|
Post by fedtri_yahya on Nov 24, 2005 20:57:31 GMT 7
SY HARAP SEMUA DPT DTG DAN DUDUK DEKAT2 MASA JUARA LAGU NANTI. MAYBE DPT PAKAI WARNA TEMA KE , APA KE... YANG MELAMBANGKAN MANIRA
KPD YANG STUDY, KERJA, TINGGAL KAT LUAR KL.. SILA RANCANG CUTI ANDA TAU. BUKAN DTG MASA LIVE FINAL JER, TP MASA RAPTAI PENUH JUGAK. BWK KWN2 YANG MINAT K ANI ATAUPUN SEKURG-KURGNYA HORMATI K ANI. KALAU SETAKAT KWN YANG MUKA MENCUKA DAN SUKA MENYINDIR TU, TAK PAYAHLAH KOT...
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Nov 24, 2005 21:02:02 GMT 7
AHAD ni k ani akan berada di PENANG utk roadshow anugerah juara lagu bersama jac, adam, azharina, zehra zamri.....
sapa yang ada kat sekitar penang, dtg ler tau
sy akan mengacarakan show tersebut
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Nov 24, 2005 22:16:55 GMT 7
Assalamualaiakum... seronoknya kalau dapat jadi kenyataan... tapi AJL nanti kat maner? kata aritu kat penang...
AJL tu malam isnin kan?
saya mungkin dapat pergi untuk raptai penuh jer kot, sebab masa tu saya dah jadi student kat matric. kat sana peraturannya agak ketat. Apapun, saya harap kita semua ahli manira dapat bersatu dan bertemu. sekurang-kurangnya pun masa raptai tuh.
|
|
|
Post by aiHaRa on Nov 24, 2005 22:34:21 GMT 7
nak tanya... bile tarikh raptai penuh n actual date of AJL... saya tak tau la... ;D plus boleh bagitau tempat acara dijalankan... insyaAllah kalau ada kelapangan boleh join sekali....
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 25, 2005 3:01:14 GMT 7
Salam...
Waseh!!! Menarik nyer nak gi AJL!!! Jeles aaa nih... Korg yg pegi TOLONG LAA AMIK CLIPS KE APA KE!!! Share laa ngan kitorg2 yg cuma bleh MENENGOK SECARA TAK LIVE nih huhuuu...
Oh yeah... Abg Fedt... Bila TV3 nak bukak website AJL?!!!
|
|
|
Post by zaid on Nov 25, 2005 6:35:19 GMT 7
erm.... saya dari jauh cuma boleh berdoa utk kesejahteraan semua...... utk semua warga peminat kak Ani ..... sama2 kita doakan kejayaan beliau mana tau ada hikmah disebalik kemasukkan lagu beliau ke juara lagu kali ini .....
kepada fedtri perjuangan anda baru bermula setapak demi setapak ....maknanya kerja anda tidak lagi statik.... jadikan ini permulaan yang baik..... memang pengacara yang versetile ....
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Nov 25, 2005 17:37:18 GMT 7
sy xlah berharap sgt nak menang kerana dr awal lg matlamat ialah utk membantu k ani. bukan utk menang apa2. diharapkan semangat k ani juga bergelora krn dia kata sekali dia masuk semi final, dia tak mau kalah. anda semua perlu tahu, k ani punya semangat mmg x boleh lawan... itu satu kelebihan dia..
menjawab pertanyaan rakan kita yang tanya:- kenapa part " alunan nan abadi" direndahkan. JAWAPAN:- K ani masa first round nyanyi macam biasa tp dia rasa macam x sedap. so, dia play safe dengan merendahkan key part tersebut.. dlm lagu ni, kalau jerit2 sgt nampak mcm x best sebab konsep sewang tu sahut-sahutan. so, banyak kombinasi k ani dengan penyanyi latar. sy ada rakam versi live lagu tersebut dan akan bg k ani dgr utk improve apa yang perlu.
peluang nak menang tu susah nak kata laa... apapun, yg jadi juri tu semua manusia. so, kita tak perlu risau. ini semua rezeki. kalau ada rezeki, adalah.. Doa yg akan menentukan. kita tawakkal ajalah..
