|
Post by .i.z.a.r. on Feb 16, 2006 14:06:28 GMT 7
Betul tu... tapi why not mencuba kedua-dua sekali ye tak? Kembalikan nostalgia mak-bapak budak dengan lagu slow dan dalam masa yang sama alunkan irama fast beat untuk muda-mudi...
Sebab tu cam abang Nasa cakap.. kekalkan konsep, cuma selitkan 2/3 lagu slow...
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 16, 2006 23:59:22 GMT 7
Salam...
Yerp yerp! Betul katamu A'an... Utk ketengahkan konsep SLOW semata2 tu cam TELAN MATI BAPAK, LUAH MATI MAK (penggunaan MUNTAH itu sangat menakutkan laa A'an!! Hahahahaha... Macam Gastric Problem laa bunyi muekekek)
Sebab itu persoalan utama saya pada Azree (memandangkan Azree yg mencadangkan perbincangan ni) adalah Azree nak Kak Ani buat camtu dari perspektif yg macam mana...
Kalau dari sudut Album, kita takleh pertikai sebab Kak Ani memang tiap2 album bubuh lagu2 slow dan relaxing... Tapi kalau dari sudut persembahan umum, mungkin kita bleh terima pakai kenyataan Azree ;D Kalau sudut Juara Lagu, saya lagi setuju konsep lagu rancak sebab kebykan penonton generasi muda...
Pendek kata... Ala kulli hal, semua berbalik pada point abg Nasa... Iaitulah kena tengok TARGET AUDIENCE tu macam mana rupa umurnya hehehe ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 17, 2006 10:08:06 GMT 7
Assalamualaikum...
Rasanya, sekarang ini kak ani terlalu menumpukan muziknya terhadap khalayak generasi muda yang sudah pastinya agak payah untuk diajak untuk berdendang bersama irama pusaka kita. Saya bukan menyeru untuk kak ani menukar sepenuhnya konsep muzik yang dibawanya, tetapi, ingin saya sarankan di sini, bahawa ada lagi segolongan pendengar muzik di luar sana yang masih dahaga terhadap muzik etnik kontemporari yang relax, yakni light and easy.
Mungkin boleh juga diistilahkan disini sebagai " Adult Contemporary Ethnic". Peruntukan harus diberikan juga kepada golongan ini, kerana bilangan khalayak ini sebagai ahli pendengar tidak kurang banyaknya. Khalayak ini juga mempunyai citarasa mereka sendiri, malahan saya dapat menduga bahawa mereka ini lebih bersikap terbuka berbanding sang remaja di dalam hal dendang pusaka ini.
Tak salah kalau kak ani meneruskan dengan lagu-lagu rancak atau fast beat, seperti mana yang telah diketengahkan oleh beliau sehingga kini. Namun, persoalan yang ingin saya kemukakan adalah, apakah konsep sebegini masih mengujakan para khalayak? Rata-rata pendapat yang saya perolehi adalah, kebanyakan orang telah merasa bosan dengan apa yang ditonjolkan oleh kak ani. Bukan kerana mereka tidak suka, tetapi expectation mereka sama sahaja terhadap muzik kak ani. Lihat sahaja AJL yang lepas, adakah persembahan Kak Ani mendapat pujian meluas?
Saya menghormati pendapat Ihab kalau dikatakan lebih baik mempertandingkan lagu-lagu rancak di dalam AJL dengan alasan kebanyakkan penonton adalah daripada generasi muda. Namun, suka saya bertanya juga, bagaimana pula dengan lagu-lagu balada? Apakah generasi muda tidak suka dengan lagu-lagu begini yang sememangnya berentak perlahan? Sudah tentu tidak, bukan? Sama juga keadaannya jika kita aplikasikan ke dalam genre Irama Malaysia. Kalau kena caranya, lagu yang light and easy ini mampu menonjolkan melodi dan keindahan lirik itu dengan lebih baik.
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 17, 2006 21:22:05 GMT 7
Salam...
