|
Post by M_Ihab on Oct 20, 2006 6:20:39 GMT 7
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Oct 21, 2006 9:38:28 GMT 7
terkejut gak baca... makna nye album lenggok ni blum compile lagi lah ye???
|
|
|
TERBARU
Oct 21, 2006 10:25:24 GMT 7
Post by Bunianmalaya on Oct 21, 2006 10:25:24 GMT 7
Petikan dari utusan.com.my
Oleh WANDA IDRISLAGU Dayung Sampan merupakan antara lagu rakyat yang popular dan diminati bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi juga kaum Cina. Justeru, lagu itu menjadi pilihan syarikat rakaman Life Records untuk menemukan penyanyi pop etnik, Noraniza Idris dengan seorang pemain erhu popular China, He Yun. Diberi sentuhan baru oleh Liu Ying, seorang komposer dari Hebie, China, Dayung Sampan versi terbaru dendangan Noraniza lebih mendayu dengan iringan irama erhu. Mega berkesempatan menyaksikan rakaman lagu rakyat itu di King’s Studio, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Dikendalikan oleh jurutera bunyi, Peter Choong, rakaman irama erhu dilakukan terlebih dahulu sebelum memasukkan vokal. “Lenggok iramanya mudah. Cuma susunan muzik barunya lebih moden dan ringkas membuatkan Kak Ani perlu mewarnakan lagu itu,” kata Noraniza. Malah katanya, mood lagu banyak dipengaruhi elemen Cina (dari Tanah Besar) apabila disertai alunan instrumen Erhu. “Jadi Kak Ani perlu bermain dengan vokal Kak Ani. Oleh kerana suara Kak Ani husky, jadi agak sukar melenggokkannya di bulan puasa ini sebab Kak Ani sepatutnya perlu banyak minum air. “Tapi kerana sedang menjalani ibadah puasa, jadi Kak Ani perlulah mengawal suara,” katanya yang mesra menggelarkan dirinya Kak Ani. He Yun yang manis berkebaya nyonya merah turut mengakui tidak sukar memainkan lagu itu kerana telah mendengarnya sejak kecil malah pernah memainkan lagu tersebut ketika mengadakan persembahan. Bagaimanapun, He Yun, 29, yang belajar erhu daripada ayahnya sejak berumur lapan tahun memberitahu tidak pernah mengenali Noraniza. “Bagaimanapun saya seronok dapat berkolaborasi dengan penyanyi yang terkenal dengan irama tradisional itu apalagi saya semakin menyukai irama tersebut sejak mengenalinya dua tahun lalu,” katanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini. Dayung Sampan akan turut dimuatkan dalam album He Yun dan dijangka turut dipasarkan ke China. “Semoga lagu ini akan menjadi laluan kepada muzik tradisional Melayu untuk sampai ke China. Saya optimis lagu tradisional kita mudah mendapat perhatian di sana kerana mereka menyukainya. “Ini kerana saya pernah ke wilayah Guangzou Ogos lalu kerana mengadakan pertunjukan bersama Badan Pelancongan di sana dan sambutannya menggalakkan,” ujar Noraniza. Lagu interlude Lagu Dayung Sampan merupakan lagu bonus yang akan dimuatkan dalam album kompilasi terbaru, Lenggok Noraniza Idris. Memuatkan tujuh lagu baru dan lama, kata Noraniza, lima lagu yang turut dimuatkan adalah lagu interlude. Antara lagu-lagu itu sudah pun memulakan pembikinannya Februari lalu ialah Racau Sang Khalifah selain rakaman versi baru lagu Tandang Bermadah, Ayuh Juragan dan Mengemis Rindu. Turut dimuatkan ialah rakaman lagu baru ciptaan Mohar iaitu Asyik Bisikan dan Hubah serta sebuah lagu daripada Adnan Abu Hassan. Album tersebut akan dipasarkan selepas Raya nanti.
|
|
|
TERBARU
Oct 21, 2006 10:28:21 GMT 7
Post by Bunianmalaya on Oct 21, 2006 10:28:21 GMT 7
Petikan dari bharian.com.my
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
TAWAR senyuman penyanyi yang memasyhurkan irama etnik, Noraniza Idris apabila ditanya mengenai sambutan Aidilfitri. Kaku tangannya mendakap tubuh, seakan cuba mengumpul kekuatan sebelum ulas bibirnya bergerak untuk berkata-kata.
