Post by Nasa on Jun 28, 2005 20:54:24 GMT 7
Lagu Dondang Sayang
Alam seni lagu di Malaysia amat menarik untuk dikaji. Sayangnya, hingga masa ini belum ada ahli-ahli kita melakukan suatu kajian secara menyeluruh dan sungguh-sungguh tentang alam seni lagu di negara ini yang mempunyai pelbagai corak dan ragamnya itu. Suatu hakikat yang jelas ialah masyarakat kita dengan sosiobudayanya, memberikan serba kemungkinan kepada pelbagai unsur seni berkembangan, terutamanya kesenian lagu.
Secara umum ahli-ahli budaya kita dan kesenian khususnya menyatakan bahawa unsur-unsur nyata yang dapat digariskan dalam kesenian lagu di negara ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu lagu-Iagu Melayu asli, lagu-Iagu Tionghua, lagu-Iagu yang berunsurkan kesenian Hindu, unsur-unsur kesenian Arab dan unsur-unsur seni Barat. Dalam kepelbagaian corak lagu-Iagu yang terus berkembang kini, ada pula pihak yang membahagikan lagu-lagu Melayu itu kepada dua kumpulan umum iaitu lagu-Iagu asli dan lagu-Iagu bercorak langgam.
Yang dimaksudkan lagu-Iagu bercorak asli ialah lagu-Iagu yang berirama Melayu lama. Lagu-Iagu yang terkenal seperti Seri Mersing, Siti Payung, Patah Hati, Kuala Deli, Pasir Roboh, Lancang Kuning, Laksamana Mati Dibunuh dan beratus-ratus yang lain lagi adalah termasuk dalam kumpulan lagu-Iagu asli.
Sementara lagu-Iagu Melayu yang berubah sedikit coraknya, umpamanya lagu-Iagu keroncong dan lagu-lagu baru yang lain adalah termasuk dalam kumpulan lagu-lagu langgam. Lagu-Iagu Melayu seperti lagu Madah Pujangga, Azizah, Serunai Malam, Kuala Lumpur, Menanti Harapan dan beberapa banyak lagu-Iagu Melayu baru adalah termasuk dalam kumpulan lagu-Iagu langgam.
Dua jenis lagu Melayu yang agak berlainan coraknya dengan lagu-lagu asli dan juga langgam ialah lagu-lagu berirama joget dan lagu Dondang Sayang. Gelaran yang pernah diberi kepada lagu Dondang Sayang ialah 'Penghulu lagu'. Sebelum Perang Dunia Kedua dahulu di samping lagu-lagu joget lagu Dondang Sayang amat terkenal, terutamanya di Melaka. Ada pendapat yang menyatakan bahawa lagu tersebut berasal di Melaka.
Hingga kini umum menganggap bahawa oleh kerana lagu Dondang Sayang berasal di Melaka maka pastilah kebanyakan daripada orang Melaka pandai atau tahu menyanyi lagu tersebut. Sebenarnya terlalu sedikit bilangan orang Melaka yang tahu menyanyikan lagu Dondang Sayang. Bukan mudah menyanyikan lagu ini. Ia tidak boleh ditiru-tiru atau dipelajari melalui pendengaran seperti mempelajari lagu-lagu lain. Lagu Dondang Sayang mesti dipelajari dengan sungguh-sungguh kerana ia mempunyai bentuk dan cara yang tertentu untuk menyanyikannya. Bagaimanapun lagu ini bukan sahaja diminati oleh orang Melayu bahkan diminta juga golongan masyarakat bukan Melayu iaitu masyarakat Cina Peranakan yang dikenali dengan panggilan Baba dan Nyonya dan juga masyarakat Serani atau yang dikenali sebagai orang Portugis.
Beberapa orang penyanyi lagu Dondang Sayang yang terkemuka di Melaka pada masa ini adalah terdiri daripada golongan tua. Hampir tidak ada golongan muda yang meminati lagu ini. Kurangnya minat golongan muda menyanyikan lagu Dondang Sayang, bukan sahaja kerana sukarnya menyanyikan lagu tersebut, aspek yang lainnya adalah kerana mereka tidak pandai berpantun.
