|
Post by M_Ihab on Nov 19, 2005 6:06:23 GMT 7
Salam...
Hmmm... I have to agree on that... In terms of medley la... Lagu tu flow dia menarik n i would describe it as 'kelam kabut' hehe... Tapi betul laa dia ibarat medley n bukan satu lagu penuh...
Kesatuan camne yg Azree maksudkan?
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Nov 19, 2005 18:24:52 GMT 7
Maksudnya, suatu melodi yang digabungjalinkan daripada beberapa ritma menjadi sebuah irama yang satu. Tak perlu ada satu rangkap utk kaum ni, satu lagi rangkap untuk kaum tu.
Kalau nak diperhatikan, Ngajat Tampi lebih ada kesatuan melodi daripada Tandang Bermadah, sebagai contoh.
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 20, 2005 0:57:38 GMT 7
Salam...
Hmmm... Menarik komen Azree tu...
Abg saya pernah gak sebut yg lagu Kak Ani yg paling dia suka is Ngajat Tampi... However it's not the same case for me...
In terms of lagu Benua Bawah Bayu nih... For me, saya lagi suka lagu Tandang Bermadah... Bukan saja dari sudut kepelbagaian irama tapi juga dari sudut kepelbagaian bahasa... It may not affect Azree, but it did affect me...
Well, after all sumer org ada pendirian masing2... no rights or wrongs ;D
|
|
|
Post by shazmi on Dec 2, 2005 14:07:46 GMT 7
komen skit lagu kurik kundi tuh erk@yg dicampur gaulkan heheh...lagu kurik kundi mmg best tapi bile ku dgr lagu nyer yg panjang n byk ulang korus ku bosan skit,kat radio plak byk kena potong..cam ne tuh ..kat part n 9 de lah part yg plg best tp kat radio dia potong..huhuhuh
so.buat lah lah lagu pendek2 n senang nk ingat...hehehe
|
|
|
Post by shazmi on Dec 2, 2005 14:09:34 GMT 7
ape2 pon kalu kurik kundi ke ajl pasti bleh menang kan..sbb byk irama n loghat negeri nyer...best jugak ar ..n.i x pernah buat lagu cam campur gaul tuh kan ..kan....heheheh
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 2, 2005 16:50:07 GMT 7
Sekarang ni, baik kak ani elakkan buat lagu-lagu berunsur 'medley' nih kerana pertamanya, lagu macam nih agak kelam kabut, susah nak ingat dan yang paling penting, TAK RADIO FRIENDLY.
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 2, 2005 22:06:04 GMT 7
Salam... Hmmm bleh kata betul gak laa... Cumanya isu di RADIO tu, rasanya apa2 lagu pon RADIO skang nih potong... Anti-piracy act kot rasanya hehe... Bila pk pk balik betul gak... Lagu2 Medley nih cam tak constant... Takde theme yg cuba diketengahkan secara specific... Toksah buat laa lagu2 camni senang citer
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 2, 2005 22:21:48 GMT 7
Salam... Hmmm bleh kata betul gak laa... Cumanya isu di RADIO tu, rasanya apa2 lagu pon RADIO skang nih potong... Anti-piracy act kot rasanya hehe... Bila pk pk balik betul gak... Lagu2 Medley nih cam tak constant... Takde theme yg cuba diketengahkan secara specific... Toksah buat laa lagu2 camni senang citer itulah antara sebab saya tak berapa suka lagu begini. Melodi cantik, tapi dirosakkan dengan struktur lagu yang kelam kabut. Sayang sungguh... Harap sekrang semua daham kenapa saya prefer Ngajat Tampi berbanding Tandang Bermadah, sebagai sebuah lagu secara keseluruhnya.
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 3, 2005 5:45:44 GMT 7
Salam...
Paham paham... Jangan susah ati hehe...
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 8, 2005 16:01:59 GMT 7
k ani mungkin akan mengikat kontrak dgn MIG. sama ng waheeda, maya karin dll setahun je kot
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 8, 2005 16:03:48 GMT 7
k ani nak buat boria? sapa boleh cipta? boria kan belum pernah buat. nak buat catchy2
|
|
|
Post by Nasa on Dec 8, 2005 16:14:15 GMT 7
wah ini peluang yang baik bagi rakan rakan manira En Azree dan Ihab tentu boleh menyumbangkan kreativiti.Cadangan En azree nampaknya telah di terima oleh kak ani tahniah en Azree.
|
|
|
Post by aiHaRa on Dec 8, 2005 23:28:23 GMT 7
so mmg btul la kak ani join MIG... apa kata duet ngan si maya or waheeda...
then we called it as "international ethical music" ;D
p/s: this is my crazy idea i guess...
