|
Post by shazmi on Dec 25, 2004 21:12:33 GMT 7
mmmm......teringin nak tau sumer irama tradisi yg ader kat setiap negeri kat malaysia nie ..........tolong ar kalu ader sesaper yg tau apa2 informasi tuer .......yer johor: zapin,ghazal kelantan: dikir, selangor:? melaka: dondang sayang. n.sembilan:? perlis:? kedah:? pahang:? sarawak:? sabah:? kuala lumpur:? terangganu:? pulau.pinang:boria, perak:? mmm...ader sesape yg tau ..tlg ar ....yer...
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 25, 2004 21:55:37 GMT 7
johor: zapin,ghazal, kelantan: dikir barat ,mak yong selangor: dondang sembilan, melaka: dondang sayang n.sembilan: randai, perlis: berendoi, canggung, kedah: pahang: sewang, sarawak: ngajat, sabah: sumazau, daling-daling terangganu: rodat pulau pinang: boria, chingay perak:hadrah
semenanjung : masri, asli, inang, deli, keroncong, joget
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 25, 2004 21:57:08 GMT 7
sila copy and pastekan senarai di atas untuk tambahkan jenis irama..... kita boleh jadikan ni sebagai check list untuk tengok irama apa yang dah kak ani cover...
heheh good idea e_ja...!
|
|
|
Post by shazmi on Dec 27, 2004 1:16:02 GMT 7
perak:hadrah,dabus mmmm....ader baca artikel selangor sebenar nyer x der irama tradisi yg asli ........ntah tul ke tak ...tak tau ar ..... tapi artikel tuer kata diorg ngah kaji irama "cerpuling" ke aper tah ...cam tuer ar sebutan nyer ....irama org jawa asli yg menetap kat selangor...
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Dec 27, 2004 9:03:34 GMT 7
perak:hadrah,dabus mmmm....ader baca artikel selangor sebenar nyer x der irama tradisi yg asli ........ntah tul ke tak ...tak tau ar ..... tapi artikel tuer kata diorg ngah kaji irama "cerpuling" ke aper tah ...cam tuer ar sebutan nyer ....irama org jawa asli yg menetap kat selangor... betul ker e_ja? ... tapi saya ada dengar yang muzik rasmi negari selangor ialah dondang (gendang?) sembilan. tapi saya pun tak tau bagaimana bentuknya.
|
|
paduka
Full Member
Semalu Rimba
Posts: 107
|
Post by paduka on Dec 27, 2004 9:17:13 GMT 7
johor: zapin,ghazal,samrah kelantan: dikir barat ,mak yong selangor: dondang sembilan, melaka: dondang sayang n.sembilan: randai, endang, perlis: berendoi, canggung, kedah: nobat, inang pahang: sewang, sarawak: ngajat, sabah: sumazau, daling-daling terangganu: rodat pulau pinang: boria, chingay perak:hadrah, dabus
semenanjung : masri, asli, inang, deli, keroncong, joget
|
|
|
Post by shazmi on Dec 28, 2004 12:12:07 GMT 7
|
|
|
Post by shazmi on Dec 28, 2004 22:59:58 GMT 7
nie dier artikel tuer............ IRAMA MALAYSIA: ILUSI YANG MEMUDARATKAN
Oleh HANIZAH HJ. MUSIB
Pemerhatian sahaja tidak memadai. Kita mesti memahami apa-apa yang dilihat, didengar, dan dirasai. Bagi memahami bagaimana muzik berfungsi sebagai struktur, kita perlu memahami bagaimana struktur bunyi dalam muzik, yang berlaku secara dalaman atau luaran. Kedua-duanya berkait antara satu sama lain dari segi revelation apabila setiap kali berlakunya pengalaman auditori dan afektif. Sekiranya kita memahami "watak" muzik sebagai struktur, titik tolak pemahaman dan perdebatan kita tidak boleh lain daripada bunyi sesuatu muzik yang menekankan serta menyerlahkan peranan muzik sebagai struktur. Pemahaman tentang pengalaman auditori dan afektif yang mendedahkan muzik sebagai struktur boleh diperoleh dengan menjelajahi "watak" alam sekitar auditori yang bertentangan dengan alam sekitar visual; suasana ini berkait rapat, terutama dengan muzik.
