|
Post by fedtri_yahya on Dec 7, 2004 12:12:41 GMT 7
opss.. januari
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 9, 2004 6:04:30 GMT 7
ASSALAMUALAIKOM """"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" What!!!!??!!! Januari?? Wahaaaa... Lambatnyer lagi... But anyway it's good actually! Kasi masa utk Kak Ani practice habis2an... hehehe... AMOUN
|
|
noamee
Junior Member
Wowww!! kak ani still maintain yer....you are great...
Posts: 53
|
Post by noamee on Dec 13, 2004 18:41:20 GMT 7
final JL thn depan....lambat lagi ler, bolehlah kak ani berlatih lebih lama sikitkan....
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 14, 2004 12:56:06 GMT 7
datanglah ke bukit jalil 16 hb utk meriahkan juara lagu. hari ini diadakan sidang akhbar juara lagu 2004.
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 14, 2004 13:11:10 GMT 7
Ajai kuasai ajl19?
APAKAH Misha Omar akan mempertahankan trofi AJL yang dimenangi tahun lalu menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta?
Finalis kategori Balada.
Semua teka-teki itu akan terungkai Januari depan dengan berlangsungnya AJL19. Sudah pasti, ketika ini setiap peserta sedang membuat persiapan menanti detik mendebarkan itu.
Kategori Balada menyaksikan persaingan antara Pulangkan ciptaan Mohd Faizal Maas (Ajai) dan lirik Habsah Hassan dan Shuhaimi Baba nyanyian Misha Omar, Semua Untukmu (Sharizan Salmi/Anuar Zain), Mengapa Harus Cinta (Vince/M Zulkifli) dan Kala Hujan (Aidit Alfian/Loloq/Zamani) layak ke final.
Vince mungkin berdepan dengan laluan sengit kerana saingannya mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pertandingan itu. Misha dan Anuar sudah pasti akan memberikan yang terbaik, tambahan AJL bukan pentas asing kepada mereka berdua.
Pemilihan Kala Hujan nyanyian Zamani pula menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati kerana ramai meramalkan lagu Lembah Asmara juga ciptaan Ajai nyanyian Ziana Zain dengan mudah akan melayakkan diri ke final.
Sudah adat pertandingan, ada kalah dan menang. Juga jarang sekali keputusan yang dibuat akan mampu memuaskan hati semua orang. Itulah yang terpaksa ditempuhi sepanjang AJL dianjurkan.
Finalis kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.
Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif pula menyaksikan penguasaan artis wanita apabila kesemua empat tempat dibolot Syura, Noraniza Idris, Dayang Nurfaizah dan bakat baru dunia hiburan, Sharifah Zarina.
Syura melayakkan diri menerusi sentuhan Pak Ngah dan Siso, Nazam Berkasih manakala Noraniza pula berbangga apabila karya sulungnya, Hatinya Tak Tahan bersama penulis lirik, Siso turut terpilih.
Dayang Nurfaizah pula mempertaruhkan lagu Erti Hidup ciptaan Afdlin Shauki/Aji, manakala bakat baru, Sharifah Zarina pula menyinar dengan lagu Syair Pesona ciptaan Azmeer dan lirik Azira.
Finalis kategori Pop Rock.
Sekali lagi rasa tidak puas hati diluahkan apabila lagu Hanya Di Mata ciptaan Azlan Abu Hassan Ucu, nyanyian Erra Fazira terpilih ke peringkat final bagi kategori Pop Rock.
Pelbagai andaian dibuat, malah pemilihan Erra juga diperdebatkan. Tetapi sudah tertulis rezeki bukan milik Neves dan Sarah untuk memperjuangkan lagu Jangan Kau Mimpi di akhir AJL19.
Begitu juga ciptaan Ajai, Simbiosis nyanyian Ella yang turut mengundang kejutan kerana banyak pihak meramalkan tempat itu sebenarnya milik, Ziana Zain yang mempertaruhkan lagu ciptaannya, Bukan.
Namun, kejutan itulah memberi elemen menarik yang merancakkan lagi kemuncak AJL19 yang akan berlangsung pada tarikh diumumkan kelak.
AJL19 menyaksikan penguasaan semula komposer muda, Ajai apabila dua lagunya layak ke final. Untuk final AJL19, Ajai mempertaruhkan Simbiosis dan Pulangkan.Malah banyak pihak meramalkan Ajai akan kembali merampas trofi AJL selepas memenanginya menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta nyanyian Dayang Nurfaizah, tiga tahun lalu.
Keunggulan Ajai sepanjang sejarah Muzik Muzik 19 juga terserlah apabila lima lagunya, empat mewakili kategori Balada dan satu Pop Rock terpilih bertanding di peringkat separuh akhir.
Untuk kategori Balada, selain Pulangkan dan Lembah Asmara, Ajai juga mempertandingkan dua lagi lagu iaitu Saat Hilang Cintamu (Sarah) dan Cerita Asmara (Fazley).
Tuah mungkin tidak menyebelahi penyanyi genit Sarah Raissuddin dan Ziana Zain walaupun memberikan persembahan hebat bagi kedua-dua kategori yang mereka bertanding.
