiri terlepas pandang sebelum ini.
Apabila bercerita tentang pendekatan, ia bukan sahaja berkaitan dengan genre muzik, tetapi juga merangkumi susunan muzik, persembahan, vokal, melodi, dan lirik. Setiap daripada unsur ini harus dikaji dan difikirkan apakah perubahan yang boleh dilakukan. Corak penyampaian yang berbeza boleh membantu memberi suatu kesan yang lebih segar.
Lagi satu, seimbangkan antara elemen kontemporari dan tradisional dalam muzik kak ani. kontemporari di sini tidak bermaksud moden, tetapi lebih kepada kreativiti dalam bentuk yang baru, namun masih mengekalkan asas itu. Kak Ani juga perlu melihat kembali unsur "perasaan" dalam setiap lagu itu biar berbeza. Sebab itu saya cadangkan kak ani buat lagu yang lebih slow dan relax, untuk menggambarkan perasaan "tenang", dan tidak sekadar "ceria", "exotic", "sedih" dan lain-lain.
Mungkin kita boleh buka satu lagi topik tentang "Perasaan dalam Lagu". Rsanya tentu menarik.
Oklah, gtg ni. esok ada test bahasa Arab. Wish me luck k!
Wassalam.
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 25, 2006 3:03:42 GMT 7
Salam...
Wahhh!! TEST BAHASA ARAB hehehe... Shid Hailak!! Tekammil el-imtihan bin-najah el-bahir ensyallah!! ;D
Yerp yerp... I think i got your point Azree ;D
Cumanya nak bawak berbincang lagi... Apakah kalian rasa AYUH JURAGAN atau TANDANG BERMADAH dulu merupakan SINGLE Kak Ani?? Sebab saya rasa tidak...
Nyatakan pendapat anda... Silakan! Hehehe ;D
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 25, 2006 14:00:09 GMT 7
Good Luck Azree!
Erm berkenaan dengan soalan Ihab.. Bagi saya (yang lewat beli Sawo Matang atas alasan ekonomi merudum) terasa Ayuh Juragan bagaikan single... sebabnya cam lagu-lagu lain tak berapa "naik". "Naik" di sini means lagu-lagu lain tak didengari pun di corong2 radio sekalipun di saluran RIMA (Rentak Irama Melayu Asli)...
Tandang Bermadah mula-mula rasa macam "just another song in the album" tapi lama-lama dengar cam eh best plak...!
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 25, 2006 14:29:41 GMT 7
erm, mungkin apa yang dimaksudkan di sini sebagai single adalah lagu yang diberikan penekanan yang disiarkan di radio dan untuk dipertandingkan.
Kalau Ayuh juragan tu, bagi saya lagu ni memang ada kekuatan tersendiri untuk menjadi single. Ada kelainan dari segi melodi dan lirik.
Tapi, kalau Tandang Bermadah, sayang sungguh... melodi yang baik, tapi tidak disusun sebaik mungkin sehingga menampakkan ia agak kelam kabut. Bagi saya Tandang Bermadah lebih kepada sebuah medley daripada sebuah lagu penuh.
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 26, 2006 11:23:35 GMT 7
Salam...
Yerp... Rasanya perkataan SINGLE tu sendiri tak seswai dipakai kot hehe... Sbb Abg Izar pon dulu ada cakap, kita kat Mesia takde konsep2 Single cam bahagian West nih buat... Tapi ala kulli hal, saya paham apa yg Azree cuba sampaikan ;D
Bagi saya, mungkin Kak Ani pilih Ayuh Juragan dari album SawoMatang utk diterampilkan sbb antara semua lagu baru selain HTT, memang nampaknya lagu ni ada 'power' sendiri dan bleh mengatasi lagu2 lain daripada album SawoMatang... Bkan nak kata lagu lain can Rajuk Rindu etc tu tak sedap, cumanya Ayuh Juragan ni adalah pilihan terbaik utk diketengahkan ;D
Tapi Tandang Bermadah, hmmm... Susah skit nak cakap... Mungkin betul kata Azree ia nampak cam lagu Medley sebab bridge tengah dia tu nampak 'mengacau'... Melodinya memang tampak tukar habis... Tapi kalau kita lihat lagu duet Dondang Dendang Kak Ani ngan CT dulu, konsep yg sama juga diketengahkan... (part Muyahayo Muyalanakayo bla bla tu)
Jadi, kat mana agaknya silap dalam lagu Tandang Bermadah ni?? ;D
Apa apa pon... Kita harap utk masa2 mendatang, lagu2 yg nak diketengahkan ni dapat diberi liputan meluas... Tanpa liputan meluas, org susah nak kenal lagu2 tu... Dan kalau org kurang kenal, biasa laaa, org akan lebih favour pada lagu2 yg org lebih familiar with ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 26, 2006 13:04:53 GMT 7
