Post by shazmi on Dec 30, 2004 1:17:39 GMT 7
Penyanyi lama & baru kembali bersaing
Oleh Suzan Ahmad
SELEPAS meneliti pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Paling Popular dan Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 (ABP-BH04), apa kata kita jenguk pula senarai pencalonan awal kategori yang membabitkan penyanyi lelaki dan wanita popular tanah air.
Kategori ini meliputi Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Berkumpulan Popular, Penyanyi Nasyid Popular, Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular.
Nampaknya nama besar dalam dunia hiburan tanah air, Zainalabidin yang pernah mengungguli kategori Artis Paling Popular 1991, kembali mempertaruhkan album Puteri selepas lima tahun bertapa. Berdiri sebaris dengannya ialah Nassier Wahab yang kembali dengan (Memori Cinta Luka), Rem (Satu Suara), Yusry (Dekat Padamu), Reshmonu (Monumental) dan artis versatile Afdlin Shauki (Fuuyo!).
Turut tersenarai Fazley dengan Cerita Asmara, AC Mizal (Tassamaqu), Mamat (Seminit Bagiku) dan juara Akademi Fantasia 1 Vince Chong dengan Vince.
Penyanyi Wanita Popular pula memperlihat saingan sengit antara Siti Nurhaliza yang mempertaruhkan populariti (Prasasti Seni), Ning Baizura dengan album yang masih segar (Erti Pertemuan), Sheila Majid (Cinta Kita) dan Noraniza Idris dengan Sawo Matang.
Dan persoalannya adakah nasib Misha Omar (Aksara), Ezlynn (Pssst...), Waheeda (Binafsha), dan Sarah (Saat Hilang Cintamu) akan sama seperti tahun lalu apabila mereka tersenarai sebagai finalis ABP-BH03. Apatah lagi dengan kehadiran Anita Sarawak (Seksis), Francissca Peter (Masih Merindu), vokal mantap Arnieza Amir dalam Cinta Seribu Erti, Nora (Cinta Satu Dekad), Dayang Nurfaizah (Dayang Sayang Kamu), Ziana Zain (Number Ones), Liza Hanim (Ku Teruskan) dan Erra Fazira (Kini Kembali).
Begitupun, penilaian pembaca tidak seharusnya terhenti di situ kerana kategori ini turut mencalonkan Safura (Dia Milikmu), Fauziah Latiff (Di Sebalik), Ella (Simbiosis), Fairuz Hussein (Anugerah), Juliza (Raikan Malam Cinta), Maya (Kala Maya), Syura (Balaghah), Siti Nordiana (Pelangi) dan ramai lagi.
Melangkah ke kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular, timbul pula percaturan kumpulan/duo apa dan album mana yang paling menonjol tahun ini kerana daripada senarai yang panjang berjela hanya lima paling popular saja akan ke peringkat finalis.
Sekali lagi, finalis ABP-BH03 Exists (Paragon), KRU (Relaks) dan Spin (Keranamu) turut tersenarai tahun ini. Namun lawannya bukan calang-calang kerana kita ada Spider (Nazraku), Flop Poppy (Say La V), Ruffedge (Defined), Def-Gab-C (Raw), Alleycats (Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia), New Boyz (Bermulanya Satu Evolusi), The Muffins (The Muffins) dan Cromok (Untitled).
Mereka juga akan bersaing rapat dengan K-Batt N da Kugiran Di Tepi Pantai (Invasion From Bintang Walk), Akar (Biar Betul...Memang Betul), Gerhana SkaCinta (The New Authentic), SevenCollar T-Shirt (Drones), Mohram (Antarssukha), Sofaz (Cintai Aku), Mamat (Seminit Bagiku), Phyne Ballerz (Phyne Ballerz), Giegiel (Eksklusif) dan Real X (Real X)
Duo pula menyenaraikan Linda dan Diana Rafar (Hak Milik Kekal), Sutera dan banyak lagi.
Kategori Penyanyi Nasyid Popular masih mengekalkan beberapa calon finalis tahun lalu seperti Hijjaz (Damai), In-Team (In-Team 04), Rabbani (Yalla Beena) dan Raihan (Allahu). Malah, senarai pencalonan turut dibarisi Mirwana (Mirwana), AlarmMe (Menggapai Harapan), Wirdani (Iman), Ideal (Bukalah Hatimu), Mestica (Sendu Sendawa) dan De Hearty (Di Hati).
Senarai pencalonan kategori Artis Baru Lelaki Popular pula mempamerkan muka segar dalam industri nyanyian juga lakonan tanah air seperti Ashraff Daniel Sinclair, Azizi (Kau Duniaku), Louis Iskandar (Tak Bersalah), Khai (Dambaan Pilu), Vince (Vince), Sadj (Sadj), Burn (Evolusi 2), Adi (Evolusi 2), Sahri (Evolusi 2) dan Shah Kassim.
Dan tidak ketinggalan adalah kategori Artis Baru Wanita Popular seperti Dia Fadila (Dia), Jaclyn Victor (Gemilang), Shahila (Sha-Hila), Shahira (Shahira), FarahDhiya (Bertakhta Di hati), Farah Fauzana dalam filem Sh3 dan Saidatul Erma (Saidatul Erma).
Pencalonan diteruskan dengan Shelly Leong (Story Teller), Yana (Ceria), Farawahida (Farawahida), Bienda (Unik), Suhana Jasmy (Istimewa), Ayu Salle (Naif), Nas Adilla dan Intan Jusmiera. Fasha Sandha, Nana AF1, Nur Fazura, Nija dan Pushpa Narayan (Gangster/Ah Loke Cafe).
Jadi seperti yang disarankan, pembaca setia Berita Harian perlu mempertimbangkan calon mana yang difikirkan paling popular dan layak untuk ke peringkat seterusnya. Sekali lagi selamat mengundi.