Muzik boleh dikaitkan dengan budaya kecil yang wujud di negara ini. Beberapa perkara yang melibatkan perubahan sosial melahirkan budaya kecil ini. Penglibatan pengaruh luar terhadap muzik Malaysia berlaku pada awal abad ke-18. Ketika itu, budaya dari Asia Barat, India, Eropah, serta negara yang berdekatan memainkan peranan yang besar dalam pencernaan budaya kecil ini. Muzik tarian Melayu banyak menerima pengaruh ini. Muzik joget berasal dari Portugal, zapin dan ghazal dari Asia Barat, gamelan dan kuda kepang dari Kepulauan Indonesia, makyung dari Thailand, dan sebagainya.
Fusion ialah perkataan Barat yang sering digunakan apabila dua jenis muzik yang berlainan watak atau struktur digabungkan bagi menghasilkan konsep baru. Perkara ini memang sudah lama berlaku, tetapi cara muzik itu digabungkan menentukan kategorinya. Bagi muzik jaz, ada pelbagai jenis gabungan (fusion) sehingga menghasilkan lebih kurang 26 jenis jaz yang masing-masing mempunyai identiti yang kukuh. Dahulu, kategori muzik jaz hanya merangkumi jenis seperti blues, swing, ragtime, be-bop, cool, soul, dan funk. Sekarang ada konsep baru seperti post-bop, pop, fusion, funk fusion, Afro-Cuban, Latin jazz, Brazilian jazz, acid jazz, dan yang terkini cross over jazz. Konsep ini jelas dan senang difahami kerana mempunyai garis panduan yang teliti dan tetap.
Dalam arena muzik di Malaysia, perkara yang sama berlaku. Budaya kecil sedang cuba memainkan peranan yang lebih menonjol untuk mewarnai kategori yang ada dalam muzik ini. Muzik seperti ini tidak dapat disebut sebagai muzik asal Melayu kerana mempunyai pengaruh luar yang nyata. Apabila dilihat setiap satu, muzik ini mempunyai kaitan dengan setiap negara luar dan belum ada satu pun yang dapat dikatakan asli. Kedudukan dan situasi Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa serta sistem demokrasi yang memberi hak asasi kepada semua menjadikan Malaysia negara yang berbilang budaya dan dengan ini terbuka kepada pelbagai pengaruh luar. Kaitan dunia luar amat ketara sehingga keaslian lagu tradisi Malaysia yang tidak melalui proses asimilasi hanya lagu Orang Asli.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyokong penentuan lagu tradisi bagi setiap negeri. Contohnya, makyung dan wayang kulit di Kelantan dan ghazal dan kuda kepang di Johor. Setiap negeri mempunyai muzik tradisinya kecuali Selangor. Kini kerajaan Selangor sedang memastikan sama ada "cempuling", iaitu muzik yang popular di kalangan kaum Jawa yang menetap di negeri itu, dapat dijadikan muzik Selangor. Persoalan timbul tentang keaslian lagu ini kerana untuk menjadikannya lagu tradisi, lagu itu mestilah melalui proses budaya bagi sesuatu tempat itu. Walau bagaimanapun, lagu itu merupakan hasil penyerapan dari luar negara dan bukan asli.
sambung kat bawah
|
|
|
Post by shazmi on Dec 28, 2004 23:01:20 GMT 7
Penamaan kategori membimbangkan kerana ada kalanya terdapat pertindihan atau kesamaran dari segi kata maksudnya sehingga menghasilkan kategori yang wujud secara eksperimentasi atau sementara waktu. Kategori muzik Malaysia yang kini sering digunakan dalam pertandingan Juara Lagu Muzik-Muzik adalah seperti pop rock, balada, dan irama Malaysia; dua kategori pertama adalah cabangan muzik rock.