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 9, 2005 5:45:17 GMT 7
Salam... Bagus cadangan tu: both the Boria n Duet thingy... Hehe... By the way, apsal Kak Ani decide utk sign contract ngan MIG? Bkan sebelum ni Kak Ani publish sendiri ke album? N to abg Nasa... Kalo laa saya kenal apa itu IRAMA BORIA, setentunya saya berminat nak sumbang idea hehe... Malangnya pengetahuanku terbatas... Tak dapek nak nolong
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 9, 2005 22:17:22 GMT 7
Assalamualaikum....
Berikut adalah beberapa cadangan saya yang telah utus dahulu, saya pastekan balik di sini.
ZAPIN SARAWAK
Selain Johor dan Pahang, zapin juga terkenal di negeri sarawak dikalangan orang-orang melayu di sana. Dari segi irama, mungkin genre zapin ini tidak begitu berbeza. Saya cadangkan alat muzik sape digunakan untuk menggantikan gambus yang seringkali menjadi tulang belakang lagi-lagu zapin. Melodi lagu ini pula disesuaikan dengan lenggok-lenggok ngajat agar terserlah identiti negeri sang kenyalang itu.
BORIA
Irama boria adalah sebuah irama yang masih belum diteroka oleh kak ani. Irama ini mempunyai banyak pengaruh dari Parsi dan juga India. Saya lagu ini diberikan sentuhan wajah Malaysia. Gunakan sitar sebagai alat muzik teras lagu ini. Pengaruh Cina juga boleh ditonjolkan melalui susunan muziknya. Elemen melayu diletakkan pada melodi dan beberapa alat muzik bergendang. Walaubagaimanapun, susunan muzik lagu ini haruslah dilakukan dengan teliti dan kemas agar tidak serabut.
ALCAPELLA
Amat jarang kita mendengar lagu etnik yang menggunakan suara-suara latar sebagai pengiringnya. Saya kira jika konsep ini digunakan dan kena dengan caranya, ia akan menjadi hasil gubahan yang sangat indah. Irama asli dan syair amat sesuai untuk di-alcapella-kan. Apa pun, lagu ini haruslah mempunyai lirik yang kuat.
INANG BALADA
Sebuah lagu kontemporari, mempunyai pengaruh inang yang kuat, tetapi masih boleh diangkat menjadi sebuah nukilan balada. Balada di sini bukanlah bermaksud balada yang meleleh, tetapi balada yang bertenaga, membangkitkan semangat. Susunan muziknya pula menggunakan gabungan unsur moden dan tradisional yang seimbang.
LAGU PUISI
Sebuah penghargaan ditujukan khas kepada Sasterawan Negara. Lagu puisi berbeza dengan lagu biasa kerana ia mengutamakan lirik berbanding melodi. Lirik dilakar terlebih dahulu sebelum diberi nafas irama. Lagu ini sesuai sekali diiringi dengan sebuah orkestra bagi memberi kesan klasikal. Lirik pula, pilih sahaja mana-mana puisi dari mana-mana Sasterawan Negara untuk dilagukan. Namun adalah lebih baik dipilih puisi-puisi yang popular, atau pun puisi yang diajarkan di sekolah menengah melalui Komponen Sastera (KOMSAS). Cara ini dapat membantu orang lebih menghargai lagu ini dan juga ia boleh digunakan di sekolah-sekolah sebagai alat bantu mengajar puisi. Jangan lupa, KOMSAS diajarkan kepada remaja seluruh negara!
FEATURING
Konsep ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Ia banyak digunakan oleh penyanyi-penyanyi muzik kota di dalam genre Hip-hop, rap, rnb, soul dan sebagainya. Misha Omar juga ada menyelitkan unsur tersebut di dalam lagu Pulangkan. Kak Ani pun pernah menggunakan konsep ini contohnya seperti dalam lagu IBOQ, Dondang DiSayang, dan Serampang Bugis. Bezanya, saya cadangkan pula kak ani menjemput penyanyi-penyanyi baru khususnya dari rancangan realiti tv yang kurang cenderung ke arah lagu2 etnik untuk ditampilkan. Mungkin mereka boleh menyanyi, mungkin juga boleh rap, rapping pantun mungkin. Lagu Joget sesuai untuk konsep ini.
MAK YONG
Kak ani memang pernah nyanyikan lagu ini di dalam BEKABA, namum peranan lagu tersebut hanyalah sebagai lagu pengenalan. Harapnya lagu Makyong dapat ditampilkan lagi dalam versi lagu penuh. Gunakan Rebab sebagai alat muzik utama kerana bunyinya sangat eksotik. Penggunaan unsur-unsur wayang kulit juga bagus terutamanya dari segi lirik mengenai Ramayana dan Mahabrata. Tapi kalau tak nak pun tidak apa.
|
|