Post by Nasa on Nov 19, 2007 8:16:20 GMT 7
BEBERAPA tahun kebelakangan ini gah dengan kelahiran program realiti dan bintangnya. Penulis tertarik dengan kenyataan Datuk Sharifah Aini dalam program Melodi baru-baru ini.
Katanya, industri seni suara tanah air makin suram dan tiada penyanyi pelapis yang meletakkan bidang nyanyian sebagai keutamaan. Yang lebih diutamakan adalah populariti berbanding kualiti.
Acara tahunan TV3, Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22) akan menyusul tidak lama lagi. Ia menyaksikan ramai bintang realiti mara ke peringkat separuh akhir. Walaupun tersenarai, mereka masih mentah. Tidak hairan mengapa Aishah, Ramlah Ram dan Nora melangkah ke peringkat akhir dengan penuh bergaya dan yakin.
Saya perhatikan, persaingan sengit separuh akhir kategori Etnik Kreatif minggu lalu bagai ada yang tidak kena, malah ia tidak semeriah dulu. Maklumlah sebelum ini, pentas Etnik Kreatif gamat dengan persembahan Noraniza Idris dan penarinya.
Mungkin juga kerana lagu dipertandingkan kali ini tidak mesra di telinga umum. Banyak lagi kemungkinan mengapa perkara ini terjadi.
Yang pasti, kategori ini kurang mendapat pendedahan, terutama di kalangan penyanyi muda. TV3 saja yang nampaknya bersungguh-sungguh memartabatkan genre ini, walaupun ada ura-ura kategori ini akan digugurkan daripada AJL tahun depan. Berapa kerat saja stesen televisyen, radio dan media menyokong genre ini. Mujur Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta universiti tempatan terus giat memperjuangkan irama ini.
Penulis mendapatkan pandangan Pensyarah Muzik Universiti Teknologi Mara (UITM), Profesor Madya Kharil Johari Johar, mengenai kategori ini.
Khairil mengakui persembahan Separuh Akhir Etnik Kreatif kali ini suram kerana kebanyakan penyanyi baru gugup. Mereka cuba melakukan sesuatu di luar keupayaan hingga lagu yang dibawa tidak kena dengan suara mereka.
“Saya tidak terkejut Aishah, Ramlah dan Nora mara ke peringkat akhir. Penyanyi baru irama etnik kreatif seharusnya diberi lebih peluang, tapi peminat muzik tempatan lebih sukakan irama balada dan rock. Inilah ‘trend’ muzik masa kini,” kata Khairil yang popular dengan lagu Sepasang Kurung Biru.
Bagi penulis, irama etnik kreatif adalah warisan yang sungguh berharga. Justeru, ia harus dipertahankan. Sayangnya, ia kurang mendapat tempat di hati muda-mudi.