|
Post by Nasa on Sept 29, 2005 7:10:08 GMT 7
hehe sesaje aje tuka gambar, dulu e_ja selalu tuka gamba sekarang ni dah berjangkit kat abg pulak.Ah abg pun dengar camtu gak ayuh juragan di keluarkan awal bagi memberi laluan kat lagu lain.
|
|
|
Post by Danshi on Sept 29, 2005 10:15:39 GMT 7
tak adil ler macam tu asyik kak ani je kena beralah......mana boleh buat macam tu keluarkan lagu utk beri laluan kpd lagu lain......serupa macam tak bersaing/bertanding sbb ada tgn2 yg pandai mengubah2 kedudukan lagu ikut sesuka hati......hmmmmm geramnya
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Oct 1, 2005 8:24:28 GMT 7
Memang tak adil langsung..... knepe asyik kak ani aje..... Knape dorang benci sgt ngan kak ani ar???
|
|
|
Post by M_Ihab on Oct 3, 2005 16:44:33 GMT 7
Salam... Aik... Ada ek authentication utk kuarkan lagu ikut sedap ati? 1st time dengar ni... Kalo ada, bleh pertikaikan ke'prestegous'an AJL nih But anyway, saya rasa org start kureng ngan K Ani lepas isu Seri Balas... Semenjak dari tu rasanya masing2 tak puas ati ngan K Ani... K Ani buat persembahan gah camne pon dikatanya OVER laa, MELAMPAU2 la, itu la, ini la... As far as I'm concerned, dari situ laa titik tolaknya... Hmm... Tah la... Peduli hapa... Aku still suka K Ani hehe
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Oct 11, 2005 8:59:23 GMT 7
Insya-Allah, k ani akan masuk bertanding dalam semi final muzik2 kali ni. mula2 k ani nak tarik diri sebab terlalu sibuk dgn kerja2 taman mini dan lain2... puaslah saya pujuk.pujuk.pujuk.pujuk dan pujuk.. akhirnya k ani masuk jugak. kenyataan k ani:- " ok. k ani akan masuk bertanding. semuanya demi MANIRA. not for me"
so, korg semua faham2lah yer.. lepas ni u all semua harus memberi sokongan yang tdk berbelah bg kat k ani. menang x menang.. itu bukan masalahnya. yang penting kemunculan k ani di ajl. dalam sejarah, k ani tak pernak tak masuk ke semi sejak 1997.
ini lagu2 yang bertanding. belum rasmi sebab ada artis yang tarik diri dll...nti sy bgtau senarai penuh
BALADA gemilang- jac awan yg tpilu- ning dedebu cinta- misha elegi sepi-azharina tiada lg tangisan- aishah tangisan dlm kerinduan-farah af2 tangisan marhanis- dia fadilla/hattan cinta seorg teman-bob memori bahagia- sahri langit ke7- syarifah zarina
POP ROCK pop ye ye- ve milikku- zahid kata-hazami dayang syg kamu- dayang cinta dewa dewi- spider senyuman ragamu- gerhana ska cinta/radhi oag katakan- nana kasihnya laila-jinbara rahsia-flop poppy message girl-ve
IRAMA ETNIK aduh saliha - mawi ayuh juragan- k ani binafsha- waheeda goyang- ruffedge senang tari- ning dendang bersahut- toki/andy flop poppy gurindam sang puteri- syazliana semalakama-zahra zamri nurul ain- raina hairina benang emas- acik/nana
SAINGAN DARI SEMUA KATEGORI SGT2 SENGIT
KIRANYA JUARA LAGU TAHUN NI SANGAT MERIAH DAN MAMPU MENJADI AJL TERBAIK SETAKAT NI. MAKLUMLAH.. AJL YANG KE20
bagi kategori etnik
aduh saliha.. sgt kuat. kalau diikutkan, lagu ni x byk beza dgn lagu2 m nasir yang lain ttp disebabkan fenomena mawi yang melanda dunia seni, tempias mawi tu tdk dpt dinafikan mampu memberi aura kpd lagu ni. mcm siti jugak la..
senang tari pun kuat. ciptaan farihin abd fatah. cuma ning kena nyanyi elok2. ari tu buat live tak sedap sgt.
