|
Post by .i.z.a.r. on Apr 19, 2006 14:26:37 GMT 7
Waahhhh lama tak masuk korang rancak dengan syair segala ni... Saya ni memang zero la pasal syair ni... kalau setakat gurindam pantun seloka boleh la sket2 hehehe... anyway good discussion.. teruskan!
|
|
|
Post by smart79 on Apr 19, 2006 16:58:26 GMT 7
saya mencadangkan kak ani masukkan perbualan ringkas atau pendapat kalangan ilmuan atau tokoh seni yang dihormati untuk memberi komen ringkas yang membina bagi setiap lagu dalam album...jadi komen atau perbualan ringkas tersebut pasti akan menghidupkan suasana utk pendengar mendengar .... ini satu tarikan baru bagi pendengar kerana belum ada album yang diterbitkan sedemikian kecuali album runut bunyi iaitu album yang diasaskan melalui lagu2 dalam filem.... jadi saya amat bercadang supaya kak Ani membuat beberapa sisipan dialog atau komen positif tentang album / lagu dan perjuangan kak ani sendiri ... so ini akan menghidupkan mood .....
|
|
|
Post by smart79 on Apr 19, 2006 17:10:22 GMT 7
ambiklah komen daripada beberapa veteran dan tokoh negara seperti Rosiah Chik , Dato Sharifah Aini , Dato M Daud Kilau , Budayawan Azah Aziz , Profesor Diraja Ungku Aziz , Dato Maria Menado , Umi Kalthum , Dato Jins Samsudin , Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan YB Dato' Seri Dr. Rais Yatim dan akhir sekali komen Menteri Besar Melaka selaku penaung kepada Taman Mini ASEAN .... bagi saya komen2 mereka ini sangat perlu untuk memberi penjelasan kepada para pendengar akan peripentingnya perjuangan irama budaya ini .... lagi satu ulasan mereka sangat2 dihormati oleh kalangan lain .....
|
|
|
Post by M_Ihab on Apr 19, 2006 18:44:24 GMT 7
Salam...
Yeah mmg perbincangan menarik hehe... Semenjak encik Smart79 ni masuk macam2 perbincangan baru ditimbulkan... Best best heheh ;D
Tapi buat idea terbaru Smart79 ni... Saya tak bantah mmg ada banyak kelebihannya... Tapi kalau personally, saya mmg tak suka album yg ketengahkan konsep macam ni...
Saya pernah beli satu album kumpulan Ras (tatau ada yg tahu atau tak kewujudan album ni hehe) Saya beli pon sbb sorg kawan lama merupakan ahli kumpulan tu n nak dengar laa hasil rakaman dia... Tapi dalam album tu mmg ada diselitkan cakap2 seorang motivator yg menyebabkan tiap kali kuar suara dia sure saya akan forwardkan dan tak dengar... Last last sbb banyak sangat celoteh langsung dah saya tak dengar...
Hemat saya... Pembeli ni beli kaset muzik utk dengar muzik dia... Kalau diselitkan perkara bukan muzik macam tu... Pembeli (seperti saya sendiri) mungkin akan annoyed dan jadi tak sukar dengar keseluruhan kaset...
Pada saya Kak Ani dah buat satu cara yg baik dan rasanya patut diteruskan... Iaitu instead of buat explaination pasal lagu melalui percakapan dalam kaset, dia tulis sekali dalam cover album... So, sape nak dengar lagu, pasang kaset... Nak tahu pasal muzik, baca kat cover album... Rasanya pendekatan Kak Ani ni lagi praktikal...
Mungkin bleh aplikasi pendapat Smart79 ni dengan menulis coretan org2 besar ni dalam kulit album instead of bubuh dalam kaset ;D What say you??
Tapi ada satu lagi masalah... Nama2 yg disebut tu sumer nama2 BESAR yg amat... Tak susah ke nanti nak dapatkan kerjasama daripada diorg??
Hmmm... Anyone??
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Apr 19, 2006 19:14:17 GMT 7
Hmmm... betul tu... kalau suara tu dirakamkan... agak annoying sket... sebab kita beli album untuk muzik dia... tak perlulah nak bazir ruang cd tu utk masukkan komen2 tersebut... nanti kos bertambah....
saya lebih suka kalau kak ani kekalkan konsep cover album dalam Aura.... bahasa sangat tersusun dan best.... kalau nak nama-nama besar tu komen utk setiap lagu... rasanya tak perlulah.... kita nak dengar penjelasan daripada team kak ani sendiri.... bukan pendapat orang lain...
tapi... kalau nak buat macam kata-kata aluan untuk keseluruhan album... boleh jugak... macam kita wat dalam buku lah kan.. ada kata-kata aluan... apa pendapat anda?
|
|
|
Post by smart79 on Apr 19, 2006 20:31:14 GMT 7
perkara ini kita boleh perbaiki .. mana yang lemah kita sama2 baikan.... apa pun itu cuma pendapat sahaja bukan semestinya harus dilaksanakan.....
|
|
|
Post by M_Ihab on Apr 19, 2006 23:00:03 GMT 7
Salam...