Hmmm point well-expressed and well-taken ;D
Cuma rasanya agak kureng kena kalo banding antara kategori BALADA ngan kategori ETNIK KREATIF... Memandangkan KATEGORI BALADA tu sah sah kena bawak lagu2 lembek... Kalo bawak lagu2 rancak, org dah tak panggil BALADA...
Manakala dalam KATEGORI ETNIK lak, lagu lembek dan lagu bersemangat kena bertanding sesama sendiri... Sejauh mana lagu2 perlahan ni dapat mengatasi kuasa lagu2 bersemangat? Itu yg kita kena persoalkan di sini hehe...
Sekadar pendapat seposen ku ;D
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 18, 2006 16:45:22 GMT 7
Saya rasa ada betulnya Azree di situ.. Dan Ihab pun ade point jugak pasal lagu fast beat vs lagu slow ni..
Cuma saya tertarik bila Azree kata yang orang dah boleh agak lagu-lagu/persembahan macam mana yang Noraniza Idris akan tampilkan. Betul tak? Kalau kita tanya secara rambang sesiapa pun beliau pasti akan cakap sekurang-kurangnya satu dari perkara² ini: 1. Lagu rancak 2. Penari ramai 3. Pakaian pelik-pelik 4. Ada julang-julang 5. Ada api-api
So, orang dan set dalam minda mereka lagu-lagu kak Ani camtu. Apa kata kalau sekali sekala buat perubahan. Contoh paling baik boleh saya beri ialah Ning Baizura dengan Awan Yang Terpilu sewaktu AJL 20 baru-baru ni.
Saya yakin ada yang akan berkata di dalam hati "agaknya baju kurung lama dan tikar mengkuang lusuh tu sebagai gimmick aja, lepas ni dia tukar la dress cantik!" Kenapa? Sebab itu yang BIASANYA orang buat. Gimmick sket, pastu tukar dress nyanyi la mendayu2 sampai habis.. Tapi Ning kekal dengan imej sebegitu sampai ke akhir lagu... satu pembaharuan yang blindsided penonton.. dan saya rasa cukup bagus!
So, kalau kak Ani tiba-tiba tampil dengan lagu yang lebih light n easy pastinya orang akan tertanya-tanya bagaimanakan corak persembahan beliau kali ini...
Juga....pendapat seposen ku hehehe...
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 19, 2006 7:07:25 GMT 7
Salam...
Hehehe... Begitulah seadanya abg IZAR ;D
Jadi berdasarkan komen Azree dan Abg Izar ni... Apa yg saya dapat simpulkan adalah, perbincangan ini memahukan suatu reaksi positif daripada Noraniza dari sudut mengetengahkan lagu2 beliau menerusi PERSEMBAHAN...
Sepastinya kita sedar even dalam Sawo Matang pon rasanya Kak Ani tak abaikan golongan2 ADULT CONTEMPORARY ETHNIC ni... Bukti jelasnya adalah dengan kehadiran dua buah lagu lama yg sangat popular even di telinga kita anak2 muda ni... Iaitulah DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN & PENAWAR RINDU...
Tapi walaupon lagu2 seperti ni diketengahkan dalam album SawoMatang nun, kita jarang sangat nak nampak Kak Ani ketengahkan lagu2 ni dalam persembahan beliau... Sebaliknya Kak Ani lebih gemar mempersembahkan lagu2 rancak dan lebih berirama baru...
Maka setujukah anda dengan komen saya ini?? Iaitulah korang nak Kak Ani tukar style daripada bawak lagu rancak je dalam PERSEMBAHAN dia kepada membawa lagu2 slow dalam PERSEMBAHAN dia??
