|
Post by .i.z.a.r. on Jan 10, 2006 18:00:24 GMT 7
Yeaaayyyyy.... Pertama sekali... Terima kasih daun keladi buat abg Fedtri yang sanggup bazir kredit call saya di malam raya haji semalam semata-mata nak kasi dengar Racau Sang Khalifah. Bukan setakat preview.. sampai habis lagu hehehe...
Okey nak komen.. Part kak Ani dengan Liza Hanim sahut menyahut tu sangatlah best giller, teringat plak kat Hati Kama dan Dondang Dendang (duet dgn Siti Nurhaliza) di mana part sahut menyahut tu... Irama dia saya tak sure irama ape tapi sangat best ade ala-ala lagu Layar Bahtuta & Logamaya sket sket..
Okey pasal konteks khalifah tu.. Sangat setuju dengan bro Fedtri kita.. Khalifah = pemimpin. Nape nak sabitkan dengan sahabat nabi sme tu? Kalau ikut konteksnya pun, khalifah2 sahabat nabi tu pun pemimpin di waktu itu juga ye tak? Saya tak nampak sebarang kesilapan dan kecelaruan di sini..
Dan dalam konteks lagu ni, dinyatakan kita manusia sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun manusia ialah makhluk Tuhan yang paling superior, tidak terlepas daripada gangguan dan racauan negatif di sekeliling kita...
Keseluruhan, saya tak nampak apa-apa kesalahan besar dalam lirik lagu mahupun tajuknya. Better la letak Racau Sang Khalifah daripada Niskala sebab takut orang tak paham maksud Niskala.
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 11, 2006 3:40:07 GMT 7
Salam...
WAHHH!!! MANA ACI NI!!! ABG IZAR DAPAT DENGAR LAGU PENUH??!!!! WARGHHHH WARRRGGGHHHHHHH!!!! Saya tak pernah dapat dengar lagu penuh lagi ni... Ish!! Ni nak kena cubit telinga abg Fedt ni hahahaha...
Waseh!! Tatau lak ada part sahut sahutan daripada Kak Ani & Liza gak! Saya ingat selama ni duet nyanyi je... Rupanya ada gak tarik tarik bersahutan ARGHH!!! Boleh jadi gila aku dibuatnya ni!!! Takleh bayang!!
OK OK... Kena tenangkan perasaan ni... Assessment tak habis lagi... Kang gila tak pasal2, kantoi lak sumer assessment haha...
Hmmm... About komen abg tentang maksud Khalifah tu, saya rasa puncanya cam abg Fedtri explain: Mentaliti sesetengah org yg terlalu mengkhususkan sesuatu perkataan umum... Betul explaination abg Fedt mengatakan biasanya kalau sebut Khalifah, org tak pernah nak relate ngan kesediaan diri kita ni lahir sebagai khalifah... But yet kita terus narrow kan definition dia kepada Khulafak Ar-Rashidin... In which both words are from the same root word but vary in perceptual and contextual meaning...
Example yg baik pon dah abg Fedt kasi: the word KHALWAT... Toksah menipu laa nak kata kalo ada or Melayu cakap kita berkhalwat, kita akan relax sebab kita perceive Khalwat tu dengan makna 'Bersendirian', bkan 'Berperlakuan sumbang berdua duaan'...
Fuhhh... Penangan bahasa ni bahaya gak ek?!
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 11, 2006 3:48:02 GMT 7
Ehehehe.. tu la.. Memula dengar separuh.. pastu abg Fedt tanya, nak dengar lagi tak? Of course la jawab nak kan.... then dia kasi dengar sampai habis ahahaha... Thanks again abg Fedt!
Well biasa la tu kias bahasa ni memang kadang-kadang susah nak difahami dan diinterpretasi Dan satu lagi ialah mentaliti manusia.. susah nak ubah.. Tapi saya yakin Racau Sang Khalifah akan jadi hit!