“Raya atau tidak, sama saja hari yang Ani lalui,” katanya, tertunduk sambil jari bermain-main hujung selendang hitam yang digayakan ketika ditemui pada sesi rakaman lagu Dayung Sampan di King Studio, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Luluh mendengar luahan Noraniza menjelang ketibaan 1 Syawal. Sebak ibu tunggal dua cahaya mata ini memberitahu, dia sebatang kara menyambut hari raya selepas kematian ibu bapa dan bercerai dengan bekas suami, Fareez.
Mencari damai di hati dan untuk memujuk diri supaya tidak bersedih di pagi umat Islam meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, Noraniza menyibukkan diri dengan bekerja di Taman Mini Malaysia dan Asean, Ayer Keroh, Melaka.
“Anak-anak terlebih dulu beraya dengan bapa mereka. Adik beradik pula beraya dengan keluarga masing-masing dan hanya akan berkumpul di rumah keluarga di Kluang, Johor pada hari raya ketiga. Jadi Ani perlu mencari tapak untuk berhari raya.
“Apa boleh buat Ani terpaksa bekerja. Ani kena berkorban untuk memantau perkembangan taman ini. Akaun harian perlu diteliti kerana ia beroperasi setiap hari. Sukar untuk menggambarkan bagaimana suasana hari raya nanti kerana ini kali pertama Ani melaluinya,” katanya.
Namun Ani yakin, perasaan sedih itu akan beransur pergi apabila dia dapat berkumpul bersama adik beradik dan sanak saudara di rumah orang tuanya pada hari keempat raya.
“Alhamdulillah, anak-anak juga memahami dan tahu ibu mereka terpaksa bekerja kerana pengurusan taman itu kini tergalas sepenuhnya di bahu Ani,” katanya dalam nada yang cukup perlahan.
Bergelar ibu tunggal secara rasmi sejak 4 Mei lalu, Noraniza berkata, hatinya masih belum terbuka untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Terpulang apa kata orang kerana bagi penyanyi berusia 38 tahun itu, dia sudah lali dengan tanggapan masyarakat.
“Hati Ani sudah tawar dengan apa kata orang. Mereka bebas untuk berkata apa saja tetapi Ani perlu terus bangun untuk hidup dan memandang ke depan. Biarlah Ani memberi tumpuan kepada karier dan pengurusan Taman Mini.
“Itu sudah cukup membuat Ani sibuk,” katanya, memaklumkan belum bersedia untuk mencari pengganti kepada istana yang roboh selepas 18 tahun bernikah.
Rakam semula Dayung Sampan
LAGU rakyat Dayung Sampan menjadi pilihan Noraniza untuk dirakamkan semula dan dimuatkan dalam album kompilasi, Lenggok Noraniza Idris yang akan berada di pasaran selepas hari raya nanti.
Lagu yang diberi susunan baru komposer Liu Ying dari China itu menyaksikan kerjasama Noraniza dengan pemain erhu berasal dari Herbie, China, He Yun yang diterbangkan khas untuk sesi rakaman ini.
Idea yang terbit daripada Pengarah Urusan, Firmzz Production, Firhat Ahmad itu muncul selepas Noraniza menjayakan persembahan di Guangzhou bersama Michael Wong tidak lama dulu.
Berikutan sambutan hebat yang diberikan ketika menyanyikan lagu popularnya, Hatinya Tak Tahan, Firhat mencadangkan supaya dia mencuba pasaran di sana.