OK... Lepas daripada menjawab persoalan tu... Suka saya ingatkan tentang pendekatan artis2 lain dalam isu ini... Saya takleh nak kasi contoh artis lain sebab artis lain tak menyerlah macam artis ni... So, saya komen mengenai SITI NURHALIZA laa senang citer (al maklum M Nasir pon appreciate dia ni sebagai PEMANGKIN AURA IRAMA TRADISI ZAMAN MODEN)
Sejauh pengetahuan saya... Dalam PERSEMBAHAN2 beliau yg mengetengahkan slot2 kecil utk IRAMA MALAYSIA, beliau TAK PERNAH BAWAK lagu2 IRAMA ETNIK yg berjiwa perlahan... Jangan amik pendekatan ni dari konsep PERSEMBAHAN BESAR2AN sebab show yg megah2 ni ada byk slot utk dia ketengahkan lagu2 rancak dan juga slow at the same time... Sy merujuk pada persembahan2 beliau yg lain seperti di HMI bla bla... Kalau zaman Sanggar Mustika dulu, tak habis2 lagu NIRMALA & KURIK KUNDI je...
OK... Saya takyah panjang lebar mengomel... Point saya adalah: PENDEKATAN SEMUA ARTIS sebenarnya lebih kurang sama... Dalam satu persembahan kecil yg memerlukan persembahan 1-2 lagu je, artis2 memang selalunya favour utk pilih lagu2 yg lebih berunsur rancak...
Tapi mengapa di sini kita tiba2 mempersoalkan PENDEKATAN NORANIZA semata2? Apakah disebabkan kekalahan yg beliau alami dalam AJL ke-20 tempoh hari, terus tiba2 kita nak melatah dan mahu Noraniza bawa kelainan dengan persembahan2 yg berjiwa RELAX/SLOW?
Seingat saya, bila beliau meraih pingat di AJL ke-19, takde siapa yg cuba mempertikaikan pendekatan beliau tentang lagu slow ke lagu rancak ke pentas roboh ke bla bla... Mengapa agaknya BARU SEKARANG kita nak bangkitkan isu "ORANG BOSAN DENGAN KAK ANI"??
Hmmm... Mari kita terus berbincang hehe...
Yg lain apsal senyap jeee?? Marilah membuahkan ilham fikiran anda ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 19, 2006 14:27:39 GMT 7
Assalamualaikum.
Pendekatan baru ini saya cadangkan bukan sahaja kerana Kak Ani tidak menang (bukan kalah) di dalam AJL20 baru-baru ini. Sebetulnya, telah lama saya terilham dan mengidam untuk melihat kak ani melakukan perubahan sedikit terhadap pendekatan beliau.
Sebut mengenai Adult Contemporary Ethnic, bagi saya lagu-lagu seperti "Penawar Rindu" dan "Disebut Jangan Dikenang Jangan" itu bukanlah gambaran yang tepat tentang apa yang saya maksudkan. Pendekatan yang saya teringin dibawakan adalah sesuatu yang : - 1. LEMBUT 2. SANTAI 3. RELAX 4. SIMPLE namun 5. BERTENAGA 6. BERSEMANGAT 7. SEGAR
Dalam erti kata yang lain, saya ingin melihat kak ani kembali jiwa lagu-lagu melayu asli itu sendiri yang cukup kaya dan penuh berharga. Keindahan budaya melayu itu pula dipersembahkan dalam cara yang semasa, tidak semestinya rancak dan tepu dengan bunyian muzik.
Secara ringkasnya, berikut adalah antara pendekatan yang boleh dipertimbangkan.
1. Meminimumkan instrument muzik dalam lagu. 2. Meminimumkan suara latar 3. Melodi yg simple, tapi pekat etniknya. 4. Penonjolan alat muzik tradisional tertentu (cthnya rebab, gamelan, seruling. etc.) 5. Elakkan muzik terlalu "pelik". (Buat ketika ini)
Dengan itu, saya ingin menyarankan agar kak ani cuba untuk memfokuskan irama ini supaya dijadikan single.
1. Mak Yong 2. Masri 3. Ghazal 4. Minang
Antara lagu yang boleh dibuat rujukan adalah :
1. Malaysia Truly Asia 2. Mengulek 3. Nyanyian Serambi 4. Seri Dewi Malam 5. Masri Manis 6. Pusaka Rimba
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 19, 2006 17:39:05 GMT 7
Salam...
