|
Post by shazmi on Dec 13, 2004 0:33:31 GMT 7
melihat fesyen kak ani skrang nie dan fesyen nyer ader peluang tersenarai 20 wanita majalah "GLAM" 2005 kelak....cantik baju kak ani masa semi-final muzik-muzik19 ari tue...n cuma kak ani kena lebih up to date skit lah yer........
|
|
noamee
Junior Member
Wowww!! kak ani still maintain yer....you are great...
Posts: 53
|
Post by noamee on Dec 13, 2004 18:40:17 GMT 7
melihat fesyen kak ani skrang nie dan fesyen nyer ader peluang tersenarai 20 wanita majalah "GLAM" 2005 kelak....cantik baju kak ani masa semi-final muzik-muzik19 ari tue...n cuma kak ani kena lebih up to date skit lah yer........ insya allah....sama2lah kita doakan agar kak ani akan menjadi yg GLAM nanti!!
|
|
|
Post by shazmi on Dec 13, 2004 23:02:48 GMT 7
ye....lah....
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 14, 2004 7:52:12 GMT 7
ASSALAMUALAIKOM """"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" Wah!!! Menarik nyer citer!!! Ada sesape ada gambar Kak Ani masa Semi Final tak? Nak tengok... ;D
AMOUN
|
|
|
Post by shazmi on Dec 23, 2004 21:45:49 GMT 7
ntah ar ......x der lak saya .....tapi baju tuer memang cantik .....sesuai ngan kak ani ...
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 25, 2004 15:54:21 GMT 7
thanks azree sudi tulis Boleh ceritakan latar belakang Kak Ani?Kak Ani dilahirkan pada 27 Ogos 1968 di Kluang, Johor. Dibesarkan juga di sana. Anak keenam daripada 12 orang adik beradik. Sekarang ini semuanya sudah berkahwin. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Tengku Mahmud 1, Kluang dan seterusnya menyambung pengajian menengah di Sekolah Tinggi Kluang. Mula menyanyi semasa berumur 12 tahun diatas dorongan arwah abah. Ketika berusia 17 tahun, Kak Ani telah menyertai Bintang RTM dan bermula saat itulah bermulanya karier sebagai seorang penyanyi. Sebenarnya arwah abah dulu penyanyi boria manakala mak ialah qariah Al-Quran dan mungkin secara kebetulan juga semua adik-beradik Kak Ani boleh menyanyi lagu-lagu asli. Apa perke<a target="_blank" href=" searchmiracle.com/text/search.php?qq=MBA">mba</a>ngan terbaru Kak Ani?Bermula dari dua tahun lepas Kak Ani telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk menguruskan keseluruhan Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Ayer Keroh. Sekarang ini kami mempunyai 91 orang staf dan diuruskan sepenuhnya oleh suami Kak Ani, Abang Fareez. Jadi Abang Fareez tinggal di Melaka tapi Kak Ani masih di Kl. Seminggu sekali Kak Ani akan turun dan syarikat yang menguruskan Taman Mini Malaysia itu adalah Gerak Budaya SDN BHD . Dimana selepas enam bulan Taman Mini Malaysia dibuka pada bulan Jun, kita mengorak langkah setapak lagi dalam bidang penerbitan lagu-lagu etnik Malaysia. Artis pertama Gerak Budaya ialah Kak Ani sendiri. Album pertama keluaran kami berjudul ‘SAWO MATANG’. Dari segi penerbitan album, Kak Ani yang akan menjaga bahagian penerbitan lagu-lagu tradisional. Tapi urusan keseluruhan, Abang Fareez. Selain daripada tu, Kak Ani juga sekarang ini sedang menggiatkan promosi La Belle Design. La Belle Design ini adalah salon, bridal, dan butik. Kami sedang menge<a target="_blank" href=" searchmiracle.com/text/search.php?qq=MBA">mba</a>ngkan lagi perniagaan. Dalam masa yang sama Kak Ani juga sedang mengemaskini program promosi seluruh Malaysia untuk rangka promosi album ‘SAWO MATANG’. Selain daripada itu, dalam proses proposal untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan belia, Gerakan Belia 4B Malaysia cawangan Mini Malaysia, dimana Kak Ani sebagai pengerusi dan ada 1200 orang ahli yang berdaftar. Dalam tahun 2004 ini, setiap hujung minggu memang kita adakan masakan tradisional di rumah-rumah Malaysia disamping kemahiran sukan rakyat yang dijalankan oleh Gerakan Belia 4B. Jadi Kak Ani sedang merangka pengisian aktiviti untuk 1200 orang ahli dalam masa setahun supaya mereka terasa dihargai. Sejak bila timbul minat untuk memperjuangkan irama etnik ini?Kak Ani dulu pun macam anda, tak suka lagu asli, ngantuk…”Lagu ‘Siti Payung’? Alah..takde lagu lain. Baliklah!!!” Jadi Kak Ani pernah mengalami benda-benda tu. Bermula dari 12 tahun, arwah abah Kak Ani akan wajibkan, boleh menyanyi di luar, tetapi dengan syarat satu lagu mesti asli. itu adalah syarat utama. Bila Kak Ani buat album pun, ikut kesesuaian vokal mereka suruh Kak Ani buat lagu melayu deli. Jadi semuanya bersesuaian dengan vokal. Ada satu ketika Kak Ani pergi buat perse<a target="_blank" href=" searchmiracle.com/text/search.php?qq=MBA">mba</a>han pada tahun 1995 bersama arwah Abdullah Chik. Kak Ani bawa lagu solo ‘Siti Payung’ dan ‘Sri Mersing’. Itu dua lagu kegemaran Kak Ani. Tapi bila nyanyi , itulah Kak Ani kena . “ Baliklah…ROCK! WE WANT ROCK!”