|
Post by zaid on Jul 28, 2004 15:28:06 GMT 7
erm....sungguh meletup kulit album kak Ani kali ini...cantik sungguh kak Ani dlm album tuh...tak sangka pembawaan kak Ani makin lama makin matang....cuma satu je kelemahan dalam album ni apabila lagu yang disusun tak serata dgn turutan lagu dkt kulit album tuh...puas mencari susunan lagu betul....
takut perkara ini akan memberi efek kalau album ini dipertandingkan di mana2 majlis anugerah...takuyt juri pening kepala mencari turutan lagu ...
|
|
|
Post by zaid on Jul 28, 2004 15:31:47 GMT 7
tahniah fetri !! sedap sungguh lirik lagu ayuh juragan org asli yang fedtri tulis tu...chatcy....!!!
|
|
|
Post by buzzie on Jul 28, 2004 22:51:30 GMT 7
bestnya zaid dah beli....saya akan membelinya dalam masa terdekat ni..tak sabar nak dgr lagu ayuh jurangan...mesti best...
|
|
|
Post by adamjohan on Jul 29, 2004 1:14:52 GMT 7
so... text yang saya buat, ok tak dalam album tu?
|
|
paduka
Full Member
Semalu Rimba
Posts: 107
|
Post by paduka on Jul 29, 2004 8:37:22 GMT 7
jalousnyaaaaaa semua pakat dah dgr album sawo mtg... sy kat penang pi cari tak ada lg!!!!!!
|
|
|
Post by zaid on Jul 29, 2004 9:53:03 GMT 7
teks tu ?? memang kelas gitu.... suatu penghasilan ilmu yang amat baik sekali.... sebenarnya perkara sedemikian dgn menyediakan teks utk setiap asal usul lagu tak banyak dihasilkan di malaysia ini... rasanya kak Ani antara pelopor usaha itu semaSA AURA dulu...tahniah lah adamjohan....!!!
yang paling menariknya kulit album lah...tak mustahil kak Ani akan tercalon ke anugerah kulit album terbaik ..... best siot....memang klass sungguh pencipta kulit th...penuh teliti ........
LAgu yang saya paling minat ialah HTT & Ayuh Juragan lagu org asli tuh...saya dengar berkali kali ...!!! memang sedap sungguh.. rentaknya universal dan ada unsur twist yang digarapkan dgn sewang !!!! ayuuh !!!!!! memang sedap ..... pertama kali dengar kepala terus goyang... rugi tak dapat !!!!! klau org asli dengar pun mungkin mereka akan suka sangat sebab lagu tu berunsurkan moden..ye la..org asli sekarang dah moden ....... tak lah pekat sangat etniknya berbanding lagu iboq dulu...... memang kelainan yang kak Ani tampillkan kali ini agak groovy...banyak diserapkan unsur gitar ....
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Jul 29, 2004 18:01:06 GMT 7
erm....nak sangat beli!!
adam johan ke yang buat teks tu? kali ni dlm BI atau BM?
|
|
|
Post by SyaKunTaLa on Jul 29, 2004 18:48:06 GMT 7
saya dah pun dapatkan album nie..
dan juga telah kirimkan satu CD pd kawan saya di US yg juga meminati kak ani dan akan memperkenalkan kak ani di tempat dia belajar..
cover album ni dan juga inlay album ni memang meletup..
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Jul 29, 2004 19:34:30 GMT 7
berita sedih album kak ani kena tarik dr pasaran buat seketika coz susunan lagu tak sama ng apa yg tdpt pd kulit.. puas cari kat kedai kaset. rupa2nya ada masalah. kesian kak ani. mcm2 dugaan.. ada hikmahnya tu. kena tunggu sikit ms lagi baru antar versi yg betul. sapa yang dah beli awal,.,., takper.. sy mmg suka lagu ayuh juragan. bukan krn sy tulis lirik lagu tu ttp sblm sy tulis lirik tu pun, sy dgr melodi.. dan melodi tu sendiri mmg seronok. mbr sy yang kaki rock dan hip hop pun suka dgr.. selain lagu HTT, sy suka lagu ni. lebih2 lagi dlm versi org asli yg betul. t kasih zaid atas pujian. next album boleh kita kjsama buat lirik yg lebih bermutu
|
|
|
Post by adamjohan on Jul 29, 2004 20:26:50 GMT 7
text yang saya buat tu dalam bahasa inggeris
|
|
|
Post by buzzie on Jul 29, 2004 21:27:26 GMT 7
saya dah pun beli album ni...best sungguh!!!!!!! paling best lagu ayuh!jurangan...sangat catchy sekali...best sgt lirik yg dibuat oleh fed... :-*Cover album pun sgt menarik... ;D
|
|
|
Post by MancLad on Jul 29, 2004 22:30:25 GMT 7
Saya pun dah beli CD... cover, picture dan font memang best! Worth the wait! I bought the cd with the wrong tracklisting... so kita semua kena beli lagi sekali ke???
