|
Post by aiHaRa on Dec 27, 2005 21:15:40 GMT 7
so get back to main issue here...
so mmg jadi la secretary is Azree??? ;D
|
|
|
Post by zaid on Dec 27, 2005 23:17:51 GMT 7
tak pe la ...korang semua teruskanlah usaha utk kelab ini lagipun saya duduk agak jauh dan tak berminat nak ambik tahu hal ehwal di sini lagi .... saya rasa lebih selesa berhubung secara peribadi dgn fedtri dan lebih banyak idea yang boleh diluahkan ...antara kami pun saling tahu tentang apa yang kak Ani alami secara peribadi ..... so... hope korang teruskan usaha ini ...... kalau saya rindu saya akan hubungi kak Ani sendiri ....ok..... sekian berjumpa lagi ......
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 28, 2005 8:53:24 GMT 7
Salam...
Ya Allah... Sampai camtu terus keputusan Abg Zaid... Jangan laa camni abg Zaid... Adodoiii...
Mintak laa sumer buang yg keruh amik yg jernih... Kita sibuk kata Kak Ani punya semangat yang kuat utk tegakkan irama tradisi zaman berzaman... Tapi kalo camni perangai kita, nampak macam kita meminati Kak Ani tapi tak serap roh dan semangat sepertimana yg Kak Ani ada... Forum ni or kelab ni, umur baru tah berapa lama, dah takkan mampu nak berkembang jauh kalau ahli2 dia sendiri tak aktif or choose not to be active...
Jangan laa begini... Sedih saya dibuatnya... Tahun 2004 merupakan satu tahun yg amat keramat bagi saya... Saya rasa sangat seronok sebab for the 1st time ever saya dapat jumpa insan2 seperti saya yg minat pada lagu2 Noraniza Idris... Dan dapat tahu pasal forum ni, tambah2 lagi girang hati saya... Dapat suai kenal borak2 pasal Kak Ani... Percaya laa! Dah dekat 7 tahun saya dok sekolah belajar, susah sangat nak jumpa orang yang open tentang Noraniza Idris... Susah sangat nak jumpa orang yg tak pandang buruk or serong pada Noraniza... Susah sangat nak jumpa orang yg tak mengutuk atau mengeji Noraniza... Susah sangat nak jumpa orang yg BERI SOKONGAN PADU pada Kak Ani... N for that, I really thank god for this great opportunity...
Tapi kalau macam ni keadaannya... Saya tak nampak kenapa kita patut marah orang2 yg kritik Kak Ani tak tentu pasal... Kita sebagai peminat, kita sendiri tanak usahakan satu kelab yg ditubuhkan berasaskan pada sokongan padu buat Noraniza Idris...
Saya harap isu isu sebelum diambil secara positif... Gunakan teladan untuk masa depan kalau dianggap terlalu negatif untuk diterima akal...
Apa yg saya harapkan hanyalah semata mata PERPADUAN di kalangan kita PEMINAT PEMINAT NORANIZA IDRIS!!! Sekian wassalam...
|
|
|
Post by aiHaRa on Dec 28, 2005 12:30:02 GMT 7
i'm totally agree with Ihab long review....
actually it's was very hard to see people like n enjoy Noraniza Idris song.... infact make her as ur idol....
most people thinks that either Irama Malaysia or Etnik Kreatif is a bored selection of music style...
hmm i do hope that all the forumers here get back on ur track... we're here to appreciate what we have.... the culture that need to be preserve for next generation of course.....
peace from me....
|
|
|
Post by Nasa on Dec 28, 2005 13:46:37 GMT 7
Akum semua...seperti yang abg dah cakap awal awal forum ni dah mula panas tetapi masing masing masih mahu mengikut perasaan dan seperti tidak mengendahkan apa yang di tegur.Kita sebagai satu kumpulan kena bersatu bukan bertingkah sebegini kalau kita terus begini tentu kak ani akan kecewa jangan tambah lagi masalah dengan kelab peminat. Dalam hal ini kita harus menghormati sesama sendiri walaupun kita rasa kita betul dan jangan sekali menidakkan pendapat orang lain yang penting sebelum menulis di sini fikir.Jangan sesekali timbulkan isu siapa lebih mengenali siapa perkara camni lagi kan mengeruhkan keadaan. bak kata pepatah terlajak perahu boleh di undur terlajak kata badan binasa.Abg hanya ingin memberi teguran sebagai abg yang lebih dewasa di sini rasanya abg berhak menegur adik adik abang ini untuk kebaikan bersama.Buat zaid dan azree buang yg keruh ambil yg jernih ok abg minta kamu berdua berhenti mengulas topic ni..Harap kawan kawan lain pun stop juga mengulasnya dan yang paling penting beri kak Ani semangat untuk AJL nanti ye.
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 28, 2005 15:04:26 GMT 7
Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya, ingin saya tegaskan bahawa saya tidak sekali-kali ingin bergaduh atau berlawan kata di sini, tetapi apa yang telah berlaku adalah saya hanya bertanyakan soalan yang simple dan apabila soalan tersebut dibalas dengan sebegitu sekali, saya pun menegur dengan cara yang saya kira mungkin tidak patut saya utuskan di sini, mungkin di situ silap saya.
Namun, saya tetap mempertahankan kandungan tulisan saya. Tidak ada gunanya saya menegakkan benang yang basah. Saya percaya, kebanyakan dari kita faham dengan jelas apa yang saya perkatakan. Saya tidak perlu menerangkan dengan lebih lanjut. Kebanyakan ahli mANIra telah saya hubungi, dan mereka mengatakan persetujuan tentang apa yang saya katakan dan mereka juga mempunyai keraguan yang sama seperti saya. Sekurang-kurangnya saya tahu kedudukan diri saya.
Itulah apa yang saya ingin katakan. Saya masih di sini. Menyokong perjuangan mANIra. Seperti yang telah saya katakan, rasa hormat itu perlu ada. Tidak perlu emosi dalam membuat kenyataan.
Dalam irama kita berlagu, Dalam bicara kita bersatu.
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 29, 2005 9:05:51 GMT 7
Salam...
Yeah... Good Reviews from all!! Sepakat Membawa Berkat!!!
|
|
|
Post by shazmi on Dec 29, 2005 9:59:46 GMT 7
a'ah,betul tuh ....hmmm
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 30, 2005 21:57:25 GMT 7
Salam...
OK Guys!! I'm gonna have a nice relaxing holiday time outside of London... May not be able to attend this forum for several days...
Keep the forum active!! ;D
|
|