Post by AzreeAriffin on Mar 14, 2005 14:15:30 GMT 7
Assalamualaikum...
berikut adalah beberapa cadangan saya untuk album kak ani yang akan datang...
ZAPIN SARAWAK
Selain Johor dan Pahang, zapin juga terkenal di negeri sarawak dikalangan orang-orang melayu di sana. Dari segi irama, mungkin genre zapin ini tidak begitu berbeza. Saya cadangkan alat muzik sape digunakan untuk menggantikan gambus yang seringkali menjadi tulang belakang lagi-lagu zapin. Melodi lagu ini pula disesuaikan dengan lenggok-lenggok ngajat agar terserlah identiti negeri sang kenyalang itu.
BORIA
Irama boria adalah sebuah irama yang masih belum diteroka oleh kak ani. Irama ini mempunyai banyak pengaruh dari Parsi dan juga India. Saya lagu ini diberikan sentuhan wajah Malaysia. Gunakan sitar sebagai alat muzik teras lagu ini. Pengaruh Cina juga boleh ditonjolkan melalui susunan muziknya. Elemen melayu diletakkan pada melodi dan beberapa alat muzik bergendang. Walaubagaimanapun, susunan muzik lagu ini haruslah dilakukan dengan teliti dan kemas agar tidak serabut.
ALCAPELLA
Amat jarang kita mendengar lagu etnik yang menggunakan suara-suara latar sebagai pengiringnya. Saya kira jika konsep ini digunakan dan kena dengan caranya, ia akan menjadi hasil gubahan yang sangat indah. Irama asli dan syair amat sesuai untuk di-alcapella-kan. Apa pun, lagu ini haruslah mempunyai lirik yang kuat.
INANG BALADA
Sebuah lagu kontemporari, mempunyai pengaruh inang yang kuat, tetapi masih boleh diangkat menjadi sebuah nukilan balada. Balada di sini bukanlah bermaksud balada yang meleleh, tetapi balada yang bertenaga, membangkitkan semangat. Susunan muziknya pula menggunakan gabungan unsur moden dan tradisional yang seimbang.
LAGU PUISI
Sebuah penghargaan ditujukan khas kepada Sasterawan Negara. Lagu puisi berbeza dengan lagu biasa kerana ia mengutamakan lirik berbanding melodi. Lirik dilakar terlebih dahulu sebelum diberi nafas irama. Lagu ini sesuai sekali diiringi dengan sebuah orkestra bagi memberi kesan klasikal. Lirik pula, pilih sahaja mana-mana puisi dari mana-mana Sasterawan Negara untuk dilagukan. Namun adalah lebih baik dipilih puisi-puisi yang popular, atau pun puisi yang diajarkan di sekolah menengah melalui Komponen Sastera (KOMSAS). Cara ini dapat membantu orang lebih menghargai lagu ini dan juga ia boleh digunakan di sekolah-sekolah sebagai alat bantu mengajar puisi. Jangan lupa, KOMSAS diajarkan kepada remaja seluruh negara!
FEATURING
Konsep ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Ia banyak digunakan oleh penyanyi-penyanyi muzik kota di dalam genre Hip-hop, rap, rnb, soul dan sebagainya. Misha Omar juga ada menyelitkan unsur tersebut di dalam lagu Pulangkan. Kak Ani pun pernah menggunakan konsep ini contohnya seperti dalam lagu IBOQ, Dondang DiSayang, dan Serampang Bugis. Bezanya, saya cadangkan pula kak ani menjemput penyanyi-penyanyi baru khususnya dari rancangan realiti tv yang kurang cenderung ke arah lagu2 etnik untuk ditampilkan. Mungkin mereka boleh menyanyi, mungkin juga boleh rap, rapping pantun mungkin. Lagu Joget sesuai untuk konsep ini.
MAK YONG
Kak ani memang pernah nyanyikan lagu ini di dalam BEKABA, namum peranan lagu tersebut hanyalah sebagai lagu pengenalan. Harapnya lagu Makyong dapat ditampilkan lagi dalam versi lagu penuh. Gunakan Rebab sebagai alat muzik utama kerana bunyinya sangat eksotik. Penggunaan unsur-unsur wayang kulit juga bagus terutamanya dari segi lirik mengenai Ramayana dan Mahabrata. Tapi kalau tak nak pun tidak apa.
Sekian. Saya akan menyambung lagi apabila berkesempatan. harapnya cadangan ini dapat sampai kepada Kak Ani untuk dipertimbangkan.