|
|
|
Post by zaid on Jul 29, 2004 23:58:54 GMT 7
erm...saya org pertama yng beli album tu dkt sini dan dah komen dah... memang apa yang saya komen smeua org dpt rasakan... knp boleh jadi macam tu ?? maybe sebab ini kali pertama kak Ani terbitkan album sendiri mungkin dia akan lebih banyak elajar lepas ni,,... ye la ..album terdahulu diterbitkan org lain yang lebih berpengalaman......
so..tak pe la...yang penting bukan sy sorg je yang meminati lagu ayuh juragan tapi hampir semua fans yang kuat dgn kak Ani minat lagu tuh....so sama2 kita doakan kejayaan kak Ani ok...
|
|
paduka
Full Member
Semalu Rimba
Posts: 107
|
Post by paduka on Aug 2, 2004 8:45:00 GMT 7
SAWO MATANG: seperti tajuknya, sedalam maksudnya. Album ini mewakilkan identiti irama melayu secara keseluruhannya. Dari track pertama hingga track 12, album ini cukup segar dan tidak membosankan.
Setiap sipnopsis dwi bahasa adalah nadi utama kepada setiap lagu sebagai media interaktif kepada peminat yang baru menegali irama ini. Album yang patut dijadikan bahan ilmiah yang sangat tinggi nilainya.
Sawo Matang tidak banyak mendedahkan identiti kenegerian kecuali beberapa lagu seperti Hatinya Tak Tahan/Atine Orak tahan dari Johor, Ayuh Juragan/Juklah Guru Abe dari Pahang, Dondang Di Sayang yang kuat dengan identiti Melaka. Lagu-lagu lain adalah irama etnik asas yang boleh di dengar di mana-mana.
Hatinya Tak Tahan, tidak banyak perlu diperkatakan. Single pertama ini sudah popular di corong-corong radio. Satu irama baru yg diperkenalkan oleh Noraniza Idris. Ayuh Juragan funky dan terhibur untuk hidangan halwa telinga.
Rajuk Rindu mengingatkan saya kepada Hijrah Kencana (salah satu single di dalam album Aura). Sama Tak Serupa...wow... tentu ada sebabnya lagu ini diletakkan di track pertama. Ada attrcation value (daya penarik) utk memancing peminat mendapatkan Sawo Matang.
Yang patut diberi perhatian adalah Indung Anak Melayu, lagu berentak keroncong ini cukup kuat elemen melayu deli diadun dengan 'raggae' dan 'moderate melody' menyebabkan lagu ini tak bosan didengar. Keunikan vokal Noraniza cukup 'outstanding'. Sehingga saya sendiri tidak menyangka lagu ini dialunkan oleh Noraniza sendiri. Tapi itulah kenyataanya.
Lagu-lagu lain seperti Penawar Rindu, Disebut Jangan d**enang Jangan, Zapin Berdat dan Puteri Ledang adalah lagu lama yg diadun semula menjadikan lagu-lagu ini seperti baru dan 'fresh'.
Lembaran sejarah seni noraniza cukup indah untuk diceritakan. Lebih menarik jika sejarah itu diriwayatkan dengan merakam semula lagu-lagu pop yang pernah dipopularkan di awal pembabitan beliau ke dalam versi tradisional etnik. Satu kelainan untuk mengembalikan populariti lagu-lagu seperti Mengemis Rindu, Membilang Rindu, Inginku Sandarkan Harapan, Masihkah Dirimu Menyayangiku, Monolog Duka etc.
Perjuangan insan seni seperti beliau tidak akan mati, selagi terdaya kudrat dan semangat. Oleh itu, khazanah seni harus diterokai dengan menghasilkan lagu-lagu etnik yang belum pernah d**etengahkan antaranya irama endang, nobat, boria, qasidah, berzanji, daling-daling, sumazau etc...
Sawo matang album fusion etnik kontemporari yang kuat unsur 'melayu baru', iaitu kombinasi antara irama etnik melayu dan moden diadun dengan baik sehingga menjadi satu produk berkualiti untuk memasuki pasaran global. Jika kena dengan strategi pemasarannya.