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 11, 2006 3:48:54 GMT 7
Ouh...lupa nak tambah... dan kalau tak silap Racau Sang Khalifah ni cam ade ala-ala irama Masri dan Joget sket kan? Kalau salah tolong betulkan eh..
|
|
|
Post by aiHaRa on Jan 11, 2006 12:52:39 GMT 7
impress with the lyric... meaning mendalam sangat... hope to hear the song.... ;D
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 12, 2006 3:50:52 GMT 7
Salam... Haaa!!! Ahada lak mintak nak dengar lagu... Cepat abg Fedt!! Mintak no phone Ahada hahaha... Kalo ikut petikan sotkabo, dia kata lagu tu Masri + Joget... Tapi to tell ya the truth, saya sampai skang ni tak reti2 lagi nak pin-point yg mana Masri yg mana itu yg mana ini... Hahaha... Pokoknya, asal lagu sedap bleh layan, JALANNNNN
|
|
|
Post by Danshi on Jan 12, 2006 9:15:53 GMT 7
tak adil saya pun tak dapat dgr preview lagu tu lagi tp org lain dah dpt....sedey betul.......rasa terpinggir hu hu....
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Jan 12, 2006 11:13:49 GMT 7
Assalamualaikum.
Menarik benar perbincangan di sini. Racau Sang Khalifah, sebuah nukilan yang mempunyai mesej yang bagus dan positif sekali. Menceritakan mengenai permasalahan yang dialami sang manusia tatkala berdepan dengan cabaran menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah. Sesungguhnya telah jelas tercatat dalam Kalamullah, Surah Al-Baqarah ayat 30 bahawa tujuan manusia itu diturunkan ke muka bumi ini adalah sebagai khalifah, yakni untuk mentadbir dunia ini ke arah kebaikan.
Namun, tatkala menjalankan tugas sebagai khalifah, adakalanya manusia berdepan dengan pelbagai cabaran yang begitu hebat. Dengan itu, manusia haruslah berpegang teguh kepada sifat-sifat sejati sang Khalifah.
Kemudian, digandingkan pula khalifah ini dengan kalimah "Racau". Racau, secara literalnya bermaksud berkata-kata yang tiada membawa maksud, umpama mengigau. Racau dalam tajuk lagu ini boleh dilihat dari sudut yang pelbagai. Bila digandingkan "Racau" dan "Khalifah" dalam tajuk lagu, maka kaedah gaya bahasa yang berunsurkan pertentangan digunakan. Ia juga boleh dianggap sebagai satu metafora apabila Racau (abstrak) digabungkan dengan khalifah (konkrit), kerana abstrak + konkrit = metafora.
Namun, khalifah apabila disebut sebagai konkrit agak goyah pasaknya kerana maksud khalifah juga pelbagai dan mempunyai pelbagai takrifan, lantas boleh juga dianggap sebagai abstrak. Apabila abstrak + abstrak, ada pelbagai maksud boleh dirungkai.
Jika dilihat kepada maksud juga, tajuk "Racau Sang Khalifah" boleh menjurus kepada erti yang berlainan daripada isi dan mesej yang tersurat lagu ini. Pertama, ia boleh digambarkan seolah-oleh keseluruhan lirik lagu ini adalah seumpama Racauan semata-mata, yang diucapkan oleh Sang Khalifah, yakni si penyanyi, sepertimana yang dinyatakan oleh penulis. Kedua, Sang Khalifah itu sendiri pada hakikatnya tidak meracau. Yang meracau adalah manusia yang memegang jawatan khalifah tersebut. Racauan bukanlah ciri-ciri seorang Khalifah kerana beliau hanya menyatakan perkara yang benar.
Contohnya yang mudah adalah seperti seorang ustaz. Apabila seseorang ustaz melakukan perkara yang tidak elok, adakah jawatan ustaz itu juga berbuat demikian? Ternyata tidak. Manusia itu sendiri yang melakukan kemungkaran. Manakala ustaz adalah satu jawatan yang berpegang kepada ciri-ciri yang baik. Oleh itu, agak janggal apabila dikatakan sang khalifah itu meracau.