Dalam mencari serta mengekalkan tradisi yang sedia ada, muzik tanah air masih terus meneroka bunyi baru bagi muzik. Permasalahan timbul apabila ciri bunyi yang baru ditemui kurang dapat dipastikan dan ada persamaan dengan unsur yang wujud. Pada pertengahan tahun 1980-an, terdapat konsep baru, iaitu irama Nusantara yang dipopularkan oleh pencipta lagu terkenal Manan Ngah. Lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Sheqal ini memuncak dalam carta lagu berirama Melayu. Timbul persoalan, adakah lagu ini dikategorikan sebagai irama Nusantara atau hanya dilabel mengikut tajuk lagunya "Cinta Nusantara"? Kini kategori irama Nusantara ini tidak kedengaran lagi sehingga timbul kemusykilan berkaitan dengan garis panduan yang kurang jelas.
Inisiatif untuk mengekalkan lagu Melayu daripada berbagai-bagai pihak patut diberi penghargaan, seperti mengadakan Pertandingan Juara Lagu Muzik-Muzik 1998 yang memaparkan Norazniza Idris dengan nyanyiannya Dikir Puteri yang berentak canggung, Jay Jay dengan Joget Angan Tak Sudah yang berentak joget, dan Ifa Raziah dengan lagu Ser, Ser, Ser yang sudah tentunya berentak dangdut. Pada tahun ini, nyanyian Siti Nurhaliza memenangi juara keseluruhan dengan persembahan lagu Cindai yang berentak zapin/ghazal. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kategori lagu ini berlainan dan tidak mudah untuk dipertandingkan.
Ada dua perkara yang harus dipertimbangkan dalam "muzik" seperti ini, iaitu jenis lagu dan cara penyampaian lagu yang sering menimbulkan kekeliruan kerana dikaburi oleh kategori "ilusi" ini. Contohnya, Cindai yang dipertandingkan dalam kategori "Irama Malaysia" memenangi tempat pertama. Lagu ini dicipta oleh Suhaimi Md. Zain @ Pak Ngah dan lirik oleh Khairul Anuar Harun. Cindai mengambil rentak seakan-akan zapin dan ada kalanya menyentuh unsur ghazal. Persoalan timbul tentang identiti zapin yang terdapat dalam ciri irama Malaysia, iaitu penyampaian lagu Cindai dalam bentuk pop.
Pertandingan Juara Lagu Muzik-Muzik dianjurkan setiap tahun bagi mengukur jenis lagu kegemaran masyarakat pada masa itu yang dinilai dalam tiga kategori, iaitu balada, pop rock, dan irama Malaysia. Adakah kategori ini sahaja yang ada atau adakah kategori ini sahaja yang diperdengarkan kepada penonton? Mengikut maksud yang diberi oleh pihak penganjur, balada ialah karya yang mempunyai rentak perlahan dan lebih kepada emosi cinta. Pop rock dikatakan mempunyai rentak yang lebih kepada muzik tarian. Irama Malaysia pula membawa maksud karya yang mempunyai ciri lagu Melayu, seperti asli, joget, inang, zapin, dan masri.
Sekiranya dinilai semula kategori ini, ada percanggahan dalam maksud yang diberi. Contohnya, balada dalam bahasa Perancisnya ialah ballade yang bermaksud karya berbentuk puisi dan jenis chanson yang suaranya diiringi oleh alat berharmoni. Subjek yang ditekankan sememangnya cinta, tetapi merangkumi lebih daripada cinta sesama manusia, malah terhadap negara, tempat, benda, dan sebagainya. Ritma yang digunakan bagi balada dalam erti kata sebenarnya boleh divariasikan tetapi tidak dilakukan di sini. Umumnya, kategori ini agak kecil dan terlalu terkongkong ruang kreativitinya. Bagi pop rock, hal ini merupakan jalan keluar yang senang bagi menjustifikasi lagu rock yang ingin disiarkan.
