Post by Nasa on Jan 15, 2007 21:31:16 GMT 7
Muzik Fusion konsep Juara Lagu
TAHUN ini, Anugerah Juara Lagu (AJL) sudah pun masuk tahun ke-21. Sejak mula diperkenalkan pada 1986, sebanyak 20 buah lagu dari pelbagai genre telah dinobatkan sebagai juara.
Bermula dengan lagu Sekadar Di Pinggiran dan tahun lepas menyaksikan lagu Gemilang menjulang trofi berprestij itu, AJL dilihat sebagai platform untuk memberi ruang kepada komposer tempatan mencalonkan karya mereka untuk dinilai dan diiktiraf sebagai yang terbaik.
Saban tahun, AJL menampilkan tema yang berbeza seiring dengan arus kemodenan muzik yang menjadi ikutan zaman ini. Dengan tema tahun ini, Rentak Kita Rentak Dunia, penerbitnya Tengku Sahilawati Tengku Johari mahu menonjolkan, muzik tempatan mampu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
“Tema Rentak Kita Rentak Dunia dipilih kerana kami mahukan, sesuatu yang baru ditonjolkan dalam AJL kali ini. Muzik gabungan atau fusion adalah sesuatu yang menarik untuk ditonjolkan. Apatah lagi, muzik sebegini membawa satu lembaran baru dalam industri muzik tempatan dan ia sesuatu yang segar dan menarik,” jelasnya ketika ditemui di Sri Pentas, TV3, baru-baru ini.
Sahilawati menambah, keunikan muzik fusion juga boleh menyumbang sesuatu yang positif untuk industri hiburan dan secara tidak langsung dapat mengubah senario muzik tempatan.
“Malaysia kaya dengan muzik yang indah dan kita mampu membawa muzik kita ke luar jika kita berani mencuba sesuatu yang baru,” ujarnya lagi.
Persembahan pembukaan
Menurut Sahilawati, karya Manan Ngah dan Lukhman S iaitu lagu Sekadar Di Pinggiran yang menjadi juara pada Juara Lagu pertama telah dipilih sebagai persembahan pembukaan. Menariknya, lagu itu akan dipersembahkan oleh penyanyi asalnya Francissca Peter dengan susunan muzik yang baru oleh komposer terkenal, Helen Yap.
Sudah pasti ia akan mengembalikan nostalgia kepada peminat muzik tempatan.
“Meskipun lagu itu diberi susunan muzik yang baru, namun keaslian lagu itu tetap dikekalkan. Saya percaya penonton akan terhibur dan tertarik dengan persembahan itu nanti,” katanya.
Sementara persembahan selingan pula, akan menampilkan gabungan antara Joe Flizzow dari kumpulan hip hop, Too Phat dan Ima (juara Bintang Cari Bintang- Indonesia).
“Gabungan Joe Flizzow dan Ima pastinya menarik kerana mereka akan menyanyi dalam satu lagu yang menyaksikan gabungan muzik hip hop dan dangdut. Malah, artis-artis lain yang terlibat seperti Dayang Nurfaizah, Yasin, Ruffedge, Noraniza Idris dan Faizal Tahir (One In A Million) juga akan membuat persembahan lain daripada yang lain dengan muzik gubahan baru juga oleh Helen Yap,” kata Sahilawati.
Set pentas RM200,000
Bukan sahaja temanya dilihat sebagai satu pembaharuan dalam penganjuran AJL, malah rekaan set pentas yang direka oleh Mohd. Fauzin Mustafa juga menampilkan satu kelainan berbanding set yang pernah ditampilkan dalam AJL sebelum ini. Malah, dikhabarkan kos untuk rekaan pentas sahaja telah menelan belanja hampir RM200,000!
“Memang kami mahu satu kelainan tahun ini. Pentas yang ringkas tetapi menarik sengaja dipilih kerana kami mahu menyenangkan para artis membuat persembahan dan dalam masa yang sama mahu memberikan kesan kepada penonton.
“Untuk kesan itu, hampir 80 peratus daripada pentas itu nanti akan diletakkan dengan skrin LED dan grafik yang akan memainkan peranan penting seiring dengan lagu-lagu yang akan dipersembahkan,” jelas Penerbit Eksekutif AJL21, Fadzliniza Zakaria.
Ramli MS pemimpin orkestra
Kelainan yang ditonjolkan dalam AJL kali ini juga ialah peletakan 33 orang pemain orkestra di hadapan pentas. Berbeza sebelum ini mereka diletakkan di belakang atau di tepi pentas.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, maestro muzik terkemuka, Ramli MS diberi tanggungjawab sebagai konduktor muzik dan memimpin kumpulan orkestra tersebut. Sudah pasti dengan sentuhan Ramli MS, maka tidak perlu dipertikaikan lagi hasil yang akan diperdengarkan kelak.