Tajuk lagu ini juga bertentangan dengan sebaris ayat dalam lagu ini iaitu “Andai Aku Khalifah..” kerana baris ini menyatakan seandainya, iaitu sesuatu yang belum berlaku lagi, namun tajuknya telah terlebih awal menyatakan si penyanyi telah menjadi khalifah. Namun, maksud keseluruhan lagu ini difahami, hanya baris ini memberi sedikit ironi.
Ini adalah pendapat saya. Apa pula pendapat anda? Mari kita lontarkan pandangan, membuka gelanggang bedah karya. Karya Puisi, Cerpen & Novel kerap juga diadakan sesi bedah karya. Lirik lagu belum pernah terdengar. Mari kita jadi yang pertama memula pencak?
Azree Ariffin. Ujana Taman Ilmu Dan Budi.
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 12, 2006 20:14:22 GMT 7
Salam... Masya Allah! Menarik benar komen dan pendapat yg diketengahkan oleh Azree... Yg paling saya tak pernah terfikir adalah perkaitan yg Azree ketengahkan antara TAJUK LAGU dan BARIS LIRIK dalam lagu tu... Menarik untuk diperbincangkan dengan lebih mendalam... Seriously, saya nih bukan bahasawan jadi saya takde hak nak komen... Tapi idea yg diketengahkan oleh Azree tu ada benarnya... Ada sape2 yg sudi nak kasi komen feedback, silakan! Cuma satu point yg mungkin saya boleh bangkitkan... Pada komen Azree yang berbunyi:- "Racauan bukanlah ciri-ciri seorang Khalifah kerana beliau hanya menyatakan perkara yang benar" Kalau boleh saya nak minta Azree perjelaskan komen ini dengan lebih mendalam ;D Sebab kita tidak boleh confuse antara seorang KHALIFAH dan seorang RASUL/NABI... Jikalau Azree ubahsuai ayat Azree tu dengan bunyi macam ni:- "Racauan bukanlah ciri-ciri seorang RASUL/NABI kerana beliau hanya menyatakan perkara yang benar"; maka saya skit pon takkan membantah... Tetapi bila Azree gunakan perkataan "Khalifah Menyatakan Perkara Yg BENAR Sahaja", saya rasa Azree dah terlalu menjurus interpretation Azree terhadap KHULAFAK AR-RASYIDIN yg 4... Sebab kita kena sedar bahawa arus Khilafah tidak terputus selepas kewafatan Saiyidina Ali, bahkan banyak lagi Khulafak lain yg pernah mentadbir alam dan zaman Khilafah hanya berakhir semasa pemerintahan Kamal Attat'erkut'urk... Itu tempoh yg panjang giler tu... We are talking about decades here... N there are indeed kisah2 pemerintahan Khilafah yg disabitkan dengan kecuaian dan kelalaian manusia itu sendiri... So, for now, itu je dulu komen saya... Ada sape2 nak join kami BEDAH KARYA?? Hehehe... Saya BEDAH MAYAT bleh laa...
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jan 12, 2006 23:34:16 GMT 7
racauan?? semua org yang bergelar manusia pd hakikatnya meracau. gelisah, kecewa, tak tentu arah, takut adalah bentuk2 racauan.. tidak kira siapa-imam, bilal, para sahabat nabi juga mengalami racauan ( mcm2 racauan ). sebab itu mereka merujuk kpd Rasulullah jika terdapat masalah/kemusykilan krn mereka semua manusia biasa yang inginkan petunjuk/panduan.
JGN SEMPITKAN MAKSUD RACAU TU PADA BERKATA-KATA TAK TENTU ARAH KETIKA TIDUR.
cuba perhatikan tajuk ni:- PENGEMIS CINTA - adakah pengemis tu org yg menagih simpati tepi jln? tp dlm lagu ni, kita luaskan definisinya.