Isu yang hangat kini ialah irama Malaysia. Di sini irama dangdut dikategorikan sebagai irama Malaysia. Persoalan timbul tentang kedudukan lagu India atau lagu Cina yang boleh juga digabungkan menjadi genre muzik baru yang dapat diletakkan di bawah kategori yang sama. Gabungan muzik tradisi Melayu kepada muzik moden perlu diteliti supaya tidak mengaburi pendengar dengan maksud yang kurang jelas dan terpesong daripada maksud sebenar. Hal ini patut juga diberi perhatian kerana ada kalanya gabungan dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira unsur asal muzik itu sehingga menimbulkan kekhuatiran bagi sesetengah pihak yang berharap identiti muzik tradisi dikekalkan.
Pendengar "biasa" tidak mengendahkan persoalan imanen sesuatu muzik. Mereka lebih berminat pada maksud muzik itu secara lansung. Simon Frith pernah mencadangkan bahawa jika maksud dan nilai sesuatu muzik tidak ditetapkan dalam material muzik itu sendiri, tindakan yang sewajarnya ialah menetapkannya dalam perbincangan di kalangan mereka yang memahami maksud dan seterusnya memberi nilai terhadap muzik. Dalam rencananya, Frith membuat analisis sosiologikal tentang kaedah pemberian nilai kepada muzik. Dengan ini, sekiranya maksud muzik tidak stabil, bagaimana mungkin bagi kita melahirkan nota muzik itu sendiri.
Produksi ataupun ciptaan menghasilkan dimensi poetic atau arah tuju sesuatu karya muzik. "Penerimaan" menjelaskan dimensi estetik. Walau bagaimanapun, istilah "penerimaan" memusykilkan kerana kita tidak "menerima" sebarang maklumat tentang maksud, tetapi sebaliknya mentafsir maksud. Muzik tidak secara terus menceritakan mesej daripada komposer kepada pendengar. Tetapi dari segi fizikal atau material, muzik sedikit sebanyak akan membawa maksudnya sendiri.
Jika kita menganalisis muzik asli, perkataan muzik asli itu sendiri menimbulkan masalah dengan membawa dua maksud yang berlainan tetapi berkaitan. Asli ialah genre muzik yang mempunyai tempo perlahan dan subjek lirik selalunya memuja atau menceritakan seseorang, tempat, sejarah kepahlawanan Melayu, dan sebagainya. Melodinya dalam skel minor memberi kesan sedih, melahirkan maksud lagu yang dibawa. Ritma atau irama ringkas dan senang dinyanyikan semula. Ada juga yang mengatakan bahawa semua jenis lagu berkait dengan tradisi, seperti joget, zapin, inang, masri, dan canggung dilibatkan di dalamnya, iaitu asli bermaksud asal. Genre lagu asli mempunyai keunikan dari segi penyampaian lagu. Ada empat perkara yang perlu dititikberatkan. Pertama, patah lagu harus dinyanyikan dalam satu ayat tanpa menyekat maksudnya dan hal ini dilakukan dengan pernafasan yang lancar; peristilahan muzik Barat menyebutnya sebagai phrasing. Kedua, lenggok lagu, dalam erti kata lain ornamentasi atau bunga melodi. Ketepatan lirik memberi maksud yang sesuai dengan ornamentasi yang digunakan kerana perkara keempat, iaitu sebutan (bahasa Inggerisnya diction), perlu bagi menggambarkan jenis nyanyian asli yang disampaikan sama ada dalam bahasa baku atau bahasa Riau.
