Post by noamee on Sept 9, 2004 7:54:21 GMT 7
berita tentang kak ani di berita harian-
Zahid turun padang demi Sawo Matang
oleh amir Mamat
APAKAH agaknya nasihat Zahid kepada Noraniza. - Gambar oleh
Sobri Sudin dan Nashairi Mohd Nawi
ALBUM terbaru Noraniza Idris, Sawo Matang menampilkan konsep etnik yang disusun melalui gabungan penyesuaian rentak etnik ke dalam rentak moden dan agak berbeza daripada albumnya sebelum ini.
Bagaimanapun, teras etniknya tetap jelas kedengaran melalui corak nyanyian dan penggunaan alat muzik tradisional yang menjadi identiti meskipun suntikan gabungannya agak menonjol.
Sawo Matang menampilkan 12 lagu iaitu lima lagu baru, lima lagu yang pernah popular suatu masa dulu dan dua lagi lagu bonus yang dialih bahasa ke bahasa etnik sepenuhnya. Lagu itu ialah Sama Tak Serupa, Hatinya Tak Tahan, Penawar Rindu, Rajuk Rindu, Dondang di Sayang, Aline Ora Tahan, Ayuh...Larangan, Zapin Beradat, Disebut Jangan d**enang Jangan, Puteri Ledang, Indung Anak Melayu dan Laklah Gara Abe.
Noraniza gembira Sawo Matang mendapat sambutan
Noraniza (Ani), berkata lagu yang dijangka hit selain Hatinya Tak Tahan ialah lagu duet bersama anggota kumpulan Alleycats, David Arumugam melalui single keduanya iaitu Sama Tak Serupa.
Lagu yang dinyanyikan bersama David itu adalah lagu joget dan latin ciptaan komposer Raja Kobat Sallehudin manakala lirik ditulis Darwish dan Nurul Asyikin.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kerana kali ini Ani memilih artis yang tidak membawa konsep etnik sepertinya. Malah tidak kurang pula yang berasakan apakah David mampu menyanyikan lagu etnik ini dengan baik.
"Yang pasti gabungan ini memang padan dan cukup unik berdasarkan kesesuaian melodi dan susunan muziknya begitu segar malah mengikut identiti dan keupayaan vokal kami," katanya.
Pelancaran album Sawo Matang disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Pentas Teja, Taman Mini Malaysia & Mini Asean Ayer Keroh, Melaka, Jumaat lalu.
Pelancaran itu dilakukan serentak dengan perasmian Festival Taman Mini Malaysia 2004. Hadir sama Speaker DUN Melaka, Datuk Mo'min Abd Aziz dan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Wira Amid Nordin.
Acara gilang-gemilang serta berwarna-warni menghiasi malam pelancaran berkenaan dengan dimulakan dengan ucapan perasmian seterusnya upacara memotong riben menandakan pelancaran album Sawo Matang.
Mengulas album itu, Ani melahirkan rasa syukur kerana sejak dipasarkan 4 Ogos lalu, albumnya mendapat sambutan menggalakkan.
"Seminggu berada di pasaran, Universal Music yang bertindak sebagai pengedar melakukan ulangan cetak sebagai buah tangan kepada peminat setia."
"Jika sambutan ini berterusan, kami bercadang memasarkannya ke Indonesia kerana konsepnya begitu sesuai dengan genre muzik popular di sana," katanya.