“Ani tidak mahu terlalu mengharap cuma ingin melihat kerjasama ini memberi laluan untuk membawa muzik Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Mengakui memasuki studio ketika berpuasa memberikan cabaran, namun Ani tidak dapat mengelak memandangkan kerana tempahan studio sudah dibuat.
“Susah juga kerana suara serak. Selalunya Ani banyak minum air apabila merakamkan suara tetapi kali ini, Ani terpaksa mengawal. Lagu ini pun tidak terlalu sukar cuma Ani perlu mewarnai vokal mengikut mood sentuhan muzik klasik Cina,” katanya.
Selain Dayung Sampan, Ani juga sudah merakamkan lagub Racau Sang Khalifah bersama Liza Hanim selain berduet dengan Bob menerusi lagu Tandang Bermadah.
Sebuah lagi lagu baru yang dirakamkannya adalah Asyik Bisikan Hubah selain memberi versi baru untuk lagu Ayuh Juragan dan Mengemis Rindu.
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 4, 2006 6:27:08 GMT 7
Salam...
Haa tu dia A'an paste terus kat sini hehe... Baca jgn tak baca...
Ni nak habaq & tanya sebenda... Ada pengunjung blog cakap, 4 November ni Kak Ani ada perform... Nih msg dia:
Announcement: Sabtu ni bersamaan 4/11/06, ada Rumah Terbuka Malaysia Deepavali kat Padang Jalan Sultan Sulaiman, Kang... antara artis yg membuat persembahan Noraniza Idris, DJ Deff ngan Allycats....
Hmmm... Apa kes?? Kat forum takde citer pon pasal benda ni... Ada sesape tau pasal ni?
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 4, 2006 7:36:46 GMT 7
Salam...
Wow!! Baru check YouTube tadi... Ada Kak Ani nyanyi lagu Rajuk Rindu versi Aidilfitri... Sumer mesti tengok ;D
|
|
|
Post by smart79 on Nov 5, 2006 1:33:18 GMT 7
aku baru je tengok rumah terbuka deepavali... kak Ani nyanyikan lagu hatinya tak tahan...gabungan penari dari istana budaya dan kementerian kesenian... tapi macam tarianya tak leh kalahkan juara lagu hatinya tak tahan jugak yang lagi boom....
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 5, 2006 2:15:07 GMT 7
Salam...
Ho ye ke... Lagu Hatinya Tak Tahan lagi... Hmmm... Bila la Lenggok nak release... Nak tgk Kak Ani perform lagu lain plak... ;D ;D ;D
|
|
|
Post by smart79 on Nov 6, 2006 23:53:44 GMT 7
tak tahu bila...tak dapat apa2 info dari fedtri
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 7, 2006 2:18:17 GMT 7
Salam...
Abg Fedtri skang tgh sibuk dengan urusan penciptaan lagu bersama Sharon Paul... Tak gitu abg Fedt hehe...
Hari tu tgk YouTube ada info terkini pasal Kak Ani menerusi Trek Selebriti... Best juga melayan ;D Sumer mesti tengok!! ;D
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 7, 2006 5:22:54 GMT 7
Salam... Wow!! Skang banyak giler clip2 Kak Ani yg jarang jumpa ada kat YouTube... Pergh... YouTube ni mmg best!! Forum ni pon takde citer pasal performance Kak Ani malam Muzikal Extravaganza jadah ni huhu... Camne ni? Forum Kak Ani terkebelakang ni... Kita perlu lakukan sesuatu!! Hahaha... Sumer mesti tengok tau! youtube.com/watch?v=TqLzQjLkeOw
|
|
|
Post by Bunianmalaya on Nov 7, 2006 7:49:39 GMT 7
|
|
|
Post by M_Ihab on Nov 8, 2006 2:55:33 GMT 7
Salam...
Hahaha... Ha ah betul betul!! Aku pon sama A'an... Tak pernah tahu menahu... Padahal kononnye claim peminat setia ;D
Yg paling tak tahu sekali adalah Kak Ani peminat setia Kak Pah!! ;D ;D ;D Tu mmg GAZET sgt mendengarnyer huhuhu
|
|