MENADAH GERIMIS kalau hujan lebat, penuhlah tadahan. kalau gerimis, jenuhlah tunggu nak bagi penuh. ia simbolik kpd penantian yang lama.
DEBU-DEBU KOTA Debu apa? debu jalan ke? tp ia membawa maksud ragam-ragam di ibu kota.
PATAHNYA SAYAP MALAM malam ada sayap?
GURINDAM SANG PUTERI nyanyian oleh seorang puteri ( kita tak buat tajuk GURINDAM SANG PUTERI GUNUNG LEDANG) tak payah bubuh nama org. KITA FAHAM yang puteri tu seorang perempuan
RACAU SANG KHALIFAH racau oleh seorang khalifah ( bukannya RACAU SANG KHALIFAH RASULULLAH ) khalifah sudah menjadi simbol pemimpin. tak dinyatakan siapa pemimpin tu. nak tau siapa, dengarlah lagu dan fahamilah liriknya.. mudah saja.
kalau kita buat silap. org akan tegur:- " wei, mimpi ker?" tapi dalam ayat ni, mimpi bukanlah bermaksud lamunan ketika tidur. ttp maksudnya- fikiran ke lain... merawang..
ANDAI aku KHALIFAH mendamai bumi fana subur ilmu melimpah bersujud penuh redha
dalam lirik ini, andai digunakan sebab nak menyatakan- mereka nak jadi khalifah yang macam mana? sudah tentu yang: mendamai bumi, subur ilmu dan bersujud penuh redha.
dalam lirik ni tak dijelaskan siapa itu khalifah kerana umumnya manusia adalah khalifah. ini bukan karangan. ini lirik. simbolik dinyatakan dlm bhsa ringkas dan mengikut rentak dan suku kata.
ttp baris-baris sebelumnya telah dikiaskan ttg semangat pahlawan/khalifah
" kuhampar bintang-bintang kilau emas gemilang kuukir jadi gerbang perisai medan juang"
PERISAI dan JUANG adalah simbolik kepahlawan
sy tak melihat sebarang masalah dlm tajuk ini. hanya azree seorg setakat ini yang tampil menyatakan rasa keliru..
APA masalahnya dengan racau. bukannya SUNDAL SANG KHALIFAH DUNGU SANG KHALIFAH
akan jadi masalah jika saya guna tajuk2 seperti di atas. kerana khalifah berkataan arab yang secara x langsung simbol masyarakat islam.
kalau cina atau india nyanyi lagu ni mungkin kontroversi.
RINDU SANG KHALIFAH SETIA SANG KHALIFAH RACAU SANG KHALIFAH KORBAN SANG KHALIFAH
rindu, setia, racau, korban... adalah elemen yang mesti ada pd setiap individu...
kalau tajuknya KORBAN SANG KHALIFAH, mungkin azree merujuk kpd daging korban agaknya ( jgn marah ) sebab dlm kamus maksudnya mcm2- 1) amalan menghampirkan diri dgn Allah 2. persembahan kpd dewa2 3) pemberian.kesanggupan berbakti 4) menanggung derita. so, kita sendiri la kena fikir apa maksudnya... " pengorbanan seorang khalifah"
SEKALI LAGI DITEGASKAN, fahamilah apa itu racau dan apa itu khalifah mengikut konteks lagu ni.
takkan saya nak bubuh tajuknya: RACAUAN HIDUP SANG KHALIFAH RACAU SANG INSAN
Perkataan arab mesti ada sebab ritmanya ada juga elemen arab terutama part IHAB nyanyi. Insan pun arab ttp khalifah lebih menyerlah bunyi arabnya.
lupa nak bgtau, sebab lagu ni lagu duet, so, saya buat penceritaan.
dalam lagu ni liza yang meracau. k ani:- bermusim lama bayang hitam mengejarmu mu--> refer kpd liza
then k ani tanya: mengapa dayus menyerah liza jawab: sayapku luka berdarah
so, diorg bergandingan tangan utk hadapi masalah/racauan hidup " bergandingan tangan seiring melintas maya"
so, sama2 diorg buat bakti kpd Allah
" KITA ranumkan manisan iman. setelah lara diduga gelora"
sekian diperjelaskan...........