Wahhh... Kasi list terus hehe...
Ehh... Lagu Malaysia Truly Asia tu camne huh bunyinya?? Confuse ngan lagu Cuti2 Malaysia ;D
Satu lagi... Kalau2 Tanjak masuk... Lagu Nyanyian Serambi tu lagu yg Tanjak share dulu tu ke??
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 20, 2006 12:41:27 GMT 7
Wahaa Azree siap kasi list tu hehe.. Erm rasanya Ihab... I have to agree with Azree.. Bukannya tukar 100%, tapi selitkan satu dua lagu slow (lembut santai etc as in Azree's explaination)
Nyanyian Serambi tu yang lagu Ramli Sarip tu kan?
Nak tambah gak, kalau ade sesiapa pernah dengar lagu Bunga Tanjung nyanyian Eddie Silitongga... haa lagu tu slow/relax tapi best giller.. kalau sesapa nak leh saya sharekan...
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Feb 20, 2006 18:00:21 GMT 7
Yup, Nyayian Serambi is by Ramli Sarip...
Tak silap lagu bunga tanjong pernah dibubuh link oleh abg nasa kita kan??
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Feb 20, 2006 18:12:32 GMT 7
Kurang faham sgt jenis lagu yg dimaksudkan cik azree kita..... Maksud azree, something mcm lagu2 dlm album aura??
Personally, sy suka aura kerna element etnik yg mendalam, juga, its a gd research reference. Tapi, pernah juga diberitahu ttg kegagalan aura (lupa plak sebabnya)....
Niwae, azree ade saran suruh tumpu apa lagu jenis masri, ghazal, mak yong, minang sbg cth.... Utk menambah, maybe kak ani boleh cuba boria, canggung - lagipon kak ani belum pernah buat lagu2 jenis ni.... or lagu2 berunsur patriotic.....
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 21, 2006 1:39:35 GMT 7
Nak tambah sket encik Aan nyer point.. Kak Ani lom pernah try lagu-lagu jenis inang caklempong (negeri sembilan), canggung dan randai... patriotik pun not bad gak hehe...
Bunga Tanjung yang saya maksudkan ni bukan nyanyian Sharifah Aini tau... tapi dendangan Eddie Silitongga
|
|
|
Post by M_Ihab on Feb 21, 2006 2:53:49 GMT 7
Salam...
Abg IZAR: Hehehe... Tak kisah pon kalo tak agree pendapat saya... Kita sumer ada hak menyuarakan pendapat masing2 di sini kui kui...
A'an: AURA ada kegagalan? Dari sudut apa agaknya?? Musykil ;D
Komen menyeluruh: Saya sebenarnya jd musykil balik bila naik respon2 baru...
Jadi utk mengurangkan kemusykilan, maka saya bertanya semula: Komen2 di sini nak tengok Kak Ani tampil di kaca tv dengan lagu2 relax, ataupon nak Kak Ani kuarkan lagu2 dalam album dia yg berunsur relax??
Saya jadi musykil sebab, macam saya kata sebelum ni, saya tak rasa KAK ANI mengabaikan lagu2 jenis camni dalam mana2 album dia sekalipon... Malah kalau ditengok pon, quote lagu contoh yg Azree amik adalah lagu 'SYAKUNTALA' yg merupakan lagu dalam album 2nd LAST Kak Ani... Itu bkannya zaman dahulukala... Baru 2-3 tahun berlalu rasanya...
Pokoknya point saya adalah: Pada pendapat saya, KAK ANI TAK PERNAH ABAIKAN LAGU2 STYLE SANTAI ATAU RELAX Iktiraf ada GHAZAL Aura ada BERENDOI Sawo Matang pon ada DONDANG SAYANG Sumernye ni rasanya jenis2 lagu yg relax/santai... Ke saya salah??