implikasi jika k ani menang:- bergantung kpd keadaan. kalau mawi menang undian sms, persembahan terbaik dan k ani mng kategori- mungkin x ada masalah. kalau mawi x menang langsung, itu akan jd masalah. apapun, undian sms juaranya menang terang2an jd milik mawi. siapa lg yg boleh beat dia? nti sy akan bg updates mengenai j lagu- tarikh/tempat/penjurian dll
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Nov 25, 2005 17:57:01 GMT 7
IMBASAN:-
1997- awallah dondang, ghazal utk rabiah, hela bubu hela, kalau mencari teman * k ani kalah bermaruah. ramai yg jatuh cinta dengan k ani masa ni.
1998- dikir puteri, cindai, firasat, zapin yang tinggal * kekalahan yang diterima. dikir puteri adalah persembahan paling meriah sepanjang juara lagu dianjurkan. sebelum2 tu trakder pun..
1999- hati kama, dondang dendang, samrah mentari, dondang mustika * hati kama kuat. fight dgn samrah mentari. k ani adalah artis pertama yang layak ke juara lagu dengan 2 lagu dlm 1 kategori. tak target dondang dendang menang krn penampilan dondang dendang tdk lebih dr usaha k ani utk menaikkan lagu ni. tp show k ani btk2 meriah
2000- tinting, ngajat tampi, balqis, miskin kaya * K ani buat persembahan unik utk kedua2 kategori. time ni m nasir jd juri. balqis menang krn pengaruh vokal ct yg mantap utk lagu tu
2001- manira kecundang di separuh akhir... hmm..
2002- hala timur, nirmala, tenung2 renung2, joget lgkah delapan * Nirmala vs hala timur. ketua juri sgt memihak kpd siti. apa nak buat.. lgpun sedikit kesilapan teknikal dr k ani memusnahkan peluang utk menang. tp hala timur sebuah karya yang hebat. utk pengetahuan anda part " hai langit luas terbentang.... " dari mula sampai habis adalah ciptaan k ani sendiri. eddy hamid cuma cipta part "come demo ghoyak come". tp k ani taknak buh nama dia. bg peluang kpd eddy hamid.
2003- tandang bermadah, wassini, salsabila, hasrat perindu * awal2 lagi suami k ani dpt info lagu tu takkan menang. mmg sentap. blmpun habis persembahan artis2 lain, keputusan dah tau. mmg sentap waktu tu. juri2 tak pandai nilai. katanya show malam tu takder perbezaan dgn ngajat tampi. terukla juri.. utk info anda, persembahan masa fulldress jauh lebih meriah. ada 40 penari. tp ramai artis x puas hati. last2 tinggal 18. k ani buat rombakan tarian dlm masa 12 jam aja. latihan akhir start kul 10 pagi, kul 7 pagi k ani dah sampai. takder rezeki betul tahun tu...
2004:- hatinya tak tahan, erti hidup, nazam berkasih, syair pesona ulasan akhbar berani buat kenyataan yg k ani dgn mudah mampu menang kategori ni. last2 apa jadi? mmg takleh terima. vokal dyg memang meletup tp lagu tu.... taklah kreatif sgt. k ani ada tanya dayang lagu tu rentak apa.. masri ke ..inang ke... dayang pun tak tau. kemenangan dayang x dipertikai krn org ramai tgh support kebangkitan dayang dari zaman gerhananya. so, ia menutup semua tu. org nak dayang bangkit kembali. semua seakan merestuinya. so, kecindanglah hatinya tak tahan.. sedgkan inilah peluang terbaik nak menang.
2005- ayuh juragan, aduh saliha, taat, semalakama aduh atau ayuh? mawi masuk saat2 akhir. spt yg dimaklumkan, ini penting utk menarik org ramai ke stadium. aduh saliha kuat krn lagu tu atau mawi? apakah terdapat pembaharuan dlm karya2 m nasir sebelum ni. jgnlah juri2 takut dengan nama m nasir, loloq, mawi. takut org pertikai, terpaksa menangkan aduh saliha tanpa menilai seadil-adilnya.
sama2 kita nantikan debarannya....
|
|
|
Post by Nasa on Nov 26, 2005 7:10:25 GMT 7
Saya memang nak pergi ke juara lagu kalau ade peluang insyaallah rombongan dari selatan akan sampai .........