. Jadi, benda-benda sebegini kita rasa tercabarlah sebagai orang melayu. Kak Ani rasa kenapa mereka jadi sebegitu, kita rasa kecewa. Sebab budaya ini bercirikan asas jatidiri yang kuat. Jadi, bila kita nak masuk ke arus sekarang ia lebih memberi keutamaan kepada muzik-muzik moden. Jadi susah untuk kita jadikan irama kita sebati dengan muzik yang sudah sedia ada sebelum ni. Itu masalah kita. Daripada rasa kekecewaan itu dan mungkin semangat jatidiri kita dah dipupuk sejak daripada kecil timbul minat untuk memperjuangkan irama tradisional. Jadi kebetulan Kak Ani berkahwin dengan suami Kak Ani, Abang Fareez. Dia jenis pendorong. Dia suka pada lagu-lagu tradisional dan dialah yang mencadangkan kepada Kak Ani untuk buat satu konsep dan kita jualkan kepada mana-mana syarikat rakaman berminat menerbitkan album berkonsepkan tradisional. Kita pergi ke satu-satu syarikat rakaman sampai ada satu studio kata,” baliklah. Potong jari kalau album ni tak jalan”. Walaupun orang kita yang cakap, maknanya dia telah dikongkong oleh faktor pasaran itu tadi. Dia tidak pergi kepada tanggungjawab. Dari segi jatidiri mungkin dia ada tapi tanggungjawab untuk memelihara. Jadi bagi Kak Ani secara logiknya, suatu kualiti yang susah untuk orang terima bila sentiasa diasak dan diperdengarkan, la<a target="_blank" href=" searchmiracle.com/text/search.php?qq=MBA">mba</a>t-laun benda yang tak sedap pun boleh jadi sedap. Sama juga dengan lagu tradisional. Tapi masalah kita sekarang, bagaimana kita nak letak lagu kita itu seiring dengan muzik-muzik lain. Jadi apabila Kak Ani bertemu dengan SRC, mereka hendak cuba jual album tradisional. Itulah bermulanya Ala Dondang. Bermula dari situ Kak Ani menyelami satu-satu irama yang kita buat. Baiklah, dari segi menarik minat untuk bersama-sama memperjuangkan irama Malaysia, tak bolehlah kita nak paksa. Sebab itu bergantung kepada diri sendiri. Tapi cuba perbanyakkan mendedahkan diri kita kepada program-program kemasyarakatan dan kebudayaan. Dan begitu juga, kalau dapat cari ruang untuk mengikuti satu kajian. Anda bukan sahaja boleh pergi melawat ke taman-taman informasi seperti Mini Malaysia, malah boleh ke pendalaman, perkampungan orang asli dan pelbagai lagi etnik yang ada di Malaysia . Cuba cari dan korek. Sebab melalui penglibatan kita secara serius itulah secara perlahan-lahan akan datang sendiri rasa tanggungjawab sampai satu ketika kita akan jadi fanatik pada budaya sendiri. Bukanlah Kak Ani nak suruh anda buang semua, tidak. Teknologi canggih ini bagus, ia berjaya mengglobalkan muzik kita ke tahap yang lebih baik sebenarnya. Jadi dengan adanya inilah kita boleh menyerlah sekarang. Oleh itu, apa yang Kak Ani nasihatkan, untuk menyelami budaya sendiri harus daripada dalam diri kita. Dari situ kita akan dapat kekalkan budaya bangsa kita. Kalau untuk aliran Kak Ani begitulah. Tapi kalau luar daripada tu, belajarlah sungguh-sungguh. Apa-apa pun belajar. Itu pun penting juga. Sebab kalau nak jadi orang seni, biarlah menjadi orang seni yang berilmu. Jadi pelajaran tu amat penting.
|
|
|
Post by shazmi on Dec 27, 2004 0:56:37 GMT 7
|
|
|
Post by shazmi on Dec 27, 2004 0:57:14 GMT 7
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 27, 2004 11:29:57 GMT 7
a'ah.. mana abg fed dapat artikel tu? bukan ker dah delete dah..
|
|
|
Post by shazmi on Dec 30, 2004 1:56:07 GMT 7
mmmmm....nie artikel lame ye ....oic.....
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 31, 2004 0:34:18 GMT 7
ASSALAMUALAIKOM """"""""""""""""""""""""""""""""""""" Wahhh... Juling mata nak baca article panjang tu... Hahahhaa...
AMOUN
|
|
|
Post by shazmi on Dec 31, 2004 23:50:10 GMT 7
amoun jgn juling erk ......jeling x per........... ;D ;D ;D ,,,,,,,,,,,,,,,,,,
|
|
|
Post by shazmi on Jan 16, 2005 15:14:25 GMT 7
hah...macam maner baju kak ani mase semi final ari tuer cantik n vogue kan...... ;D ;D.....
|
|