Jadi di sini, saya nak mintak sebenda... Tang mana yg tak kena nya ngan penghasilan album Kak Ani ni?? Kalo bleh clarify a bit more on this matter, mungkin bleh mengurangkan keMUSYKILan saya hehe... Sebab sumer kat sini dok kata Kak Ani diharapkan bubuh lagu itu ini dalam album2 akan datang --> seolah2 album2 Kak Ani sebelum ni memang takde lagu2 yg RELAX/SLOW/SOOTHING ni...
Pastu saya baca balik komen2 AZREE sebab nak betul2 paham ttg isu yg dibincangkan... Tapi memang tak terjawab soalan saya, tapi timbul satu lagi plak soalan baru lepas review komen Azree haha...
Ni nak tanya Azree plak... Apa yg Azree maksdukan dengan:
Muzik yg pelik itu adalah?? Kalo bleh pin-point contoh2 yg pelbagai bagus juga...
Sila bantu hamba yg mula bingung ngan isu di sini heheh
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Feb 21, 2006 10:14:40 GMT 7
Ihab...
Maaf kalau tak sebut lebih awal, komen kat sini ditujukan untuk lagu-lagu yang bakal kak ani jadikan sebagai single. Sebab tu saya cakap, bukan mengubah seratus peratus, tetapi pendekatan melalui lagu-lagu yang hendak ditonjolkan.
Memang benar, kak ani pernah buat lagu-lagu ghazal, berendoi, semua tu... tapi pertamanya, ia tidak dijadikan sebagai single, dan keduanya, susunan muziknya masih lagi begitu tepu dengan bunyi-bunyian muzik. Saya mencadangkan, susunan muzik itu biarlah dibuat untuk menyerlahkan merdu alun suara kak ani dan keindahan melodi itu. Seperti mana cadangan saya yang telah disenaraikan di atas.
Berkenaan muzik yang "pelik" itu, saya memaksudkan bahawa kak ani elakkan dahulu daripada mengambil muzik orang asli, atau sarawak buat ketika ini untuk dijadikan single ataupun dipertandingkan dalam AJL. Sekarang ini, tumpukan pula lagu-lagu yang mempunyai semangat melayu yang kuat. Rasanya ramai yang merindukan persembahan kak ani seperti dondang dendang dan awallah dondang di AJL.
ada lagi nak cakap, tapi tak cukup masa. so, sambung nanti k. a'kum.
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Feb 21, 2006 19:56:15 GMT 7
Hmmm same here... maksud saya untuk dijadikan single.. since M'sia takde konsep single nih.. untuk diketengahkan la.. Macam Sawo Matang kak Ani ketengahkan Hatinya Tak Tahan dan Ayuh Juragan kan? So, untuk next album ni ketengahkan la Racau Sang Khalifah dan satu lagi lagu slow/santai...
Saya tak kisah kalau kak Ani buat muzik "pelik" seperti yang ditafsir oleh Azree tu cuma banyakkan kelainan lagi. Sebab orang (non-fans) mungkin akan cepat melatah dengan menyamakan lagu2 kak Ani.
Sebab ada seorang kawan saya pernah komen yang bunyinya lebih kurang gini.. "Nape kak Ani buat Tandang Bermadah sedangkan dah pernah buat Ngajat Tampi, dan nape buat Ayuh Juragan sedangkan dah pernah buat Iboq? same goes to Hala Timur & Dikir Puteri"
Ini adalah soalan dari non-fans yang akan generalize Ngajat Tampi & Tandang Bermadah adalah "lagu etnik S'wak", Iboq dan Ayuh Juragan sebagai "lagu orang Asli" dan Hala Timur & Dikir Puteri sebagai "lagu dikir/pantai timur"
So, apa kata kak Ani bawak lagu2 irama etnik lain seperti yang dicadangkan oleh beberapa orang di atas tu pulak untuk mengelakkan dari "generalization" ini.Lagu-lagu dari etnik2 Sabah pulak ke?
|
|