|
Post by Bunianmalaya on Nov 24, 2006 22:13:32 GMT 7
Juries were
audrey suwito zubir ali adnan abu hassan & lagi 2 tak ingat
|
|
|
Post by Tanjak on Nov 24, 2006 22:20:49 GMT 7
Tanjak berasa terkejut dan sedih kerana lagu Racau Sang Khalifah tidak terpilih ke AJL 21.
Hairan kenapa lagu Zapin Cinta SMS terpilih sedangkan lagu RSK yang 10 times better tak terpilih? Maybe sebab Senario kroni TV3? Tak faham dengan pilihan juri kali ni.
Maybe Kak Ani takde rezeki tahun ni. Harap Kak Ani tak putus asa dan cuba lagi tahun-tahun mendatang.
|
|
|
Post by smart79 on Nov 25, 2006 0:59:35 GMT 7
saya memang dah jangkakan perkara ini so sbb tu awal lagi tak letakkan harapan sangat...kebanyakan lagu yang masuk final tak yang saya betul2 suka... lagu RSK , lagu Maharaja dan Nafas Cahaya tak dapat peluang.... kalau tengok konsep lagu yang masuk ke akhir kali ini juri pilih yang nampak "kemelayuan" sikit.... entah la.... dulu bila kak Ani pertaruhkan lagu HTT juri kata lagu tu terlalu etnik so lagu yang ada unsur2 pembaharuan dan lebih advange iaitu lagu Dayang diberi kemenangan mudah....
tahun ni entah apa2 ... semua lagu yang ada unsur2 pembaharuan gagal kecuali lagu zaid ..... dah jangka dah... memang kecewa nak mampus....
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 25, 2006 3:09:17 GMT 7
Salam....
Warghhh!!! Tgk korg frust kat sini, saya pon sama2 tambah frust!! Thanx to abg Nasa yg keep me up to date secara cepat... Appreciate ya effort! Tp mmg tekejut beruk ngan result!! Dah la masa tu ada presentation dan daku blom present! Gelora sungguh...
RSK tak masuk... Nafas Cahaya tak masuk... Giler la!! Power sangat ke lagu Candak ngan Zapin SMS ni?? Ni yg buat getar saraf2 nak evaluate lagu2 ni sendiri...
Candak dah pernah dengar... Tp apa yg kuat sangat kat lagu ni sampai bleh kalahkan RSK ngan Nafas Cahaya?? Zapin SMS tak pernah dengar... Tp nak tau la... Lirik dia jenis komedi ke hapa?? Dunia skang ni main hamik je lagu tak evaluate lyric hek??
Adoiiii... Mmg kechewa tahap cipan ni!! Walaupon Bob ngan Zaid masuk... Which are both among my favourites... Tp denying Nafas Cahaya & especially RSK is a REAL TURN OFF FOR ME!! Mampos aku tak peduli dah pasal AJL tahun ni... Lantak la apa nak jadi... This is a real shock to me to be honest... Dulu Manira kalah, bleh terima sbb lagu tu mmg tak kuat berbanding favourite juries... Tp kali ni, mmg tak paham dah apa yg juri nak...
Akhirnya pesimism sesetengah ahli mANIra menjadi kenyataan... Sesuatu yg daku mintak simpang, tp tak termakbul... Adodoiii...
Qaddarallah 3ala kulli syaik...
|
|
|
Post by fedtri_yahya on Nov 25, 2006 11:07:56 GMT 7
tahun ni tak meriah la juara lagu coz xder lagu2 yang boleh bawak ramai penari kecuali candak jer. yg lain2 tak sesuai utk konsep gerombolan dan kemeriahan. keputusan yang sungguh mengecewakan. bukan sebab sy tulis lirik tp dari segi pemilihan lagu2 ke akhir. nafas cahaya, maharaja adalah ciptaan yang bagus. maharaja ditulis hairul anuar harun. hmmm....
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Nov 25, 2006 13:34:03 GMT 7
Sentapp!! Malas nak tulis pepanjang, perlu ke lagu busuk cam Zapin Cinta SMS tu masuk?? Saya bleh terima lagi kalau lagu2 lain masuk tapi bukan lagu lawak bodo Senario itu.. Sorry teremosional sket..
|
|
|
Post by AzreeAriffin on Nov 25, 2006 14:15:05 GMT 7
Assalamualaikum.
Ekoran kesilapan TV3 memilih juri-juri yang tidak sesuai (satu kesilapan hanya kerap kali diulangi saban tahun) maka terhasillah keputusan yang agak mengecewakan. Ramalan saya pada awalnya adalah Racau Sang Khalifah, Warkah Buat Laila, Candak, dan Maharaja akan ke pentas AJL.
Itu pun atas dasar peribadi, sebab saya pun belum mendengar semua lagu sebelum separuh akhir. Setelah selesai semua persembahan, saya merasakan Zapin BaharI dan Hantaran Hati juga mempunyai peluang untuk mara.
