|
Post by M_Ihab on Jan 13, 2006 8:49:05 GMT 7
Salam...
Bagus sekali kupasan oleh abg Fedtri yg memperjelaskan salah satu tanda soal yg berlegar dalam pala saya hehe... Rasanya kekeliruan yg timbul sebab saya interprete part tu macam ni:- Andai aku khalifah , akan aku damaikan bumi fana dan andai ilmuku melimpah, akan ku bersujud penuh redha... Saya sepatutnya interprete:- Andai aku khalifah, seharusnya aku cuba damaikan bumi fana ini, sepatutnya aku cari ilmu biar melimpah dan sewajibnya aku bersujud penuh redha...
2 konteks yg berbeza... Fuhhhh... Penangan bahasaaaaa... giler boleh jadi fening hahaha...
Azree ada apa2 feedback lagi?? Kalau Azree ada apa2 feedback lagi, nyatakan kat sini laa... Bleh bawa kami fikir2 bersama ;D
|
|
|
Post by SyaKunTaLa on Jan 14, 2006 18:44:53 GMT 7
wow..lirik dia memang best..tak sabar nak tunggu perofrmance sabtu depan..
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 14, 2006 21:19:28 GMT 7
Salam...
YUSMAN!! Amik laa clip/gambar2 yg berkenaan.. Ko ada digicam kan... Share kat sini nanti!! Aku nak gak sama2 menikmati kemeriahan show tu nanti... Kasihanilah dakuuuu hehehe...
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 15, 2006 4:31:35 GMT 7
Betul tu... Ishhh.. nak sangat pergi tengok..dah la dekat dah alang-alang ke Melaka tuh.. Hmm.. takpe la.. biar nasib dan rezeki yang menentukan hehe...
|
|
|
Post by Nasa on Jan 15, 2006 11:43:04 GMT 7
Pergi jangan tak pergi mari kita sama sama bagi sokongan buat kak Ani.
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Jan 15, 2006 17:58:17 GMT 7
Racau Sang Khalifah & Pemikirannya
Assalamualaikum w.b.t.
Wah, bertambah hangat perbincangan di sini! Bagus, inilah apa yang dimahukan daripada para peminat Noraniza Idris, berminda kritikal dan bernas. Sesungguhnya apa yang dibawa oleh Kak Ani, bukanlah hiburan semata-mata, malahan suatu hasil seni yang mampu dimanfaatkan oleh semua walaupun mempunyai penilaian dan pandangan yang berlainan. Itulah salah satu sebab mengapa saya meminati Kak Ani, sebab saya memperolehi sesuatu yang amat bernilai harganya yakni ilmu yang saya tidak dapat dari tempat lain.
Maaf sebab terlambat memberi balasan. Keadaan saya sekarang menyulitkan lagi untuk selalu berada di dalam talian, tambahan pula bebanan tugasan yang menimbun dan peperiksaan yang semakin menjelang tiba. Kadang-kadang terasa cukup rindu untuk bertandang ke sini, untuk bersama dengan kalian.
Dalam penciptaan sesebuah karya kreatif, kita tidak boleh menafikan kepentingan kedua-dua ilmu sastera dan ilmu bantu untuk membina sebuah karya yang cukup asam dan garamnya. Ilmu sastera yang melibatkan teori-teori penciptaan, gaya bahasa, perwatakan, nilai murni, dan sebagainya adalah penting untuk memberi suatu kesan keindahan kepada sesuatu kerya itu.
Menurut penyair terkenal, Lim Swee Tin, karya kreatif yang baik haruslah seimbang dari segi rasa dan pemikiran. Justeru, di sinilah terletaknya kepentingan ilmu bantu. Ilmu ini adalah ilmu selain daripada yang berkaitan dengan ilmu sastera, umpamanya seperti sejarah, sains, matematik, agama, falsafah, dan sebagainya. Kebiasaannya, karya yang baik adalah karya yang bijak menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.
Apabila menyusuri karya kreatif seperti RACAU SANG KHALIFAH, kita tidak dapat menafikan terdapat gabungan yang baik antara kedua-dua elemen tersebut. Perasaan dan pemikiran yang jitu telah diadunkan di dalam lagu ini. Tajuknya sahaja telah melahirkan satu tanda tanya kepada yang mendengarnya. "Bagaimanakah Khalifah itu boleh meracau?" barangkali adalah soalan yang muncul apabila pertama kali mendengarnya.
Para penulis muda zaman sekarang dilihat banyak menggunakan tajuk-tajuk yang apabila didengar boleh membuat pelbagai kontroversi, dengan tujuan utama untuk menarik perhatian. Tahniah, saudara Fedtri Yahya kerana keberanian berbuat demikian! Namun, saya sendiri belum bersedia berbuat demikian dalam karya-karya saya, mungkin kerana gaya penulisan yang berbeza.