Seorang penyanyi yang baik suaranya mungkin boleh menyanyikan lagu Dondang Sayang jikalau disediakan pantun lebih dahulu. Yang menjadi kesulitan kepada si penyanyi ialah jikalau dia mesti menjawab pantun orang yang menjadi lawannya menyanyi. Masa untuk menjawab pantun orang lain dalam nyanyian Dondang Sayang agak singkat, hanya orang yang cekap mencipta pantun sahaja yang dapat mencipta dengan sempurna.
Hingga kini masih belum ada ahli-ahli sejarah budaya atau ahli-ahli kesenian kita yang telah membuat kajian tentang asal usul lagu Dondang Sayang secara mendalam. Bagaimanapun ada juga pendapat-pendapat ringkas yang menyatakan lagu tersebut berasal dari daerah Riau, Indonesia. Beberapa tulisan mengenainya lebih menekankan kepada aspek pantun yang dinyanyikan dalam lagu ini, kurang atau tidak langsung memperkatakan tentang asal usul lagu Dondang Sayang.
Maklumat terbaru mengenai sejarah Dondang Sayang dapat kita baca dalam sebuah buku yang ditulis oleh Madulara bertajuk Dondang Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka. Dalam buku tersebut dinyatakan ada tiga pendapat yang hampir tepat tentang sejarah mulanya tercipta lagu tersebut. Pendapat pertama menyatakan lagu Dondang Sayang mula wujud pada saat-saat terakhir kerajaan Melayu Melaka iaitu pada akhir kurun Masihi yang ke 15. Dijelaskan pula bahawa kemungkinan Dondang Sayang lahir di zaman tersebut adalah pada tahap asasnya sahaja iaitu ia lebih berbentuk lagu nasib.
Satu daripada faktor yang menyokong pendapat di atas menyatakan bahawa Dondang Sayang dicipta dan dilahirkan di Pulau Sebang, Tampin, Melaka. Masanya juga tidak jelas tetapi mengikut andaian ia dikatakan di antara tahun-tahun akhir 1400 hingga 1500 Masihi. Penciptaannya dikatakan dibuat khas kerana meraikan Datuk Temenggung melawat ke daerah tersebut sebagai pembesar negeri dalam pemerintahan kerajaan Melayu Melaka di zaman lampau.
Menurut ceritanya lagi sebatang pokok kelapa telah ditebang, batangnya dibuat rebana dan gendang. Alat-alat tersebut dijadikan alat muzik bagi mengiringi nyanyian Dondang Sayang.
Sementara itu ada pula pendapat yang bulat-bulat menyatakan lagu Dondang Sayang lahir kerana pengaruh seni lagu Portugis dan masyarakat Portugislah yang berjasa melahirkan lagu tersebut di negara ini. Ini berdasarkan dua faktor iaitu faktor, pertamanya ialah alat muzik biola dibawa masuk ke rantau ini dari Eropah. Faktor kedua adalah berdasarkan kegemaran bersukaria dan berhibur adalah cara hidup orang Portugis dan diperkenalkan pula kepada masyarakat tempatan. Bagaimanapun pendapat tersebut tidak dapat diterima oleh pihak lain kerana tidak terdapat unsur-unsur seni Barat dalam lagu Dondang Sayang.
Dengan itu jelaslah bahawa Dondang Sayang adalah seni tradisi negeri Melaka, bukan ciptaan atau pengaruh daripada seni lagu Portugis. Namun demikian dapat pula diyakinkan lagu ini sudah mula berkembang di zaman pemerintahan Portugis di Melaka.
Suatu hakikat yang harus diakui bahawa seni lagu Dondang Sayang lebih diperkemas lagi dengan adanya alat muzik dari Barat iaitu biola. Alat-alat muzik tradisional yang digunakan ialah rebana, gendang dan gong. Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa lagu Dondang Sayang serta dengan alat-alat muziknya adalah hasil daripada ciptaan ahli-ahli seni lagu di Melaka. Ini bererti lagu ini telah wujud dalam kesenian Melayu di Malaysia sejak abad yang ke 15 Masihi.