Saya agak terkejut apabila Zapin Cinta SMS diumumkan berjaya melangkah ke akhir. Tidak dapat dinafikan, lagu ini memang menghiburkan dan chorusnya menarik. Tapi, secara keseluruhannya lagu ini hanya sebuah lagu zapin tipikal yang kurang keasliannya. Liriknya selamba dan bersifat komedi sedikit. Saya yakin, lagu ini asalnya dicipta bukan untuk pertandingan. Apa-pun, saya menantikan persembahan Adibah Noor dan Senario yang pasti menggeletek jiwa!
Sayangnya, harapan kita semua untuk menyaksikan Kak Ani beraksi di AJL tidak kesampaian. Kurang berserilah AJL tahun ini jawabnya! Racau Sang Khalifah kurang berjaya menambat hati para juri yang rata-rata memang tidak arif dengan kategori ini. Lagu ini tentunya begitu istimewa bagi peminat kak ani. Melodi dan liriknya sudah elok, tapi mungkin kalau diperkemaskan lagi akan kedengaran lebih berkesan dan indah. Apa-pun, lagu ini adalah antara yang meberikan saingan sengit pada peringkat separuh akhir.
Warkah buat Laila, hampir pasti memenangi kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif, berdasarkan track record 3 anugerah yang dipegangnya. Lantas, memberi peluang yang cerah untuk menggondol Juara Lagu. Melodi lagu padang pasir ini ada suatu aura spiritual yang mendalam dan mood ini konsisten dari awal hingga akhir lagu ini. Liriknya juga sangat puitis dan indah. Kalimah suci digunakan pada bahagian akhir lagu ini untuk membangkitkan rasa keinsafan. Lagu runut bunyi Qaisy & Laila ini ada unsur dakwah yang ketara. Justeru, Warkah Buat Laila adalah lagu yang saya jangkakan akan menang untuk kategori Irama Malaysia/ Etnik Kreatif.
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 25, 2006 17:17:04 GMT 7
Salam...
Wow Azree... Kupasan yg menarik betul... I have to agree with you... My prediction pon Warkah Laila bakal menang at least for the category... Utk Juara Keseluruhan wallahu a3lam... Tp kalau Warkah Laila menang pon bagus juga...
Nevertheless... I dont have the motivation to follow up with this year's AJL... Like I said... Although Hantaran Hati & Warkah Laila were my favourites... But to deny RSK & Nafas Cahaya over Candak & Zapin SMS was a real turn off for me...
|
|
|
Post by smart79 on Nov 25, 2006 21:36:44 GMT 7
nak buat cam mana ...juri pun tak boleh tarik balik keputusan tu... buah cempedak dah jadi nangka ... entah la apa akan jadi perjuanganirama etnik ni utk masa akan dtg....
|
|
|
Post by smart79 on Nov 25, 2006 21:37:20 GMT 7
nak buat cam mana ...juri pun tak boleh tarik balik keputusan tu... buah cempedak dah jadi nangka ... entah la apa akan jadi perjuanganirama etnik ni utk masa akan dtg....
|
|
|
Post by Nasa on Nov 25, 2006 22:04:15 GMT 7
salam, tak tau nak cakap ape lagi semua orang dah cakap ...tension....apepun aku akan tetap minat lagu lagu kak ani...dan akan terus menyokong kak ani...
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 25, 2006 22:13:44 GMT 7
Salam...
Dan saya bersama abg Nasa!! ;D ;D ;D
Al-Amin.. Apsal Hitam-Putihkan gambar2 tu... Syahdu nyer jgn ler gituuu ;D ;D ;D
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Nov 26, 2006 0:21:53 GMT 7
Setuju sangat dengan Azree... memang silap juri. Cam masa tengok barisan juri pun saya agak ragu-ragu dengan keputusan yang bakal ditentukan oleh mereka. Mimpi ngeri jadi kenyataan.
All hats to Zahid and co dan Warkah Untuk Laila dah hampir pasti untuk menang kategori ni.
Apa-apa pun, sokongan saya untuk kak Ani dan mANIra tak berubah walau satu iota zarah pun! ;D
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 26, 2006 19:23:25 GMT 7
Salam...
Wow... Satu iota tu apa maksud bang?? Hehehe... Cool abg Izar!! Cekal menyokong Kak Ani...
Abg Ikhwan menyatakan ketak puashatian dia kat MySpace... Motif tak masuk forum bro kita sorg tu huhu...
Nehow... I guess there's nothing more to say bout this topic... Melainkan perkataan2 keKESALan dan keKECEWAan yg tak putus2
|
|
|
Post by .i.z.a.r. on Nov 26, 2006 21:02:36 GMT 7
Ahahaha iota tu bukan symbol untuk unit terkecil ke dlm Greek alphabet? Cam selalu member2 dok guna "Aku tak hingin ler tgk dia tu even an iota pun" hehe..
Anyway haah Ikhwan kata dia nyer connection teruk sket so susah nak masuk sini Dia kata insyaAllah dah bukak semester nanti dia menyemakkan diri kat sini
True.. memang hanya kekecewaan dan kehampaan je lah yang dapat dinyatakan dengan kecundangnya Racau Sang Khalifah di pentas Semi Final AJL
|
|