Berbalik kepada perbincangan asal, apabila persoalan siapakah sang khalifah yang meracau itu ditimbulkan, secara tidak langsung maksud dan istilah khalifah itu harus diambil kira dari pelbagai segi. Apabila melewati perkataan khalifah, mungkin ada yang terbayang-bayang kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin, Abbasiyah, mahupun Turki Uthmaniah.
Namun, konteks di dalam lagu ini tidak tertumpu ke situ. Ia merujuk lebih kepada penciptaan manusia itu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai khalifah-Nya. Di sini, penulis telah memasukkan ilmu bantu yakni persoalan tentang jenis-jenis khalifah. Lagu ini memberitahu bahawa dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang jalanan, kita haruslah berpegang teguh kepada fitrah asal penciptaan manusia, yakni sebagai khalifah.
Khalifah yang bagaimana, ya? Inilah apa yang telah dikatakan tadi, persoalan mengenai jenis-jenis khalifah. Racau Sang Khalifah telah menyatakan secara tidak langsung 2 jenis khalifah iaitu Ammah dan Khassah. Setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah Ammah, muslim dan juga sebaliknya. George W. Bush juga khalifah. Ariel Sharon juga khalifah. Tetapi lihat apa yang telah mereka lakukan dalam pengkhalifahan mereka?
Sebab itulah lagu ini menyeru supaya kita jangan sekadar menjadi Khalifah Ammah semata-mata, tetapi seorang Khalifah Khassah, yakni mutu seorang manusia yang sepatutnya kita capai. Ciri-ciri seorang Khalifah Khassah adalah bertindak di dalam linkungan undang-undang, membangunkan dan memperbaiki kehidupan di muka bumi ini, melaksanakan amal ibadat, dan juga berjuang untuk menjadi teladan yang baik bagi dicontohi oleh umat manusia yang lain.
Natijahnya, “Racau Sang Khalifah” adalah suatu karya yang telah menyampaikan dan menerangkan tentang istilah dan penjenisan khalifah itu secara tidak langsung dalam penyampaiannya dengan berbekalkan keseimbangan antara ilmu sastera dan ilmu bantu.
Azree Ariffin Ujana Taman Ilmu dan Budi Ahad, 6:55 petang.
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 15, 2006 21:20:19 GMT 7
Salam...
Wahhh... Penulisan hang memang menarik sungguh laa Azree... Bangga aku ada secretary cam hang dalam group kita hehe...
Azree dah komen panjang lebar, dan kupasan beliau juga amat bernas dan sangat menarik utk kita muhasabah bersama...
Maksud Khalifah tu sendiri datang dari perkataan Arab 'KHALF' yg bermaksud 'BELAKANG'... Kalau nak ponder in direct meaning, takkan laa seorang Khalifah itu diBELAKANGkan sedangkan dia merupakan teraju pemerintahan (tak kisah laa dalam konteks diri, masyarakat mahupun world as a whole) Di sini, kita kena faham bahawa apa yg terselit di BELAKANG perkataan KHALIFAH tu sendiri... Benanan yg ditanggung pada BELAKANG si Khalifah... Dan ciri2 yg perlu si Khalifah lengkapkan supaya dia tidak diBELAKANGkan oleh org2 yg dipimpin...
Very good elaboration of your points, Azree! Very well done indeed!
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 15, 2006 22:31:48 GMT 7
Bravoo... saya yakin Azree ni sure student Law ke atau student yang amik Kesusasteraan ke kan? Anyway, elaboration sangat menarik! Well done!
|
|
|
Post by Nasa on Jan 16, 2006 11:15:32 GMT 7
“Racau Sang Khalifah” adalah suatu karya yang telah menyampaikan dan menerangkan tentang istilah dan penjenisan khalifah itu secara tidak langsung.
kupasan yang baik dari En Azree saya rasa semua dah memahaminya. (heheh maleh komen panjang panjang kusutttt)
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 16, 2006 19:53:56 GMT 7
Salam...
Laaa komen je laa panjang2 bang... Biar kusut!! Hahaha...
Meh saya bawa satu topik perbincangan baru...
Azree ada sebut dalam entry dia:-
Dan juga komen Azree yg diterterakan lebih awal dalam paragraph tu berbunyi:
Pokok perbincangan di sini adalah... Sejauh mana masyarakat umum dapat mengextract 'ilmu bantu' yg terkandung dalam sesuatu karya sastera seperti RACAU SANG KHALIFAH ni? Tidakkah nanti timbul masalah seperti yg dikatakan dalam quotation ke-2 tu: persepsi mudah masyarakat yg menyalah ertikan maksud sesebuah lirik lagu...
Apakah jenis karya yg bermutu tinggi seperti ini sesuai dimasukkan dalam lagu yg rata2 bakal didengari masyarakat awam yg kurang ilmu kesasterawan?? Apakah ia merupakan satu cara pendidikan yg baik untuk mendidik masyarakat supaya mendalami sastera, ataukah ia merupakan satu pendekatan berbahaya yg mungkin membawa silap faham di kalangan para pendengar lagu??
Mari berbincang ;D
|
|