|
Post by shazmi on Jun 5, 2005 23:56:57 GMT 7
utk album terbaru kak ani akan dtg ...kak ani cadang nk duet ngan biella,single terbaru tuh akan dirakam selepas biella tamat mentor ...mesti menarik gabungan mrk nih nanti macam rentak bertandak .. ;D
mungkin juga biella akan jadi artis pertame sykt rakaman kak ani ,gerak budaya .... ;D
|
|
|
Post by shazmi on Jun 5, 2005 23:59:04 GMT 7
mentor tamat sekitar bulan julai ,jadi bulan ogos boleh lah dgr single baru tuh....
|
|
|
Post by Nasa on Jun 6, 2005 2:53:52 GMT 7
wah betul ke ni tentu best kan ......
|
|
|
Post by M_Ihab on Jun 6, 2005 3:02:38 GMT 7
utk album terbaru kak ani akan dtg ...kak ani cadang nk duet ngan biella,single terbaru tuh akan dirakam selepas biella tamat mentor ...mesti menarik gabungan mrk nih nanti macam rentak bertandak .. ;D mungkin juga biella akan jadi artis pertame sykt rakaman kak ani ,gerak budaya .... ;D ASSALAMUALAIKOM """"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" Wah!!! THis is a great news!!! Sure gemparrrr... Kak Ani ngan gaya Kak ANi, Biella plak ngan gaya tersendiri... Harap2 kalo Kak Ani rakamkan balik lagu Rentak Tandak pon best juga!!! Hehehe... AMOUN
|
|
|
Post by shazmi on Jun 6, 2005 23:31:18 GMT 7
betulmkak ani nk duet biela....hehehheh rentak bertandak tuh kategori aper er,etnik ke,pop ke,klasik ke?
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jun 7, 2005 9:04:17 GMT 7
lagu duet k ani dan biella akan dirakam dlm waktu terdekat. melodi dah ada. tgh tunggu lirik. arrangement muzik pun tgh buat.akan bertanding dlm muzik2 jugak. target menang kategori
|
|
bekaba
Junior Member
Posts: 53
|
Post by bekaba on Jun 7, 2005 12:06:54 GMT 7
akum,,,,,,,,, wah!ebatnya brita ni sure kak ani dpt lagi album etnik AIM next year!
|
|
|
Post by shazmi on Jun 7, 2005 15:25:09 GMT 7
akum,,,,,,,,, wah!ebatnya brita ni sure kak ani dpt lagi album etnik AIM next year! harap2 lah menang tahun depan plak,bekaba baru kan?slmt dtg ke forum sawo mtg yeah ...
|
|
|
Post by Nasa on Jun 7, 2005 22:59:18 GMT 7
wah ade orang baru ke selamat datang berkaba..
|
|
|
Post by Nasa on Jun 8, 2005 23:25:01 GMT 7
Noraniza Idris - Sanggup keluar duit untuk Biella Oleh MUZLINA ABU BAKAR utusan malaysia
MENTOR sebuah rancangan realiti TV yang bertujuan melahirkan bakat yang berkredibiliti serta mampu membuat persembahan menghiburkan mula disiarkan di TV3 sejak 15 Mei lalu.
Sesuatu yang menarik Mentor yang disiarkan setiap Ahad pukul 9 malam yang ditonton seramai 2.7 juta penonton ini, memberi peluang kepada para peserta yang dipanggil protege mendapat didikan daripada mentor mereka iaitu penyanyi tanah air yang telah popular di negara ini.
Seramai lapan orang protege mencuba nasib iaitu kumpulan A terdiri daripada Dewi dengan mentornya Liza Hanim, Pija (Zainal Abidin), Alynn (Hattan) dan Nabil (Nora).
Sementara kumpulan B pula ialah Biella (Noraniza Idris), Fahmi (Siti Nurhaliza ), F0'3 (Cat Ruffedge) dan Yanie (Ning Baizura).
Biella dengan mentornya Noraniza Idris boleh dianggap bertuah kerana jika protege yang lain mentor mereka lebih tumpukan kepada suara dan nyanyian, tetapi Biella di bawah mentornya diajar lain daripada lain.
Biella bukan setakat diajar mengenai vokal malah yang paling utama, dia dihantar ke kelas motivasi untuk mendidiknya menjadi artis yang berdi-
siplin dan mempunyai identiti diri.
Noraniza yang ditemui Mega baru-baru ini memberitahu, beliau sanggup berhabis sehingga RM2,500 semata-mata mahu membantu protegenya, Biella,18, (Nabiella Nazari) menjadi artis yang berjaya suatu hari nanti.
Walaupun jumlah yang dikeluarkan begitu kecil jika dibandingkan dengan impiannya tetapi bagi Noraniza itulah pengorbanannya sebagai mentor kepada Biella.
``Ani tahu bukan mudah menjadi artis dan Ani perhatikan ramai artis baru hari ini mudah lupa diri bila mula dikenali.
``Menyedari itulah Ani hantar Biella untuk mengikuti kelas motivasi yang dikendalikan oleh motivator Latiff Mohammad dari Taman Mini Malaysia sekali seminggu selama dua jam dengan kosnya RM600 untuk tiga minggu.
``Melalui kelas motivasi itu, Ani mahu Biella dapat membentuk identiti dan mengenal diri sendiri. Bukan itu sahaja malah Ani mahu Biella dikenali dalam bidang seni kerana bakatnya dan bukan glamor semata-mata.
``Apa yang Ani perhatikan setelah menghadiri enam jam motivasi, Biella sudah semakin ada peningkatan,'' kata Noraniza.
Menurut Noraniza, sudah tiga minggu Biella bersamanya di Taman Mini Malaysia di Melaka, Biella bukan sahaja begitu yakin ketika muncul di pentas malah dia tidak memalukannya.
