|
Post by M_Ihab on Jan 5, 2006 21:18:45 GMT 7
Salam...
Yeah! Ada sokongan daripada Azree heheh... Manusia ni susah nak nampak salah sendiri kalo org tak tunjukkan ;D
Tapi kengkadang manusia ni gak suka 'menampakkan benda yg takde'... Suka buat2 citer laa senang kata... Contoh paling baik kat sini yg kita bleh tgk ialah berkaitan feedback org tentang performance Kak Ani la... Elok2 Kak Ani buat performance hebat2, dikatanya mengarut... Dikatanya terlompat sana terpanjat sini... Dikatanya bawak satu gerabak lori naik pentas etc...
Haa... Kalo pandangan2 camni kita tanak layan, takpe laa kot hehe ;D
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 6, 2006 5:47:42 GMT 7
Kebanyakkan orang akan cakap yang persembahan kak Ani agak leh dijangka. Contohnya penari akan seramai yang boleh penuh pentas. Pastu kena ada julang-julang, dan ada api-api meletup-letup. Ni bukan saya yang kata, teman-teman sekuliah punya ayat la...
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 6, 2006 5:48:48 GMT 7
sambungan...
itu yang negative nyer la.. Tapi diorang ade puji gak kak Ani. Kata diorang, bagus jugak la kak Ani beriya tegakkan irama M'sia, sebab takde orang lain yang serajin atau sekomited kak Ani buat benda-benda ni...
|
|
|
Post by shazmi on Jan 6, 2006 11:51:16 GMT 7
Setiap org ade pendapat mrk tersendiri,tp percaye setiap perkare yg baik n niat tuh ikhlas pasti org akan nampak gak,jadi persembahan@usaha pasti akan mendtgkan hasil ...ok
|
|
|
Post by shazmi on Jan 6, 2006 11:53:52 GMT 7
ku tambah skit setiap persembahan n.i di ajl mmg mantap,ade msg,asli,kreatif wlpn kekadang ader skit kelam kabut,tp itu yg buat persembahan n.i lg meriah ....ok
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 7, 2006 4:28:06 GMT 7
Salam...
Hehehe... Begitulah E_ja weh... Di mata kita, kita memang akan nampak camtu... Tapi cuba renung komen bro ImranHelmy kita... Coz bkan kawan2 dia saja yg pernah cakap camtu... Kengkawan saya pon ada sesetengah tu mulut memang jenis tak reti jaga terus hmmm...
Pokoknya di sini... Apa sebenarnya yg membuatkan org2 macam tu terasa nak mengata Kak Ani sampai ke tara tu?? Kita sebagai peminat Kak Ani memang susah nak paham... Tapi itu le realiti...
Hmmm... Dunia duniaa....
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 7, 2006 5:21:02 GMT 7
Bagi saya, saya rasa persepsi masyarakat sekarang la.. Persepsi atau mind set yang kalau sebut Irama M'sia je cam rasa alahaii bosann Atau bila sebut Irama M'sia je terus ingat irama lama-lama yang bagi mereka sudah tidak sebati dengan jiwa mereka Atau bila dengar tentang Irama M'sia, orang akan terbayang Citrawarna, persembahan yang warna warni dengan objektif utama nak menarik penonton ke M'sia..
Kita memang akan bantah sekeras-kerasnya sebab kita minat pada Irama M'sia dan Etnik ni.. Pokok pangkalnya - mindset..itu je.. Beauty lies in the eyes of the beholder right?
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 8, 2006 7:09:07 GMT 7
Salam...
Hmmm... Beauty lies in the eyes of the beholders... Well said bro... Well said hehe..
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 8, 2006 15:20:38 GMT 7
Hehehe.. thank you!
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jan 10, 2006 18:54:48 GMT 7
BIARPUN berhadapan dengan krisis rumah tangga, nampaknya ia tidak sedikitpun mematahkan semangat penyanyi Noraniza Idris untuk terus memartabatkan industri muzik tempatan.
Selain sibuk dengan persiapan Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) yang bakal berlangsung 5 Februari ini, Noraniza yang mempertaruhkan lagu Ayuh Juragan, begitu bersemangat menyiapkan album terbarunya yang bakal menjengah pasaran Mac nanti.
SS difahamkan, album kompilasi ini bukan calang-calang album kerana ia dihasilkan sempena 20 tahun perjuangannya mengharungi pahit-getir sebagai anak seni.
Lebih bermakna apabila bakat besar penyanyi ini berjaya membuka mata syarikat pengeluar barang kemas elit, Rafflesia Pearl Centre apabila bermurah hati menaja enam set barang kemas mutiara dan berlian untuk digayakan dengan lima pasang kostum untuk kulit album itu nanti.
SS dengar, bukan sedikit nilai barang kemas itu kerana dianggarkan mencecah RM2 juta. Ia juga julung kali Rafflesia menaja artis irama Malaysia dan Etnik Kreatif di negara ini. Sebelum ini mereka lebih banyak menaja artis pop popular seperti Siti Nurhaliza.
Kata sumber itu lagi, konsep album Noraniza juga khabarnya lebih meletup kerana ia bukanlah tipikal kulit album irama Malaysia dan etnik kreatif seperti album sebelumnya.
Tahniah Noraniza. SS tumpang gembira dengan berita baik itu. Sudah sampai masanya semua pihak mahupun penaja memandang bakat seni penyanyi segigih Noraniza.
Maklumlah, penyanyi berbakat besar ini misinya juga besar iaitu mengangkat irama Malaysia dan etnik kreatif ke tahap yang lebih baik.
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jan 10, 2006 18:55:07 GMT 7
artikel atas petikan HARIAN METRO
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jan 10, 2006 18:56:01 GMT 7
Sy dah tgk cover album k ani MESTI KORANG TAK PERCAYA DGN APA YANG ANDA LIHAT... hehe nak tau?? sabar... kena tunggu....
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 11, 2006 3:21:16 GMT 7
Salam...
So dah terjawab laa sponsorship utk Kak Ani tu utk apa tujuannya... Wahhh!!! Giler nih!!! Buat hatiku berdebar2 nak tunggu album baru publish!!
2 bulan setengah lagi ni!! COUNTDOWN!!!
Konsep apa ek abg Fedt?? Konsep MODEN ek?
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Jan 11, 2006 3:42:37 GMT 7
Waaahhhh... patut la ada sykt aksesori barang kemas yang taja kak Ani... Rupanya untuk kulit album yer....
"Kata sumber itu lagi, konsep album Noraniza juga khabarnya lebih meletup kerana ia bukanlah tipikal kulit album irama Malaysia dan etnik kreatif seperti album sebelumnya."
Waahh bukan tipikal, means lain daripada ciri-ciri etnik sebelum ni la yer... best best...kelainan untuk album kak Ani ni!!
|
|
|
Post by M_Ihab on Jan 12, 2006 3:46:26 GMT 7
Salam...
Tu laa tu bang Izar weh... Sampai tak terbayang pala otak saya ni haha... Kulit album camne laa agaknya... Cam Ning Baizura ke?? CT Nurhaliza non-ethnical albums ke? Ke cam Britney Spears ke?? Muahahaha...
|
|