Selain pengisian lagu, kulit album juga berperanan penting untuk dinilai kualiti sesuatu album. Noraniza sudah semakin matang dalam menghasilkan apa yang terbaik di dalam produknya. Keringat mencurahkan idea secara total di dalam Sawo Matang berbaloi.
Album ini diberi 4 bintang selayaknya. Tahinah untuk Noraniza dan tenaga produksi Sawo Matang.
|
|
|
Post by zaid on Aug 2, 2004 10:19:11 GMT 7
Secara jujur sy katakan album k.Ani kali ini memang betul2 menyerrap kuat unsur irama etnik moden yg agak " baru " .. ianya berbeza dgn apa yg telah ditampilkan oleh lagu2 etnik sebelum ini apabila menggunakan elemen kebiasaannya digunakan oleh mana2 pihak termasuk kak Ani sendiri.. muzik dipermudahkan menggunakan band dan gitar ...jadi unsur muzik yg diketengahkan agak "simple" cuma bagi sesetengah pihak ada yg mengatakan bhw kali ini k.Ani bukan betul2 menghasilkan lagu2 tradisional tetapi telah banyak mengubah unsur tradisional itu kpd suatu penghasilan muzik yg agak keliru ... cuma satu dua lagu yg masih kuat unsur yg menampakkan tradisi seperti lagu HTT , Puteri LEdang , disebut jgn dikenang jgn & Indang Anak MElayu... mankala lagu lain yg agak komersil tetapi boleh diterima umum seperti Sama Tak Serupa & Ayuh Juragan ... ini kerana ke2 2 lagu ini menampilkan unsur lama seperti twist dan juga seperti lagu2 yg pernah dihasilkan oleh M Sharif , kumpulan Alleycate sendiri dan juga D'loyyd .... Setelah sy membuat beberapa eksperimen ... ada beberapa pihak memberi komen tigak berapa gemar dgn dgn lagu penwar rindu , dondang di sayang & zapin beradat ..rata2 mereka mengatakan irama muzik yg digubah semula itu memang masih mengekalkan skala atau rangka lagu lama tetapi tidak dpt "feel" yg betul2 dari segi pengolahan unsur muzik ... Sy bagi contoh seperti lagu dondang di syg ..memang masih kekal unsur menyeruppai dondang tetapi beberapa alatan yg telah diubah bunyinya tidak berapa menarik utk dihayati ..ini berbeza sungguh dgn lagu lama k.Ani seperti lagu dondang sayang dlm album bekaba .. lagu zapin tu pula tidak berapa menarik dari segi irama kerana ramai yg masih mahu dikekalkan bunyi dari peralatan asal seperti gambus berbanding gitar ... mungkin kali ini K.Ani berniat baik utk membuat perubahan dlm beberapa elemen muzik tetapi rata2 masih tidak boleh menerima apa yg kak Ani ingin tampilkan... secara pendirian sy pun berfikiran hampir ssama sebab memang beberapa buah lagu tu sy tidak mampu utk dptkan "feel" yg maksimum apabila tercari2 unsur bunyi peralatan asal yg mana ianya memang sinonim dgn pengolahan lagu2 etnik .. memang skala rangka lagu itu masih kekal tetapi pada permulaan agk janggal apabila pengubahan bentuk iramanya agak kurang menyengat .... malah ada beberapa pihak mengatakan seolah olah menggunakan unsur orkestra yg kurang lengkap ..sehingga muzik itu kurang dirasakan muzik etnik yang sebetulnya... so ,..itu hanya pandangan peribadi saya dan beberapa pandangan pendengr lain yg pernah diluahkan pada saya...mungkin ada betul dn mungkin ada tidaknya....apa2 pun K.Ani lebih tahu apa yang dia buat ... walau apa pun..sy tetap menggemari album ini kerana banyak pembaharuan yang memang "ngam" dgn halwa telinga terutamanya lagu HTT , Sama Tak Serupa , Ayuh Juragan , Puteri LEdang , Disebut Jgn Dikenang Jgn dan Indang Anak MElayu .. yg paling seronoknya masa nak menghafal lirik terjemahan org Asli tu...lidah terbelit2 ....tabik 'SPRING' kat kak Ani ...krn berjaya membwakan lagu terjemahan itu dgn nada yang menepati nada org asli...susah tu tau !!! patutla kak Ani dpt anugerah malaysian book of record kategori penyanyi suara paling pelik ...
|
|