Jangan Kau Mimpi yang diramalkan berentap di AJL19 kategori Pop Rock, akhirnya tewas di pertengahan jalan. Bukan, yang juga menjadi pilihan ramai terpaksa berpuas hati apabila hanya mampu bertahan sehingga separuh akhir.
Harus diingat, AJL19 tidak mempertandingkan populariti lagu, sebaliknya komposisi yang melengkapkan sesebuah ciptaan menjadi kriteria utama kepada juri pertandingan yang dibarisi Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Zubir Ali, Johan Nawawi dan Ooi Eow Jin selaku ketua juri.
GAMBAR (kiri) Erra Fazira membawakan lagu Hanya Di Mata dengan berkesan. (kanan) Mampukah Ella menjulang nama komposer Simbiosis, ajai di AJL19 nanti?
Apa pun yang diperkatakan, AJL19 sebenarnya menyediakan ruang kepada penggiat industri muzik dengan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu.
Sekalipun ada yang mempertikai, hakikat yang tidak mampu ditepis ialah AJL19 adalah antara acara paling dinanti dalam kalendar hiburan negara.
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 14, 2004 13:13:32 GMT 7
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 14, 2004 16:17:58 GMT 7
syyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy UNTUK PERSEMBAHAN FINAL NANTI, KAK ANI AKAN:-
1. MEMBAWA 20 PENARI. 12 WANITA DAN 8 LELAKI 2. PAKAIAN DITAJA OLEH NOORARFA 3. PAKAIAN BERKONSEP BATIK MALAYSIA 4. TARIAN YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN SGT HEBAT. KALAU KORG TGK, MESTI TEPUK TANGAN... IMPRESSED!
JUARA LAGU TAHUN NI BERTEMAKAN ALAM
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 14, 2004 16:26:41 GMT 7
waaaa bestnyer... 20 penari tu kira ok dah... tak byk sangat macam selalunya... tak sabar ni...
erm, bagaimana dengan intro tahun ni? dah siap rancang ker?
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 14, 2004 17:01:59 GMT 7
TUNGGU!!!!!!!!!!!!!!! ada bbrp perkara terpaksa dirahsiakan dulu... maybe hjg tahun ni sy nak gi melaka tgk diorg buat latihan..
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 15, 2004 12:47:59 GMT 7
kak ani berada pada giliran ke7 semasa juara lagu nanti. tahun ini, irama malaysia start dulu diikuti poprock dan balada.
syura ruffedge anuar zain
syarifah zarina erra zamani
kak ani ella vince
dayang spider misha omar
RAMALAM
irama- hatinya tak tahan PR- tipah tertipu balada- pulangkan
vokal- misha omar persembahan- 50% juri, 50 % sms.. so susah nak ramal sapa menang. harap2 kak ani la.. ttp kalau ikut populariti, pastilah misha or anuar zain. ruffedge juga dengar cerita bawak gerombolan
jumlah maksima di atas pentas adalah 30 org. kak ani bawak 20 penari dan bbrp suara latar. ada gimik yang terpaksa dirahsiakan dulu.
spt biasa, lagu2 akan diadili melalui CD sebelum malam final bermula. malam persembahan adalah utk menilai persembahan terbaik dan vokal terbaik. mengikut bekas juri dan wartawan Saniboey, kalau diikutkan kaedah penjurian tahun lalu, Pulangkan ada peluang amat cerah utk muncul juara lagi kali ini. Sengit dlm kategori pop rick tp tipah tertipu dikatakan satu penciptaan kreatif. irama hampir pasti dalam genggaman kak ani
roadshow juara lagu akan berada di:- PENANG KUANTAN IPOH JOHOR BHARU
kak ani terlibat di semua destinasi
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 15, 2004 12:50:12 GMT 7
TOLONGGGGGGGGGGG BUAT PERMINTAAN DALAM PILIHANMU DI ERA, PILIHAN BERSAMA RADIO MUZIK, RMKL DAN CARTA2 LAIN kalau boleh.......
k ani dh pun antar pencalonan utk AIM 2004
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 15, 2004 19:09:45 GMT 7
ASSALAMUALAIKOM """""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" Wahh!!! BESTnyer INFO dari Fedtri!!! Menarik menarik!!!
Tulis lagi perkembangan2 terbaru yg BEST BEST! Forum nih je harapan utk saya tahu perkembangan Kak Ani menjelang AJL 2004...
To Kak Ani... My Wish of Luck goes at the most for u... My one and only cultural idol!!!
AMOUN
|
|
|
Post by M_Ihab on Dec 15, 2004 19:11:05 GMT 7
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!! And THANX A LOT FOR DA PIC!!!! Arghhh arghhhh!!! Thanx Fedtri, thanxxx!!! ;D AMOUN
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 17, 2004 9:54:26 GMT 7
amboi amoun... excited sangat sampai tak keruan la pulak. heheheh... kepada abg fed, jgn lupa bagitau kami perkembangan terbaru k?
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Dec 17, 2004 17:33:07 GMT 7
skg kak ani berada di kuantan utk ujibakat penari2 yang sesuai bagi persembahan juara lagu nanti. ia ditaja kerajaan negeri pahang. nak cr penari yang lebih kurg sama tinggi...bagi ada level
|
|