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jan 12, 2006 23:40:19 GMT 7
saya taknak bubuh lirik
AKULAH OK KHALIFAH MENDAMAI BUMI FANA SUBUR ILMU MELIMPAH BERSUJUD PENUH REDHA
sebab mesej saya- diorg ni belum sempurna lagi.. so, diorg dlm proses berangan-angan dan bertekad utk jadi seorg yang mulia
dalam part joget ada dinyatakan:- menanti lamanya menanti suci hati paksi pekerti * maknanya bukan senang nak jadi khalifah sejati
terbayang di mata terbayang tuan datang berlapang dada * part ni pulak menampakkan mereka hanya terbayang2..blm jadi nyata
so, ANDAI adalah rumusannya
|
|
|
Post by Nasa on Jan 12, 2006 23:53:43 GMT 7
Wah panjangnya penerangan En fedtri kita, sekurang kurangnya dapat kita fahami apakah mesej yang nak di sampaikan dan merungkai maksud racau sang khalifah. Saya juga telah mendengar lagu ini melalui En Fedtri terima kasih En Fedtri yang budiman.
|
|
|
Post by Nasa on Jan 13, 2006 0:01:34 GMT 7
tak tido ker cik nasa? Saya memang jarang tidur awal ni dah racau dah ni tak sabar nak tunggu album kak ani keluar
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 13, 2006 0:47:48 GMT 7
Waah... panjang lebar explaination abang Fedtri... Saya rasa dah cukup jelas di situ kan? Sebab lagu ni sahut menyahut...kak Ani dan Liza Bertanya dan menjawab... tentang racauan yang di alami oleh sang khalifah itu... Saya rasa dah clear dah ni kan?
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jan 13, 2006 7:59:51 GMT 7
nak tambah sikit, kalau lagu ni menceritakan tentang seorang khalifah spt khulafak ar-rasyidin ker, saya akan letak ganti nama 'nya' dalam lagu ni
contoh:- bermusim lama bayang hitam mengejarmu akal merapuh hati lusuh jiwa derita
bila ditukar:- bermusim lama bayang hitam mengejarnya : so, org akan tertanya2 siapa 'nya' itu
lagu HATI KAMA contohnya kisah di sebalik nabi yusuf, ttp tak disebut langsung nama nabi yusuf. org takkan tau kisah ni ttg nabi yusuf kalau media tak ceritakan. mungkin org ingat 'kama' tu adalah KAMAruzzaman ker, KAMAliah ker... so, dalam RACAU SANG KHALIFAH, saya juga nak org berfikir. selaras dgn hasrat memberi sst yang positif dlm kehidupan manusia melalui penulisan lirik. nirmala, balqis..... juga lagu2 yg tak sebut langsung nama tajuk lagunya dalam baris lirik.
azree juga ada sms kpd k ani perkara ni. terus k ani call me dan tanya lagi... ttp memandangkan awal2 lagi dia dah faham maksudnya.. so tak ada masalah. azree siap bagi jenis2 khalifah lagi. saya tahu azree tgh belajar topik khalifah kat UIA ttp sptmn yg kita bincgkan, kita merujuk kpd makna secara kontekstual.
idola? bukankah ia berhala? ttp maknanya tlh dispesifikkan kpd seseorang yang dikagumi... kalau azree nak details, boleh tlg kaji apa jenis idol yg ada... utk menguatkan hujah kenapa idola tak sesuai digunakan. baru2 ni media bangkitkan perkara ni. kalau azree dpt buat kajian, boleh hantar ke media....
bukan nak menjatuhkan semangat azree dlm memberi kritikan ttp at least kita semua dpt berbincang...
|
|