Salam... Tapi Tandang Bermadah, hmmm... Susah skit nak cakap... Mungkin betul kata Azree ia nampak cam lagu Medley sebab bridge tengah dia tu nampak 'mengacau'... Melodinya memang tampak tukar habis... Tapi kalau kita lihat lagu duet Dondang Dendang Kak Ani ngan CT dulu, konsep yg sama juga diketengahkan... (part Muyahayo Muyalanakayo bla bla tu) antara Dondang Dendang dan Tandang Bermadah, sangat banyak perbezaannya. Kita harus melihat pada versi asal nyanyian solo kak ani. walaubagaimana pun, versi duet dengan siti itu tidak ada konsep yg sama dengan tandang bermadah. cuba perhatikan lagu ini betul-betul. tujuan part "muyahayo" itu dimasukkan adalah untuk menonjolkan keunikan budaya Rodat dalam lagu ni, dalam versi duet. Dari segi lain, Dondang dendang ternyata mempunyai struktur melodi yang jauh lebih jelas daripada Tandang Bermadah. Sesebuah lagu itu seharusnya mempunyai chorus yang bertindak sebagai kemuncak. Verse pula haruslah anti-klimaks. Kalau diperhatikan, Dondang dendang lebih jelas diketahui mana chorus dan versenya. Tapi, kalau Tandang Bermadah, mana satu chorus dan versenya? Aspek teknikal ini juga menyumbang kepada kualiti sesebuah lagu. Kalau melodi indah, tapi strukturnya kelam kabut, tak boleh jugak. Bagaimana pula dengan struktur melodi "Racau Sang Khalifah" ? Apa pendapat anda?
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 27, 2006 3:34:04 GMT 7
Bagi saya, bukan Tandang Bermadah "tak popular" cuma kurang dimainkan di radio kalau nak dibandingkan dengan "single"2 kak Ani sebelum itu (Hala Timur, Manira, Ngajat Tampi dll). Saya prefer Tandang Bermadah daripada Dondang Dendang sebenarnya.
Memang Tandang Bermadah nampak agak kelam kabut pada satu-satu tempat, so nampak cam lagu medley. Tapi itulah keunikan lagu tu. Same case dengan Kurik Kundi nyanyian Siti Nurhaliza... macam medley kan? Tapi di situlah kekuatan lagu tu sendiri.
Personally saya rasa Tandang Bermadah adalah satu lagu yang susah nak dialunkan sebab lenggok yang sangat susah dan pecahan-pecahan bahagian lagu yang mengelirukan. Syabas kak Ani kerana berjaya perform Tandang Bermadah dengan gahnya!
Mengenai Racau Sang Khalifah, saya rasa maybe ada sesetengah pihak akan rasa pelik dengan struktur lagu yang berubah-ubah. Cuma yang saya boleh katakan, semua orang yang saya tanya menyatakan mereka paling suka part joget sahut-menyahut masa ending tu... best!!
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 27, 2006 5:21:46 GMT 7
Salam...
Personally, saya pon rasa Tandang Bermadah adalah lagu Kak Ani yg PALING MAUT SUSAH nak dinyanyikan semula hahaha... Dia ada POWER sendiri yg tatau kat mana misteri utk bongkar POWERnye itu muekeke...
Seperti abg Izar, saya personally memang suka lagu TANDANG BERMADAH ni atas sebab POWER dia yg unik tu... Walau macam mana pon, saya agak menyokong pendapat Azree tentang keMEDLEYan lagu Tandang Bermadah tu... Cuma saya tak rasa iramanya ala2 kelam kabut...
Pada pandangan peribadi saya... Konsep dalam Tandang Bermadah tu memang lebih kurang versi duo Dondang Dendang yg dimasukkan part MUYAHAYO... Sebab kalo kita buang part bridge 'Pang pawang lagek kulau bla bla' tu, saya tak rasa susun atur lagu tu cam di awang2... Chorus dia bleh kita kata part melodi 'Di sitok di sia di sinun bla bla' dan versenya plak 'Nyata Sik Beza indahnya ---' sebab part tu memang diulang lepas bahagian bridge... Cumanya lirik dia yg langsung tak berulang mungkin menampakkan seolah2 cam takde bahagian chorus etc...
Pastu lagi, keMEDLEYan dia sebenarnya tak sekronik KURIK KUNDI yg memang banyak giler konsep muzik yg pelbagai... KeMEDLEYan lagu Tandang Bermadah masih mengekalkan konsep irama asal dia dan tak lari jauh ;D
Struktur lagu Racau Sang Khalifah memang baru dan unik... Rasanya tak pernah saya dengar mana2 lagu Irama Etnik yg bentuk dia camni... Nak kata Medley takleh, sebab ada kesinambungan irama dari awal sampai habis... Nak kata lagu biasa pon takleh, sbb memang nyata bila sampai part rap dan joget di akhir tu, rentaknya berubah... Then again, walaupon bermacam2 kepelbagaian, ia tetap nampak symetry dan tak berupa kelam kabut...
Tatau nak clasify camne RSK ni hehehe
|
|