Wahhhh... Baru pagi tadi jenguk ada komen baru... Masuk petang lagi ada jugak komen baru!! SERONOTTT hahaha... best best... Camni barulah meriah...
Idop mANIra!!
Yes Smart79... It's just a matter of pointing out any thinkable suggestions ;D Bkan compulsory pon... All these while mmg kita cuma curah pendapat... Kalo ada yg bernas, org2 kuat mANIra akan ketengahkan pada Kak Ani hehe...
Nevertheless... Idea anda bagus dari segi nak tahu apa pendapat org lain ttg lagu2 Kak Ani... Persepsi berbeza dari org yg lebih masak ttg muzik traditional... Yet again... Masukkan plak hujahan Azree tu... I dont think it'd be cost effective ;D
Kata kata aluan?? Camne tuu Azree?? Hehe... Cam nak buat Majalah plak bunyi kui kui...
|
|
|
Post by smart79 on Apr 20, 2006 7:59:34 GMT 7
paling tidak pun ada satu 2 komen yang positif daripada mereka2 ini tadi akan menghidupkan suasana album itu sendiri.... mana tahu hasil daripada komen2 mereka yang agak berpengaruh itu akan mempengaruhi juri dalam penilaian untuk mana2 majlis anugerah ... sedikit sebanyak ini akan membantu orang memahami apa yang kak Ani ingin sampaikan ....
tak payah masukkan banyak komen jika tidak sesuai memadai masukkan 2 ke 3 komen sahaja daripada orang yang betul2 dihormati ....... so , bagi saya itu tak akan mempengaruhi nilai muzik dalam album tersebut ....
|
|
|
Post by M_Ihab on Apr 21, 2006 7:38:29 GMT 7
Salam...
Hmmmm bagus bagus ;D Tapi apa pendapat Smart79 tentang persepsi masyarakat plak nanti?? Tak rasa nanti mika2 yg dah sedia maklum tak suka Kak Ani akan guna kesempatan ni utk kata Kak Ani suka menunjuk2 etc??
Saya bagi contoh pendekatan dalam album Iktiraf yg tertera kat cover album dia 'Juara Persembahan Terbaik 3 Kali Berturut' atau yg seumpama dengannya... Apa yg saya dapat lihat, perkara ni mungkin bleh menarik minat pembeli... Tapi tak kurang jugak di kalangan manusia2 ni yg mulut jahat... (nih amik example kengkawan sendiri) Bila kuar cover album yg ada tulis bebenda camni, mulalah mulut jahat diorg akan bernyanyi... Dan tambah menyakitkan lagi bila tahun akan datang tu lagu Noraniza tak layak ke Final... Dan lebih bernanah lukanya bila tahun mendatang tu lagi persembahan Hala Timur tewas kepada Nirmala...
Pokok pangkalnya... Ada banyak juga -ve perspectives yg kena di consider... Apa pendapat Smart79?? ;D
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Apr 21, 2006 13:32:21 GMT 7
ermm, cerita pasal cover album iktiraf tu, saya pun actually tak berkenan sangat diletakkan macam tu.. ntahla.. macam tak sesuai...
erm, mungkin Smart79 boleh terangkan, bagaimana komen-komen tersebut hendak diletakkan di dalam album dgn lebih spesifik... maybe kita leh kasi pandangan....
|
|
|
Post by smart79 on Apr 21, 2006 20:01:27 GMT 7
mekasih...mekasih....
memang kalau kita fikirkan apa yang kita buat sedikit sebanyak akan mengundang pendapat2 yang sama ada baik atau tidak tapi bagi saya terpulang pada pendekatan.... sekiranya kak Ani boleh pertimbangkan ianya satu bonus bagi saya....tetapi sekiranya tidak its ok.... tidak mempengaruhi mana2 pihak ....
ok...biar saya jelaskan disini .... maksud saya buat temubual dengan beberapa tokoh yang dirasakan sesuai utk sesi itu dan rakam sedikit shaja isi2 penting yang mereka luahkan.... mungkin boleh dirangkumkan sekali semua pendapat itu tetapi rakam secara pendek dan hanya ambil pendapat yang betul2 mempunyai isi yang bernas ...... komen itu boleh disertakan dgn muzik latar ... .. sebelum rakam komen pastikan ada muzik latar yang bersendikan irama budaya ...mungkin boleh dimasukkan bunyian seruling atau sebagainya yang dirasakan sesuai...kalau boleh biarlah muzik intro mula tu berbentuk halus dan tidak terlalu rancak.... bunyian slow sahaja...lepas itu mulalah rakam pendapat yang saya maksudkan... seorang tokoh satu pendapat yang bernas dan ringkas ... selingkan latar muzik pada selang setiap pendapat .... ok...? fham ??