``Bukan senang nak jadi penyanyi apa lagi untuk mengekalkan kedudukan kita dalam bidang ini. Selama 19 tahun Ani menyanyi macam-macam Ani alami. Jika kita mahu kekal lama jangan malu belajar atau membuat sesuatu pembaharuan,'' cerita Noraniza.
Kata Noraniza, sebagai mentor kepada protegenya, Biella, dia selalu menasihati Biella agar menjadi seorang artis yang mempunyai identiti dan jangan mudah putus asa atau mengalah.
''Ramai artis baru khayal dengan dunia mereka. Bukan itu sahaja, malah kadangkala mereka sendiri tidak tahu apa yang dicari dan mereka juga kadang-kadang blur. Sikap mereka ini membuatkan peminat meluat, jadi selama bersama Ani, Ani mengajar Biella untuk menjadi lebih dewasa,'' kata Ani.
Menurut Noraniza selama tiga minggu bersamanya, Biella mengikuti enam jam kelas motivasi, enam jam kelas olah tubuh dan latihan fizikal (melembutkan gerak badan ketika menari) yang diajar oleh Seth Hamzah, dan dua jam kelas vokal oleh Indra dari Pahang.
Untuk kelas olah badan dan latihan fizikal, Noraniza membayar sebanyak RM1,500 sementara untuk kelas vokal selama dua jam beliau membayar sebanyak RM400.
``Apa yang Ani lakukan kepada Biella bukanlah mahu dia menjadi Noraniza nombor dua tetapi Ani mahu dia menjadi penyanyi yang berbakat kerana industri kita perlukan bakat baru yang menyerlah bukan sahaja di negara ini malah di luar negara.
``Bagi Ani, Biella adalah pelengkap Ani kerana dia boleh menyanyi lagu-lagu pop dengan baik walaupun dia tidak boleh menyanyi lagu-lagu etnik. Kekuatan vokalnya ke arah itu. Disamping itu juga, Biella adalah seorang yang mempunyai imej diri yang unik,'' kata Noraniza lagi.
Menurut Ani lagi, sebagai mentor Biella, beliau cuba memberi semangat kepada Biella untuk menampilkan bakatnya walaupun pada minggu lalu Biella kalah dengan FO'3.
``Ani yakin jika peratusan mengundi diberi kepada juri profesional berban-
ding SMS, Biella ada peluang untuk berjaya,'' akui Noraniza.
Sementara itu, bagi protege Biella pula sebagai orang baru dalam bidang ini kekalahan bukanlah penamat bagi perjuangannya.
``Biella akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tetapi jika gagal, Biella tidak menganggap ia adalah noktah dalam perjuangan Biella. Apa yang penting Biella akan memberikan persembahan yang cemerlang pada minggu depan,'' kata Biella.
Menurut Biella, disebabkan suaranya tidak sesuai dengan lagu-lagu etnik nyanyian Noraniza maka dia akan membawakan lagu berirama pop pada pertandingan itu nanti.
``Bagi Ani kalah atau menang Biella, Ani tetap menyokongnya. Ani berusaha membantunya bukan kerana duit atau hadiah tetapi Ani tahu dia boleh menjadi penyanyi yang berkaliber suatu hari nanti.
``Disebabkan itulah Ani tetap akan mengundangnya merakamkan sebuah lagu duet untuk album terbaru Ani. Rakaman album itu akan dimulakan pada Jun ini,'' kata Noraniza sambil memeluk protegenya, Biella.
Mentor dengan penaja rasminya TIME menawarkan hadiah kepada pemenang pada pertandingan akhir 14 Ogos ini ialah sebuah kereta Gen2, wang tunai RM20,000 dan tiket penerbangan pergi-balik ke Los Angeles dan sebuah motorsikal Demak. Peserta lain akan memenangi wang tunai RM10,000 dan sebuah motorsikal Demak. Sementara dua protege yang tersingkir akan membawa pulang motorsikal Momos setiap seorang.
|
|
|
Post by shazmi on Jun 8, 2005 23:55:15 GMT 7
wah,beruntung biella kan......dapat kak ani sebagai mentor....yg best tuh lagu duet akan dirakam x lame lagi ... hmm...mesti best
|
|
|
Post by M_Ihab on Jun 9, 2005 1:19:39 GMT 7
ASSALAMUALAIKOM """"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" Serious terkedu saya baca entry nih!!! Giler hapa!!! Nih mmg betul2 MENTOR nih!!! Sanggup berhabis utk anak didik... Wahh!!! Elok2 saya salute kat Biella, la ni saya lebih2 salute kat Kak ANi lak wahhhhh hahaha... Mantap nih!!! Mmg menjadi pasangan Mentor-Protege berjaya!!! Akan kutunggu di AJL!!!
|
|
|
Post by shazmi on Jun 9, 2005 2:11:58 GMT 7
wah,lagi semangat bile bace komen cik ihab ....hehehehhe
|
|
|
Post by M_Ihab on Jun 9, 2005 3:41:51 GMT 7
Salam...
Semangat apa tuuuu cik E_ja hehehe... Ho yeah, lupa nak quote... Statement yg paling saya suka adalah berkaitan "Biella melengkapkan Kak Ani" aw kama qaal hehehe
AMOUN
|
|
|
Post by M_Ihab on Jun 9, 2005 3:43:10 GMT 7
Salam...
Eh satu lagi nak tanya... Apa yg dimaksudkan ngan 'KEKALAHAN BUKANLAH PENAMAT BAGI PERJUANGAN BIELLA'?? Biella dah OUT from MENTOR ke??
AMOUN
|
|