Sekiranya diterima oleh semua bahawa irama Malaysia ialah gabungan lagu tradisi dengan yang moden, persoalan timbul tentang gabungan lagu daripada pengaruh luar ke dalam lagu Melayu itu sendiri. Contohnya, rentak lagu joget dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang Portugis pada zaman dahulu. Tetapi lagu joget tidak ada dalam lagu Portugis, malah dikenali dengan nama lain. Inilah satu bentuk asimilasi yang juga ada dalam lagu tradisi lain. Dalam pada itu, ada pula lagu yang asasnya sama di negara yang berdekatan. Inang, joget, zapin, dan asli wujud juga di Kepulauan Indonesia. Apabila diamati, muzik tersebut berbeza daripada yang ada di Malaysia. Faktor utama perbezaan sesuatu lagu dapat dinilai melalui skel dan ritma yang digunakan.
Pengekalan identiti memerlukan perbincangan dan sokongan yang kuat daripada pihak yang mengenali unsur sebenar muzik ini. Ada banyak usaha yang dijalankan bagi mengekalkan identiti di seluruh negara, seperti Pertandingan Lagu Asli yang diadakan setiap dua tahun serta usaha di peringkat daerah, seperti Pertandingan Ghazal dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Sesetengah orang tidak mengetahui unsur yang dipertandingkan. Mereka yang bertanding juga tidak benar-benar mengetahui perbezaan antara nyanyian Melayu Asli daripada Melayu Deli. Maklumat tentang cara penyampaian lagu ini hanya dipelajari melalui kaset atau rakaman lagu asli yang ada di kedai muzik.
Oleh itu memahami proses perlu kerana muzik memberi kesan kepada manusia. Dengan pemahaman ini, kita beranggapan bahawa muzik bukanlah objek, benda, tetapi hasil sekumpulan proses dan proses ini melibatkan manusia. Walau bagaimanapun, kita masih belum memberi konsep sosial muzik dari segi pengaruh luar yang memberi ketentuan kepada muzik dan seterusnya mengamatinya sebagai ekspresi "sosial".
Dalam hal ini ciri penentuan jenis irama muzik adalah penting, lebih-lebih lagi dalam usaha untuk mengekalkan warisan tradisi muzik bangsa Melayu. Hal ini penting kerana kesilapan penentuan ini akan melenyapkan unsur yang dikatakan asli dalam muzik asli. Dikhuatiri generasi akan datang tidak lagi mengenali muzik asli; tetapi irama Malaysia, gabungan muzik asli dan moden, pula dianggap sebagai irama asli.
|
|
|
Post by shazmi on Dec 28, 2004 23:05:53 GMT 7
mmmmmm......x tau lah plak kesahihan artikel nie .... ....artikel nie dapat kat dewan budaya....mei 1999.....
|
|
|
Post by shazmi on Jan 3, 2005 0:45:38 GMT 7
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Jan 3, 2005 8:40:02 GMT 7
johor: zapin,ghazal,samrah kelantan: dikir barat ,mak yong selangor: dondang sembilan, melaka: dondang sayang n.sembilan: randai, endang, perlis: berendoi, canggung, kedah: nobat, inang pahang: sewang, sarawak: ngajat, sabah: sumazau, daling-daling terangganu: rodat pulau pinang: boria, chingay perak:hadrah, dabus
semenanjung : masri, asli, inang, deli, keroncong, joget, dangdut
p/s: boleh ker masukkan dangdut skali erk? hehehe muzik malaysia gak tuh
|
|
|
Post by shazmi on Jan 3, 2005 17:53:33 GMT 7
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Jan 22, 2005 11:59:08 GMT 7
hmmm... ada sesiapa lagi nak tambah?
|
|
|
Post by shazmi on Jan 23, 2005 12:45:19 GMT 7
gamelan tuer termasuk dlm negeri pahang ker...? ;D ;D
|
|