Sejak wujudnya, lagu ini terus berkembang dari utara hingga ke selatan Selat Melaka. Yang dimaksudkan kawasan budaya atau dunia Melayu ialah di Sumatera dan Riau, Indonesia. Demikianlah kesan-kesan sejarah tentang lagu Dondang Sayang yang dapat diteroka oleh ahli-ahli seni lagu di Malaysia.
Pengaruh alam setempat menimbulkan beberapa ciri perbezaan yang menambahkan lagi gaya dan corak atau langgam orang menyanyikan lagu ini. ltulah sebabnya timbul kumpulan atau kelompok-kelompok ahli-ahli Dondang Sayang yang terkenal hingga melahirkan nama-nama seperti Dondang Sayang Melaka, Dondang Sayang Tanjung Surat, Dondang Sayang Temasik dan Dondang Sayang Baba dan Nyonya. Perbezaannya bukan pada dasar dan bentuk lagu ataupun alat muzik tetapi pada cara persembahan nyanyian.
Jikalau didengar pada cara menyanyi akan dapat dirasakan kelainannya yang nyata. Nyanyian Dondang Sayang Tanjung Surat dan Temasik, sebutan patah lagunya pada suara pertengahan, dan kadang-kadang tinggi, diikuti oleh nyanyian baris dua maksud pantun. Sedangkan bagi Dondang Sayang Melaka sebutan itu rendah dan berakhir dengan kelembutan suara yang lunak dan beralun.
Demikianlah kepelbagaian corak atau gaya orang menyanyikan lagu Dondang Sayang mengikut pendapat orang-orang yang ahli dalam seni lagu tersebut. Bagaimanapun pada dasarnya pantun dan suara serta gaya menyanyi menentukan nilai atau mutu nyanyian Dondang Sayang. Jikalau tidak demikian akan terasalah kepincangan pada pendengaran dan citarasa seninya.
Keistimewaan dan keutamaan menyanyikan lagu Dondang Sayang ialah nyanyian pantunnya. Tanpa dinyanyikan dengan pantun lagu ini kurang meninggalkan kesan kerana belum lengkap sebagai suatu persembahan lagu. Bagi orang-orang yang ahli dalam nyanyian lagu ini secara bersendirian akan menyanyikan secara perlahan atau dalam hatinya apabila mendengarkan lagu Dondang Sayang dimainkan. Di sinilah letaknya keistimewaan atau bentuk yang tersendiri lagu Dondang Sayang. Inti pada lagu ini ialah pantun yang dinyanyikan.
Perkataan nyanyi dalam lagu Dondang Sayang adalah bermaksud pantun. Nyanyiannya akan didengar orang dengan penuh minat terletak pada kebolehan dan kecekapan para penyanyinya bersoal jawab atau berjual beli pantun. Dalam perbendaharaan puisi lama ada tertulis pantun-pantun :
Ramai-ramai duduk di jambatan,
Campak batu seorang satu,
Ramai-ramai duduk berkawan,
Mari berpantun seorang satu.
Biasanya pantun ini akan dijawab dengan pantun :
Saya tidak pandai menari,
Sebarang tari saya tarikan,
Saya tidak pandai menyanyi,
Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
Perkataan nyanyi pada baris tiga dan baris empat dalam pantun itu maksudnya 'pantun' .
Pada umumnya orang yang pandai menyanyikan lagu Dondang Sayang dia juga berkebolehan dan cekap mengarang pantun. Dia mengarang pantun secara spontan, bukan ditulis lebih dahulu tetapi seolah-olah dirakamkan dalam ingatan kemudian dilahirkan dalam jangka masa yang amat singkat.