goyang. lagu ni kan asalnya hip hop tp ruffedge nak masuk sgt etnik, so diorg ubah lagu ni jadi etnik. ttp susah kot nak mng. tak ada jiwa etnik
binafsha. tak sekuat wassini. blh masuk final tp tkleh menang.
gurindam sg puteri. syazliana. x memberi kesan
semalakama. jugak lagu pak ngah. iramanya lebih kurg.
benang emas. pertama kali dgr lagu ni rasa mcm sakit kepala. lagu yang tak sedap.
nurul ain. raina hairina. lagu ni kuat. mampu beri cabaran. tp nak banding dgn lagu arab lain, lagu ni lebih kontemporari. terpulang pd vokal raina.
dendang bersahut. toki/andy. irama biasa tp agak catchy. mana tau kalau2 juri berkenan lagu ni.
ayuh juragan. hmmm.. kalau diikutkan senarai, lagu ni satu2nya lagu rentak sewang kontemporari yang bertanding. tak tau la sama ada itu jadi kelebihan atau tak. tapi nama NORANIZA IDRIS' tu sendiri dah membawa nilai etnik yang sgt kuat. sama2 kita doakan. lagu ni tak popular di radio, tp boleh kick macam lagu tandang bermadah yang layak ke ajl 2003.
apa pendapat anda?
bagi balada, saya pilih
GEMILANG AWAN YANG TERPILU TIADA LAGI TANGISAN ELEGI SEPI
Pop rock: POP YE YE DAYANG SAYANG KAMU KATA CINTA DEWA DEWI
Irama etnik: ADUH SALIHA AYUH JURAGAN SENANG TARI BINAFSHA
|
|
|
Post by Danshi on Oct 11, 2005 9:54:17 GMT 7
Alhamdulillah....bagus dan happy hari ni bila dgr perkhabaran dari si fedtri....terus baik demam... saya juga berharap kak ani tidak menarik diri dalam semi final juara lagu kali ini.....walaupun persaingan cukup kuat terutama dari mawi tapi saya rasa kak ani juga mempunyai kekuatannya sendiri menerusi lagu ayuh juragannya itu.......ini adalah antara lagu etnik yg mempunyai nilai2 seni yg tinggi dan telah keluar dari kepompong lagu2 traditional lain yg terlalu stereotype dan statik tu......harap2 lagu ini berjaya ke peringkat akhir juara lagu 2005 ni......hmmmm kalau ada tiket n masa utk ke semi final rasa2nya saya akan naik ke kl menyaksikan persembahan kak ani secara live.....so fedtri tolong khabar kpd kami tarikh siaran semi final tu nanti ye....
|
|
paduka
Full Member
Semalu Rimba
Posts: 107
|
Post by paduka on Oct 11, 2005 12:14:36 GMT 7
lagu-lagu pilihan saya:
irama etnik
aduh saliha Ayuh Juragan senang tari binafsha
Balada
Tiada lagi tangisan Awan Yang terpilu gemilang Dedebu cinta
Pop Rock
pop yeh yeh Dayang Sayang kamu cinta dewa dewi Kata
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Oct 12, 2005 6:48:43 GMT 7
wah, tq abg fedtri sebab pujuk kak ani! tak sabar nak tgk persembahan kak ani....
|
|
|
Post by SyaKunTaLa on Oct 12, 2005 15:03:21 GMT 7
gembira sangat dengan perkabaran nie..AJL tahun ni memang sengit..AYUH JURAGAN punya peluang agak besar kerana lagu ni memang tersendiri..sudah pasti TV3 akan mewarnai AJL dengan lagu2 yg berlainan konsep..
for me..
BALADA 1. GEMILANG-JAC 2. AWAN YG TERPILU-NING 3. DEDEBU CINTA-MISHA/ELEGI SEPI-AZHARINA 4. TIADA LAGI TANGISAN_AISHAH (semuanya memang kuat2 belaka)..mungkin ELEGI SEPI takde rezeki utk ke final..