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Apr 22, 2006 7:32:02 GMT 7
owh begitu... maksudnya, smart79 ingin lihat komen tu dalam bentuk rakamanlah yer... boleh tahan idea tu.. ala-ala cd motivasi la pulak... heheheh... cuma.. perlu difikirkan juga.. adakah dgn buat macam tu... ia akan menjadi kos efektif... sebab saya yakin.. paling banyak pun kita akan dengar benda alah tu sebanyak 2-3 kali jer.. lepas tu mesti kita dah malas nak dengar lagi.. asyik skip jer nanti...
ermm..kalau nak buat tu.. boleh.. tapi takkan atas sebab nak mempengaruhi juri untuk mendapatkan anugerah jer... ini adalah album studio... kena utamakan kepada para pendengar dahulu. Kena ada sebab yang lebih kukuh, yang lebih kuat kenapa perlu dilakukan sedemikian... dan adakah ia akan ada kegunaan lain...
lagi satu, bila buat macam tu, bukan boleh rakamkan komen macam tu jer secara percuma, tapi kena bayar... takkan nak rakamkan suara org bagi komen dan tak bayar apa2 kan... jadi, nanti takut ada masalah royalti ker apa ker.... and harga album pun semakin tinggi... kerana kos telah dipindahkan kepada pengguna...
so, kena jugak fikir benda2 cam ni... sebab ianya penting juga...apa pun, thanks kepada smart79 yg sudi menghangatkan forum dgn pelbagai idea anda yang menarik!
|
|
|
Post by M_Ihab on Apr 22, 2006 9:38:20 GMT 7
Salam...
Wahhh... Memang hangat membahang perbincangan kat sini haha... Sumernye sejak Smart79 mencetuskan idea menarik beliau... Bagus bagus ;D
Tapi dalam hal ini saya bersetuju ngan pendapat Azree dalam komen terakhir dia... Terutamanya dari sudut mesra-pendengar dan juga cost-effectivity... Saya nak gak kasi contoh menarik berdasarkan pengalaman peribadi ;D
Perbandingan yg saya bleh bagi utk idea Smart79 ni adalah pendekatan yg Siti Nurhaliza buat dalam album latest beliau dulu... Prasasti Seni ;D
Just sebagai pengetahuan Smart79, saya ada seorg abg yg merupakan peminat setia Siti Nurhaliza... Kesetiaan dia jauh menjangkau kesetiaan saya pada Noraniza Idris, haha... Bayangkan je la macam mana kroniknye abgku itu ;D
Apa yg menarik saya nak citer kat sini... Dalam album Prasasti tu, ada Siti Nurhaliza ketengahkan idea yg lebih kurang sama macam idea Smart79... Tapi dalam kes ni, Siti Nurhaliza sendiri yg bercakap rather than amik org lain utk beri komen etc... Other than that, feature muzik latar tu sumer lebih kurang lah ngan yg Smart79 ulaskan hehe...
Nak dijadikan cerita, sungguhpon abg saya peminat setia babon Siti Nurhaliza... Tp tiap kali dia dengar kaset Prasati tu dalam kereta terutamanya (sbb senang nak access fungsi forward rewind radio hehe), nescaya dia akan skip terus part Siti berceloteh tu, walaupon part tu rasanya tak sampai seminit lebih...
Nak dimaklumkan kat sini, bkan sumer org suka dengar2 benda2 camni... Tambah lagi contoh abg saya sendiri yg mmg skip terus part cakap2 ni walaupon yg bercakap tu artis kegemaran dia sendiri...
Jadi begitulah... Kalau nak buat benda ni, mmg kena betul2 pertimbangkan tentang penerimaan peminat secara meluas hehe...
Mungkin idea Smart79 nih logik diketengahkan kalau nak buat VCD Karaoke utk album Lenggok tu atau sebagainya haaa... Kalau Video ni, aura dia lain daripada Audio semata... Jadi part cakap2 nih bleh dibuat kasi menarik dan penonton tak bosan ;D
Okies sekadar berkongsi pendapat ;D ;D ;D
|
|
|
Post by ::justmunir A.K.A ewan:: on Apr 22, 2006 11:32:49 GMT 7
lama tak masuk.macam2 dah dibincangkan... overall, ewan mmg setuju dgn semua cadangan serta pendapat korang... tq samrt79 for ur brilliant ideas...
cuma satu yg mungkin smart79 terlepas pandang.. about our veteran spec-Rosiah Chik.. dia dah kembali ke Rahmatullah bulan lepas (Al fatihah kpd beliau)
the rest mind blowing!!!! keep it up!!
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Apr 22, 2006 12:20:20 GMT 7
hah, rosiah chik dah meninggal dunia? apsal aku tak tahu?? bila?
|
|