Sebaliknya orang yang pandai berpantun belum tentu boleh menyanyikan lagu Dondang Sayang. Suara yang merdu, mempersona para pendengar, sementara susunan kata dalam pantun, terutama ketika menjawab pantun lawan dengan tepatnya akan mendapat tepukan daripada para pendengar kerana ia memberi kesan.
Biasa penyanyi Dondang Sayang akan lebih ghairah atau tambah bersemangat apabila pantunnya dijawab oleh lawannya. Jawapan yang tepat seolah-olah memberikan ilham baru kepada penyanyi itu mencipta pantun yang lain untuk mengatasi lawannya. Penyanyi yang cekap sering menjawab pantun lawannya dengan pantun sindiran yang menggambarkan kelemahan lawannya. Selanjutnya penyanyi yang terkena sindir itu akan berusaha pula mencipta pantun yang lebih tajam lagi kiasan atau sindirannya. Demikianlah yang kerap berlaku kalau lagu Dondang Sayang dinyanyikan oleh orang-orang yang benar-benar ahli menyanyikan lagu tersebut.
Pada umumnya tema pantun-pantun yang dinyanyikan adalah berkisar pada masalah budi, kasih sayang, kias ibarat, sindiran dan senda gurau yang dilahirkan secara sopan. Sampiran atau pembayang maksud setiap pantun sering diambil daripada alam sekeliling atau keindahan alam pada umumnya dan kadang-kadang menyebut watak individu yang terkenaI dalam masyarakat ataupun nama-nama tempat. Beberapa pantun lama yang kerap dinyanyikan dalam nyanyian Dondang Sayang :
Minta daun diberi daun,
Dalam daun buah bidara,
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.
Dalam daun ada bidara,
Ambil papan di pulau Paku,
Dalam pantun ada bicara,
Jangan lupa sebut namaku.
Berlari-lari bukannya kijang,
Pandan tersandar di ujungnya,
Bernyanyi-nyanyi bukan dek dang,
Badan tersandar pada untungnya
Angin barat gelombang utara,
Tinggi petak dari ruang,
Jangan diharap semacam saya,
Budi tiada bahasa pun kurang.
Dalam perkembangan nyanyian Dondang Sayang kini kelemahan yang amat ketara ialah pada pantun-pantun yang dinyanyikan terutama daripada segi bahasa dan ungkapan sampiran atau pembayang pantunnya. Kerap terdengar kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat dan tidak serasi atau sepadan dengan isi atau maksud pantun. Kadang-kadang tersisip perkataan-perkataan atau kata-kata yang sengaja dibuat-buat untuk tujuan yang tertentu menyebabkan cacat kesempurnaan pantun yang dinyanyikan. Bagaimanapun harus pula diakui bahawa sumbangan penyanyi-penyanyi Dondang Sayang kepada pengisian perbendaharaan puisi pantun adalah besar.
Pantun-pantun sindiran yang indah pada bentuk dan tepat isinya telah menjadi pusaka perbendaharaan sastera Malaysia. Beberapa rangkap pantun sindiran yang kerap dinyanyikan dalam lagu Dondang Sayang :
Disangka panas di tengah padang,
Kiranya urat jawi-jawi,
Kusangka panas hingga ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.
Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Pilih-pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.
Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbal jalan,
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.
Hinggap merpati di dahan senduduk,
Gugur pinang ditiup badai;
Jangan seperti malang Pak Kaduk,
Ayam menang kampung tergadai.
Burung kedidi terbang ke pantai,
Dari pantaj terbang berkawan,
Kerana sebiji rosak setangkai,
Sebab setangkai rosak sedahan.
Dalam usaha memperluaskan lagi alam lagu Dondang Sayang digubah orang tarian sebagai iringan nyanyian lagu ini dan diberi nama tarian Dondang Sayang. Ahli-ahli seni tari kita cuba meresapkan kata-kata curahan kalbu penyanyi dalam gerak langkah, lenggang dan gaya serta irama tarian, mengikut bentuk dan irama tarian. Bentuk dan corak tarian itu selari dengan alunan lagu yang mendayu dan beralun itu. Ada rangkapan pantun digubah orang sebagai pengiring tari :
Dondang Sayang lagu asli,
Irama seni pusaka bangsa,
Diiringi gerak lenggang penari,
Tarian indah lambang budaya.