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 26, 2005 7:26:28 GMT 7
Salam... Wah!!! Ulasan menarik daripada abg Fedtri!!! Menarik sangat sangat!! Terutama ulasan IMBASAN AJL sebelum2 ni... Saya baca dari awal sampai habis tak skip langsung... ;D Camni Abg Fedt pon kena hantar ulasan ke akhbar la... Kasi promosi Kak Ani lebih skit hehe... Mahu tanya-in abg Fedt... Versi life Ayuh Juragan masa semi Final yg abg rakam tu boleh dishare utk peminat2 sekali tak? Hehehe... Al maklum sesetengah peminat ni suka kumpul audio performance Noraniza Idris... Terutama sekali dalam bentuk Live Performance... (ye la nak harap recording company mmg takkan diterbitkan huhuu) Kalau tak keberatan, ingin ku pohon agar daku diberi peluang utk 'menyingkap' serta 'mengimaginasikan' kejayaan Noraniza Idris di peringkat Semi Final yg tak dapat ditonton hari tu huhuhu... Insya Allah, confidentiality akan dijaga serapi mungkin! ;D Saya juga menyokong tindakan Kak Ani merendahkan note "alunan nan abadi"... 1st time dengar dia bawak style macam tu kat Taman Mini Malaysia September lepas... Pada saya, it's a better version utk lagu tu dan memang sangat sesuai bila nak perform secara Live beserta tarian etc... Tak guna struggle utk kekalkan note tinggi kalau mengganggu performance secara keseluruhan... Noraniza Idris belum pernah mengecewakan peminat beliau (at least for me) dalam apa jua persembahan yg beliau adakan... Therefore pendekatan yg Noraniza amik ni amat saya alu2kan malah saya sokong 100%! Saya menanti khabar gembira daripada AJL Januari ni! ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Nov 26, 2005 14:57:34 GMT 7
Pasal note 'alunan dan abadi' tuh, saya cadangkan kak ani decent kan note pada chorus pertama tetapi kekalkan note tinggi pada chorus kedua dan ketiga. kalau semua note rendah. tak ada variasi lah cam tu...
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 26, 2005 21:04:16 GMT 7
Salam... Hmmm... Idea Azree tu menarik... Betul gak! Variasi adalah suatu stimulasi! Kalau constant, nanti bosennnn
|
|
|
Post by aiHaRa on Nov 26, 2005 23:51:30 GMT 7
hmmm orang tak tau pon pasal variasi dalam persembahan....
|
|
|
Post by zaid on Nov 27, 2005 1:49:43 GMT 7
Apapun komen positif atau negatif... saya doakan kaka Ani akan bawa balik anugerah sekurangnya Kategori Etnik Kreatif ......
Insyallah kalau memang rezeki beliau malam tu dia akan menang sbb 3 lagi lagu lain yang bertanding bawah kategori yang sama tidaklah mempamerkan karya yang betul2 ada kelainan.... irama dan lirik mereka lebih kurang tema yang sama mengenai cinta bahkan muziknya juga ala2 sama gitu ...... tak jauh beza guna teknik qasidah dan bergambus .... itu dah biasa didengar ..... kalau diikutkan sangat lagu m.Nasir tu tak lah sesedap mana tapi sebb populariti mereka lebih diagungkan.... begitu juga lagu pak ngah tu entah apa2..... saya rasa hampir tiap2 tahun pak ngah menampilkan konsep irama yang sama...... entahlah mungkin agak kasar saya kata pak ngah tak ada idea yang betul2 kritis ..... lagu taat pula saya cuma solute Rohana Jalil telah membuat "come back" setelah sekian lama tidak pernah muncul di juara lagu ....
oklah ..itu pendapat dan doa saya ....
|
|
|
Post by Tanjak on Nov 27, 2005 16:58:59 GMT 7
Tanjak maybe takleh turun tengok final AJL sebab 15 hb. tu ade class la. Hanya dapat melihat di kaca TV aje.
Harap Kak Ani akan mempersembahan sebuah persembahan yang unik dan kreatif. Kalau menang juara kategori lagi bagus.
|
|