POP ROCK 1. CINTA DEWA DEWI-SPIDER 2. DSK-DAYANG/KATA_HAZAMI 3. SENYUMAN RAGAMU_RADHI n GSK 4. POP YE YE-VE (yg pasti VE akan membuat satu persembahan yg mantap utk AJL nanti..sebab diorg ni satu lagu artis di Msia yg betul2 bekerja keras utk persembahan mantap)
ETNIK 1. ADUH SALIHA-MAWI 2. AYUH JURAGAN-NORANIZA IDRIS 3. BINAFSHA-WAHEEDA 4. DENDANG SAHUTAN(lagu ni ada iras TINTING)
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Oct 12, 2005 23:00:25 GMT 7
diakui, tahun ini semua pencalonan sangat sengit belaka.
|
|
|
Post by Nasa on Oct 12, 2005 23:45:52 GMT 7
a ah nampak sangat sengit tapi abg menjangkakan juara balada Jac (gemilang) juara pop rock dayang (dayang sayang kamu) dan etnik kak Ani (Ayuh Juragan)...hanya jangkaan aje..
|
|
|
Post by M_Ihab on Oct 13, 2005 2:10:06 GMT 7
Salam... Wah!!! Rancak giler BORAK!!! Best best!! Hahah... 1st Of All... KAMI SAYANG KAK ANI!!! KAK ANI JANGAN PATAH SEMANGAT!!! 2nd... THanx Bro Fedtri!! Best giler baca komen abg! 3rd... Semua kena support Kak Ani... Hidup mANIra!!! Sayang mANIra juga!! ;D Hehe... Saya taknak komen pasal kategori lain... Sbb saya cuma berminat ngan Kategori Etnik je... For me memang saingan yg sangat2 sengit dari pelbagai pihak... Saya tak mau nampak berat sebelah, tapi tak bleh tidak Ayuh Juragan KENA MASUK FINAL! Sebab keistimewaan lagu tu yg tak pernah ada artis lain bawak... Baik dari segi susun muzik mahupun lirik, for me both are VERY VERY GOOD!!! It's clearly gonna be a waste for the juries not to choose this song and put it among the Top 4 Finalists... Binafsha dan Nurul Ain ke-2 2 mengetengahkan irama arabic yg sangat menarik! Begitu juga ngan lagu Aduh Saliha... And for me 3-3 ni ada potential... Masing2 ada kelainan yg memberansangkan... Binafsha ada Vokal VS Viola! Aduh Saliha - penangan M Nasir, tak perlu persoalkan lagi... Nour El Ein ala ala lagu SHakira pon ada... Pendek kata antara 3 3 nih susah saya nak outrule mana mana satu... (Mungkin gak sbb saya gemar lagu2 berentak Arab so jadi bias hehe) Lagu SENANG TARI pon BEST dan merupakan suatu KELAINAN!!! Tapi tatau camne performance Ning menerusi lagu irama etnik, so no comment... Lagu2 lain tak berapa kenal dan tak berapa nak kenal... So, LAGI LE TAKLEH nak comment... However, jika lagu Goyang Habibi masuk Final, IA AKAN MENJADI SUATU SEJARAH! Suatu pencabulan terhadap kesejatian Kategori Irama Etnik!!! So, my choices are:- AYUH JURAGAN ADUH SALIHA NOUR EL EIN BINAFSHA (Mengikut preference semata mata) Jom terus discuss!!!
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Oct 14, 2005 23:49:39 GMT 7
sama-samalah kita doakan k ani akan buat yang terbaik utk ayuh juragan
mungkin tahun ni kita dpt melihat org asli beraksi di pentas AJL buat pertama kalinya. mesti meriah. dulu tak dpt tgk iboq, so harap2 kali ni ayuh juragan dpt menebus kehampaan lalu.
19hb akan diadakan sidg media muzik muzik separuh akhir. tahun ni tahun yang ke20. so, dirancg dengan begitu hebatnya, tv3 akan menggegarkan pentas seni 2006 dengan ajl yang ke 20 ni.
sy akan cuba dptkan tiket utk manira. janji dtg support. dah byk kali... janji 40 org, yang dtg tak sampai 10 org.
tlglah yer doakan kejayaan ayuh juragan dan doakan juga k ani kuat semangat. bulan puasa yang mulia ni mudah-mudahan doa kita semua makbul
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Oct 14, 2005 23:51:08 GMT 7
20 hb ni jgn lupa saksikan edisi khas muzik muzik separuh akhir irama etnik. tetamunya yassin
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Oct 14, 2005 23:53:35 GMT 7
abg fedtri akan dapatkan tiket untuk separuh akhir atau juara lagu? mungkin separuh akhir susah sikit nak datang sebab buat waktu kerja dan belajar....
Taun ni nak wat rombongan manira ke AJL tak? mesti best!
|
|