Irama tari pusaka bangsa,
Pantun diungkap meningkah tari,
Dondang Sayang lagu pusaka,
Curahan hati alunan sukma.
Menyanyikan lagu Dondang Sayang dengan iringan pancaragam yang menggunakan berbagai-bagai alat muzik moden kurang menarik minat pendengar kerana terasa hilang keindahan lagunya.
Dalam bentuk asalnya alat-alat muzik yang mengiringi nyanyian Dondang Sayang adalah terdiri daripada sebuah biola, sebuah gong dan dua atau tiga buah rebana iaitu rebana kompang atau rebana keras. Irama gesekan biola dapat dianggap sebagai pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian. Sementara tingkah pukulan rebana yang diselingi dengan paluan gong merupakan pelengkap lagu.
Demikianlah keistimewaan lagu Dondang Sayang iaitu salah satu irama lagu asli Melayu yang mempunyai gaya dan coraknya yang khusus dibandingkan dengan lagu-Iagu asli Melayu yang lainnya. Pernah dicuba orang untuk memodenkan rentak dan corak lagu tersebut tetapi bukan sahaja tidak berjaya malah merosakkan keaslian lagu ini.
Sekarang ini begitu kurang penyanyi muda meminati Dondang Sayang. Jikalau keadaan demikian diabaikan, masa depan lagu dan nyanyian Dondang Sayang akan muram. Bagi saya tidak berlebihan jikalau dikatakan bahawa seorang penyanyi Malaysia umumnya dan penyanyi Melayu khususnya belum boleh diiktiraf sebagai penyanyi yang berkebolehan kalau tidak tahu menyanyikan lagu Dondang Sayang.
Hari ini Dondang Sayang jarang-jarang didendangkan oleh pancaragam moden kecuali jikalau ada permintaan atau aturcara persembahan yang tertentu. Kumpulan-kumpulan Dondang Sayang yang wujud kini tidak begitu terkenal di kalangan masyarakat umum, kecuali sekali sekala dapat dilihat persembahan mereka melalui kaca tv atau melalui siaran radio.
Kumpulan-kumpulan tersebut tetap menggunakan alat-alat muzik tradisi iaitu biola, gong dan rebana. Bagaimanapun ada juga kumpulan yang menggunakan alat muzik arkodian sebagai tambahan.
Sebenarnya, kumpulan-kumpulan Dondang Sayang tidaklah hanya memainkan lagu Dondang Sayang sahaja. Untuk memeriahkan sesuatu temasya mereka mendendangkan juga lagu-Iagu lain termasuk lagu-Iagu Melayu asli dan lagu-Iagu joget. Lazimnya susunan persembahan mereka adalah seperti berikut :
(1) Persembahan Dondang Sayang dimulakan dengan
gesekan biola
(2) Pantun pengenalan
(3) Nyanyian berbalas-balas pantun.
Peminat-peminat Dondang Sayang pada umumnya adalah terdiri daripada golongan orang dewasa. Di negeri Melaka iaitu tempat yang dianggap lahirnya lagu ini perkembangan lagu dan nyanyian Dondang Sayang tidak berapa menggalakkan. Dari masa ke semasa minat masyarakat umum terhadap nyanyian lagu ini kian mengurang.
Di dalam temasya bersukaria selepas perkahwinan misalnya, orang yang lebih gemar mengundang kumpulan pancaragam biasa. Lagu dan nyanyian Dondang Sayang dimainkan sebagai selingan atau at as permintaan khusus. Yang lebih malangnya ada juga kumpulan pancaragam yang tidak tahu memainkan lagu ini. Sejak terhapusnya temasya Mandi Safar di Melaka, ruang atau kesempatan utama lagu dan nyanyian Dondang Sayang didendangkan secara meluas turut terhapus
Sumber di petik dari kementrian kebudayaan kesenian dan dan warisan malaysia